dear sahabat2 :)

Wednesday, August 29, 2012

sanah helwa ya ummi!


Ya, Allah terima kasih kerana mengurniakan ibuku. Ibu yang terbaik buatku. Semua orang akan merasakan ibu dia lah yang terbaik. Begitu juga aku. Ye lah kan ada satu ibu je pun. Kalau ada yang lain pun sebab tambah  ibu mertua je. Hehe.

Mak, super duper woman. Dari kecik sampai sekarang kekaguman ina pada mak tak pernah hilang. Dalam rahim mak, mak Berjaya menempatkan tujuh fetus. Yang kini Alhamdulillah selamat bergelar manusia. Bermula dengan 3 orang anak lelaki, 3 orang anak perempuan dan yang bongsu lelaki. Kehebatan supermama mak sangat teserlah bila anak mak bederet2 ketika sekolah.

Mak tak pernah ambil bibik sebagai pembantu rumah. Dalam masa yang sama Mak juga bekerja sebagai guru. Eheh, ramai orang rasa kerja guru mudah setakat goyang kaki. Tak tak semudah itu. Dan segala pemakanan kami mak jaga. Mak yang masak. Jarang sekali mak beli kedai. Kalau beli pun makann kantin sekolah. Makann tepi jalan apatah lagi. “tengok tu, makann terdedah, asap kereta lalu lalang, tak payah beli la. Nnt mak buatkan” kata mak. sampai aku 1st time masuk u, aku tak tahu cane nak beli or order makann kat kedai. =.=’

So, mak bangun seawal 5 pg, buat sarapan dan bawak bekalan makan tengahari. Sebb sekolah jauh ngn rumah so, kitorang adik beradik bersiap untuk gi sekolah agama dr sekolah kebangsaan. Setiap hari! Lepas tu baju pakai kami mak basuh guna tangan. Maklumlah kenakalan anak2 lelaki. Hungga sana, hungga sini. Pakai mesin tak leh hilang. Pastu baju2 tu mak yang basuh. Baju sekolah agama baju sekolah petang. Setiap orang 2 pasang. Tak tmasuk baju ayah lagi. @__@ lepastu baju2 tu mak yang gosokkan. Perghhh. Malam2 pukul 12 atau 1 pagi baru mak tido. Aku mula gosok baju sendiri pun time darjah 6.

Mak rajin. Sgt2 rajin. Kalau tetamu datang mak asyik masak je sampai tak keluar dapur.=.=’ mak didik anak2 mak dengan budi bahasa, agama, kesabaran, tatatertib. Yang best nya pasal mak. Mak tak kuat membebel. Tapi sekali buka mulut. …. Err. Mak jugak selalu pesan kat ina. Jaga kelakuan, jaga mulut, jaga pergaulan dan jaga maruah! Allahu Allah. Kalau pakai baju tak cukup labuh, mahu kena lepuk dengan mak. Kalau tudung tak tutup dada, mahu dijeling ngan mak. Heee. Alhamdulillah mak, sekarang ina dah paham. J

Teringat waktu 5 tahun, ina sorang je pi tadika pakai tudung. Ina rasa asing. Dah la panas. Balik sekolah ina kata ngn mak.

Ina: mak, ina taknak pakai tudung. Kawan2 ina semua tak pakai tudung
Mak:  mana boleh ina kena pakai tudung. Nnt Allah marah. Nnt masuk neraka rambut kita ni kena bakar
Ina: ohh ye ke.

Esoknya gi sekolah bagi tau kat kawan.

Ina: eh mak kite kata kalau tak pakai tudung nanti masuk neraka, rambut kena bakar.
Kawan: mak kite kata, budak kecik tak pakai tudung tak pe lah.

So, balik tadika menangis ngan mak.

Ina: mak, ina tak nak pakai tudung. Taknak jugak. Tak nakkkkk! Huwaa.
Mak: Kenapa pulak ina tak nak pakai tudung.?
Ina: sebab panas. Lagipun kawan2 ina semua tak pakai tudung .budak kecik tak pakai tudung tak dosa.
Mak: nnt kat neraka lagi panas. Ala, kawan2 ina tak paham lagi. Lagipun kenapa nak ikut diorang. Dari kecik ni la ina kena biasa pakai tudung. Nnt dah besar lagi liat nak pakai. Lagipun ina pakai tudung kan cantik. mak sayang, Allah pun sayang.
Ina: ohh. Okay. Ina pakai. J

Kenangan yang masih segar dan sampai sekarang aku tak lupa.

Mak, kelembutanmu, kesabaranmu, kebaikanmu, membuatkan kau tiada gantinya.
Moga mak, menjadi ibu ina hingga ke syurga. Sayang mak kerana Allah. J

love my big happy family. :)
Aku juga akan jadi seorang ibu. Nak jadi ibu yang macam mak. kalau nak citer pasal supermama mak, sampai tahun depan pun ina tak habis list. hehe.

Friday, August 17, 2012

ramadhan pergi juaa..

susah juga kalau menulis ni tanpa kehadiran hati. bila baca balik post sendiri pun rasa macam ntah pape. errkkk, motif cakap pasal ni? =.='

hari ini hari terakhir ramadhan. ya Allah. sekejapnya masa berlalu. jadi, bagaimana ramadhan kali ini? lebih baik atau sebaliknya? jawab dalam hati. kalau zaman rasulullah dulu, sahabat sahabat dan rasulullah sendiri sayu, sedihhh sangat nak tinggalkan ramadhan. kalau boleh, biarlah setiap bulan adalah bulan ramadhan. bagaimana pula dengan kita?
  




tik tok tik tok.

sebelum aku kenal betul dengan tarbiyah ni, bila datang ramadhan, aku rasa biasa je.
" ohh, ramadhan. bangun sahur, siang puasa, maghrib bebuka, pastu tarawih" noktah. sebut ramadhan je, itu je yang terlintas kat kepala otak aku. eheh, sempit betul fikiran kan.? tak pikir luar kotak langsung.

tapi SEBENARNYA Ramadhan lebih hebat lebih best lebih dahsyat daripada itu! sama ada kita sedar atau buat donno je! [97; 1-5] ramai yang tahu yang bulan ramadhan  ni ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan! ohh seribu je? oiii 1:1000 nah kau! 1000 kot. hey manusia, kalian kan suka menghitung. suka mengira. cuba kira 1000/12= 83.333. amalan satu malam sahaja bersamaan dengan amalan selama 83.33333 tahun! woha dahsyat tak dahsyat?

maha baik Allah. dia beri peluang kepada kita untuk beramal seperti zaman2 nabi  yang dapat hidup lama suatu ketika dahulu. seperti yang kita maklum,  nabi2 sebelum nabi Muhammad SAW dapat hidup lebih dari 100 tahun. tapi kita hidup sangat singkat. oleh sebab itu Allah bagi kita malam tu. dan pada malam yang penuh barakah itu Allah gandakan amalan kita. ya Allah! ni lagi best dari SALE kat Jusco! T___T

lailatul qadr= malam qadr, malam kemuliaan, malam ketatapan.

T_______________________T

malam nuzul quran. malam penurunan al Quran. {44:3} Quran diturunkan pada malam yang penuh keberkatan. dengan penurunan Al-Quran ianya permulaan pada perubahan sebuah kehidupan yang menjadi panduan manusia jika manusia memahami al Quran yang sebenar2nya! Al Quran panduan hidup mukmin!

" al Quran kan ayat ayat cinta dari Allah SWT, mukjizat rasulullah untuk kita hambaNya. "
ruginyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa super duper rugi kalau kita membazirkan ramadhan kali ini. T___T juga ramadhan sebelum2 ini. T____T

ya Allah, berilah aku peluang untuk menemui ramadhan yang seterusnya. dan jauhi aku daripada menjadi orang yang rugi. T___T

manisnya nikmat ramadhan jika kita merasainya melalui hati. Allahu Allah.

p/s: aku sepatutnya post pasal tajuk ni waktu awal ramadhan haritu. bukan hari terakhir ramadhan. T___T tapi sayang, aku juga baru sedar hakikat sebenar ramadhan. betapa sesungguhnya Allah membatasi manusia dengan hatinya. berdoalah agar Allah kuatkan hati. selalulah berbicara dengan hati, supaya ia tidak mati. muhasabah diri.

last wish. kullu am wa antum bikhair. eid mubarak!

Saturday, July 28, 2012

Malaysia, aku datang.

Masa berlalu pantas.Sampai masa aku kembali ke pangkuan keluarga.Syahdunya bunyi irama deruan angin.Di pagi 9 ramadhan dibumi urdun.

Hehe. Ohhh. Alhamdulillah. 11bulan aku dibumi urdun ini. Petang ni bertolak pulang ke malaysia. Syukur ya Allah. Tamat sudah pengajian tahun dua. ;)Rasa takut pula untuk menghadapi realiti tarbiyah yang sebenar di MAlaysia. Di bumi urdun ini, bi'ah solehah sangat2 mmbantu dalam tarbiyah diri. Di MAlaysia nnt?

InsyaAllah, moga Allah menguatkan hati ini.Tik tok. Lebih kurang 20jam lagi. Malaysia, tunggu aku. Doakan aku selamat sampai.Akan merindui ramadhan di bumi urdun ini. Moga berjumpa lagi di ramadhan akan datang, jordan.
-----------------------------------------------
Sebenarnya aku nak post yang kat atas ni. Disebabkan aku nak buat surprise. Aku revert to draft balik. Haha

Surprise menjadi. Aku cepatkan tiket pulang. Termagu, tercengang mak melihat aku di depan rumah. Ibah sampai bukak pintu tutup balik sebab tak percaya yang dekat depan rumah tu aku..hihihi abg afiq sampai tampar aku sebab nak pastikan dia tak mimpi agaknyaa. Haha.

Syukur alhamdulillah. Tiba di malaysia dengan selamat. Ayuh, kita mulakan agenda!

Thursday, July 5, 2012

andai dunia ini bukan tempat ku lagi.


aku: mak, jika ditakdirkan ina pergi dulu macamane?
mak terdiam sejenak. sepi beberapa ketika.
mak: ina pinjaman Allah.. andai ina diambil dari emak, mak redha. mak tiada hak atas ina.
aku: T__T

bersediakah aku menghadapi kematian? 

Allah,..adakah aku cintakan dunia sehingga takut untuk mati.? tidak. aku tidak mahu dijangkiti penyakit wahn.

mati itu pasti,
tapi sebelum kita mati,
jangan lupa untuk berbakti.
pada agama yang kita cintai.

ya Allah, tuntuni langkah ku ini,
tunjukkanlah jalan yang kau redhai,
jangan biarkan hambamu ini terkorban dengan dunia.
selamatkan aku ya Allah
dengan rahmatMu,
biar namaMu dalam hati ku.

menanti hari dipertemuan yang abadi.
Allah.


Wednesday, June 20, 2012

Salam perpisahan

Khas buat kalian,
Yang meninggalkan cinta di dalam kalbu,
yang meninggalkan rindu di dalam benak.

pertemuan kita di suatu hari dulu,
Menjalinkan satu ukhuwah yang sejati,
Kami bersyukur ke hadhrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci ini.

Namun kini, masa terus berlari megah,
Sampai masanya untuk berpisah,
Sampai masanya kalian beralih arah,
Teruslah kalian melangkah gagah
Sekujur kami mengakur pasrah
Walau disini keringat kalian masih basah.

Terkenang kembali kenangan lalu,
Saat bersama riang dan sendu,
Simpanlah ia dalam kenangan,
Kenangan dalam mencapai cinta,
Cinta mengejar redha pencipta!

Kakandaku,
Teruskan semangat jihad kalian pada agama,
Teruskan berjuang demi DIA yang maha berkuasa,
Untuk kembalikan Islam yang sebenar2 nya
Mewarnai Islam keserata dunia.

Kakanda kakanda yang dicintai kerana Allah.
Perpisahan ini bukan kerana benci,
Bukan kerana dendam.
Tapi perpisahan ini adalah atas rasa satu CINTA.

Entah kapan kita kembali bersua,
Jika tidak didunia, doakan kita bertemu di syurga.

Sambutlah salam rindu dan cinta,
Dan bawalah pulang ke tanah Malaysia,
Doakan kami disini terus gagah,
Berusaha padu mengorak langkah,
Bersatu dalam dakwah tarbiyyah.

Sekian, salam perpisahan :'(

Walau kita berpisah, apa yang dibawa masih tak berubah. Dakwah dan tarbiyah. Teruslah mengejar redhaAllah.Mari berpimpingan tangan menuju syurga. ;)

Sudikah awak menjadi jiran saya di syurga nanti?

Sunday, June 3, 2012

Perjalanan

Allah is the best planner. Siapa kita untuk mengangkal apa yang terjadi?

Aku dulu bersekolah di SMS Seri Puteri. Nama sekolah mmg gah. Tapi aku bukannya pandai sangat. Rezeki dapat 8A PMR. Termakbul doa dapat sekola perempuan. Time sekola sains aku kelas hujung kot. Ada 8 kelas, aku kelas no.7 hhehe. Kalau english class set. Ada set A-H, tapi aku set I, ICU ( mmg tahap lemah sungguh) -.-' .

Padahal waktu sekola harian aku top 3 student kot. well, sekola kampung.

Tapi berkat doa mak ayah abang2, adik2, dan berkat usaha aku yang bercita2 nak jadi cikgu sekolah demi mendidik anak bangsa, aku berjaya memperoleh 9A dalam spm. Alhamdulillah, Allah banyak tolong.

Aku tak pernah bercita2 nak fly mana2. Bagi aku study kat malaysia dah cukup perfect. Cukup bagus. Oleh sebabtu aku tak isi mana2 borang biasiswa . Tak berminat nak apply.

Tapi kawan2 dan keluarga suruh isi jugak. Ok la ok la. aku isi borang MARA itu pun time last day permohonan. Aku ambil dentist untuk ke India. Layak ke temuduga. Aku buat main2 je time interview. Siap gelak ketawa dengan penemu ramah lagi. Cakap pun rojak. So,aku tau aku mmg takde harapan nak dapat biasiswa ni.

Aku apply cikgu, tak dapat tawaran temuduga pertama.
Aku apply upu, pilihan pertama aku mintak UIA dentistry jugak tapi tak dapat. Aku dapat UiTM puncak alam asasi sains.

Keluar je keputusan MARA, aku ditakdirkan tidak layak untuk ke India. Tak rasa apa2 . Tapi sedih jugak Jadi aku ambil keputusan untuk ke UiTM. Aku nak jadi cikgu tak dapat.
Aku nak asasi UIA tak dapat.
Masuk UITM yg bukan pilihan hati, belajar je la sungguh2 nnt boleh apply dentist kat UM atau UIA. Itu rancangan aku.

Tapi tiada siapa tahu hari esok.

Selepas 2 bulan menuntut di UiTM ketika cuti pertengahan sem. Aku di rumah. Jam 3.30 ptg. Sedang tidur dengan lena. Telefon berdering. Namaku diseru, panggilan untuk aku. Dalam keadaan mamai aku menjawab panggilan.

" assalamualaikum. Ini saudari nur arina binti Mohd nasri ke? "

"ye saya"

"kami dari majlis amanah rakyat (MARA). Sukacita dimaklumkan saudari arina ditawarkan course dentistry. Ini adalah transfer degree program. Setahun di MAlaysia dan 4tahun di Jordan.adakah adik berminat untuk tawaran ni"

"Errrrr. Ha. Erm. Oh " aku gagap. Tak tahu nak ckp apa. Mamai tido tadi.

" tak pe nanti pihak kami akan hantar borang, nanti adik buatlah keputusan . Sama ada nak menerima atau tidak. .Borang tu mungkin akan sampai dalam masa 2 hari."

Aku blurr. Mimpi ke ni. Dapat jordan? Bila pulak aku apply ni? Bukan aku apply india ke? Apa semua ni? Aku kena tipu ke? Mmg aku apply mara je pun.

TDP JUST MESTECH

Setahun di Malaysia dan lagi 4 tahun di Jordan. Ada dua course dentist dan medic. Untuk fly kena lepas cgpa 3.5 . syukur. Kini aku dah selesai tahun pertama di Malaysia. Sekarang aku berada di Jordan, tanah yang penuh barakah. Hampir selesai tahun dua dan insyaAllah bakal menuju ke tahun 3.

Subhanallah
Alhamdulillah

Dia sebaik2 perancang. Siapa sangka kusangka hujan sampai kepetang rupanya ada pelangi yang menanti. Aku tak dapat semua yang aku inginkan. Tapi Allah dah susun perjalanan yang lebih cantik. Kita tidak dapat mengagak apa yang akan terjadi hari esok. Jadi berdoalah dan berusaha sungguh2 pada hari ini. Kerana hanya Dia yang mengetahui hari esok. Live your life for Allah.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)"

P/s: rezeki tu milik Allah. Serahkan segalanya pada Dia.

Friday, June 1, 2012

Aurat

Kenapa wanita perlu menutup auratnya? Rasanya dah banyak analogi yang diutarakan. Dan saya sangat suka untuk menggunakan analogi ini.

Ibaratkan wanita ini adalah berlian yang lebih mahal dari permata keluaran habib jewels.

Kalau kita taknak orang curi, mestilah kita balut elok elok. Kita tutup dengan kain yang tak jarang dan kain yang tak ketat. Kenapa? Sebab Kita takut orang nampak. Andai kata ada pencuri nak curi. Mestilah dia nampak itu adalah berlian mahal kalau kita tak cover betul betul.

Begitu juga wanita. Allah ciptakan wanita ini sangat cantik. Sama seperti berlian. Wanita ini mahal harganya. Maruah kita tinggi nilainya.lebih mahal dari berlian. Kalau kita tak jaga elok2. Tak tutup elok2. Takut nanti ada orang yang berniat jahat...

Biarlah ketinggian nilai berlian kita ini hanya untuk pemiliknya yang akan melindungi kita sebaiknya.

P/s: apa la bezanya kita ngan binatang, kalau kita tidak berbaju, malah sudah berbaju pun separuh bogel? Haih

Islam bukan agama mengongkong. Everything have reason.

Thursday, May 31, 2012

Be calm

Allah tahu apa yang dihati kita. Dia sentiasa bersama kita. Believe it!

“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”

Saturday, May 19, 2012

Kuat!

Kepala ini hampir sahaja meletup. Astaghfirullah al adzim. Mengharapkan tidak kecundang. Allah, bimbing daku ya Allah. Pimpin aku dah jangan biarkan aku berputus asa. Jangan biar aku berputus asa dengan rahmatMU. Allah. 2 more paper! Paper paling hebat bakal merempuh. Bersedia! Lengkapkan senjata! Allahuakbar!

Friday, May 11, 2012

Motivasi

Allah takkan membebani kita dengan ujian yang kita tak boleh tahan. Allah yang mencipta kita, pastinya, dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Tak perlu difikirkan aku oleh atau tidak. Jika kita benar2serah diri kepada Allah, kita takkan rasa sekelumit pun rasa beban atas apa yang kita lakukan. Allah MAha penyayang dan DIa sebaik baik tempat mengadu. Allah. Allah. Allah

Monday, May 7, 2012

susah

Practical exam dah tamat!
dan bermulalah persiapan jentera2 perang untuk final exam teori.
penat memang penat.
jom tajdid niat belajar!

semangat!

gigi nampak macam senang je nak carve. cakap senang la. cuba try buat. tsk tsk. pengalaman menjadi seorang dentist tahun 2. abes final sem 2. masuk summer sem. then balik malaysia! teeheeeeee

dan bukak sekolah balik. MASUK TAHUN 3! tak sabar tak sabar. erggh. 

eh eh. astaghfirullah al adzim. eksaited sangat ni. kita hanya berusaha, tapi Allah yang tetapkan segalanya. dalam proses membina individu muslim! 

........................................................................................................................................................

" sungguh KAMI ciptakan manusia berada dalam keadaan susah payah "
90:4

Allah bagi kita susah tanda Dia sayang, tanda Dia ingat kepada kita. baiknya Allah. bila kita bersabar dia bagi pahala, bila kita bersyukur dia bagi pahala, bila kita susah payah mujahadah pun dia bagi pahala. sikit je susah Allah bagi kalau nak banding dengan nikmat yang diberikan. tetaplah menabahkan hati dan terus berlapang dada.

dalam hal dunia, lihatlah orang yang lebih kurang daripda kita, supaya kita lebih banyak bersyukur! dan 

BILA kita berasa sangat sedih, menangislah sepuasnya jika itu yang membuatkan hati kita tenang. kerana kasih dan cinta Allah pada kita. Dia kurniakan air mata. :)
moga Allah lembutkan hati doctor untuk kasi markah tinggi sikit. :)

Saturday, April 28, 2012

Bersih? Aku tak paham.

BERSIH. Tak tahu mana betul mana salah,
Sampaikan aku tak tahu untuk meyokong mahupun membantah,
Siapa tak sakit hati kalau dua pihak berpecah kerana membahas hal yang tak sudah2?

 Ada yang sokong,
Ada yang bantah,
Last2, jadi berpuak puak, berpecah belah.

Yang di tv salahkan Bersih, Yang di utube, salahkan polis kerajaan yang duk pukul2 pendemostrasi.
Apa semua ni?! Aku tak paham. Kalau nak sistem pilihan raya itu bersih, Begitukah caranya? Seperti banyak mudharat dari baiknya.

Tersampai ke hadaf? Melihat yang cedera, Melihat yang mengamuk. Jadi bersih sudah sistem pilihan raya?

 Aku sedih, melihat mereka seperti manusia yang hilang kawalan. Bagaikan sang kucing bertengkar sesama sendiri? Aku tak paham. Aku tak paham. 

Niatnya baik, mungkin caranya tak kena. Kurang sesuai mungkin?

Diam ku memerhati, bukan bermaksud tak ambil peduli, Tak menyokong tak membantah, bukan bermaksud aku tak kisah. Kalau ada yang baca post ni menyokong bersih, tolong. Dan mintak tolong sangat ceritakan kat aku pasal bersih. dan Pastikan britanya yang sohih! ada yang sohih? Hanya Allah tahu.

Friday, April 13, 2012

Ibu

Dikala ku kecil ku tahu pasal abc,
Ku ceritakan dengan ibu,
Semakin aku membesar, kutahu banyak ilmu,
Ku ceritakan jua pada ibu,
Bila kini ku belajar pasal gigi,
Ibu, masih pendengar yang setia.
Yang terus memberi semngat untuk ku berusaha mencapai cita.

Aku rindu ibu.
Ibu, i miss u. I love u. No one can replace u in my heart. For me, U are the only and the best mother in this world. Thank u Allah for giving me the best woman in my life. ;)

Aku bersyukur kerana aku masih punya ibu. Ya Allah rahmati ibu ku. Pelihara dia seperti mana dia menyangiku sewaktu aku kecil.

Ibu, engkaulah ratu hatiku...

Thursday, April 5, 2012

ujian diuji




tired, restless, lelah, sesak.

being a dentistry student not as simple as kacang goreng. ingat jadi budak medic je susah? no no. u are wrong girl. really really really wrong! hebatnya perancangan Allah minggu ini. untuk minggu ini sahaja 3 exam berturut. dan minggu lepas 2 exam. dan bakal menjelang minggu depan 3 exam lagi. T__T. hidup dengan exam.

setiap minggu diuji dengan exam. itu baru ujian yang manusia aturkan  didunia. bagaimana ujian Allah? adakah kita usaha bersungguh sungguh bermati matian  untuk lulus cemerlang dengan jayanya ujian Allah nnt seperti mana kita berusaha untuk cemerlang dalam exam?

.....

i wanna be a good muslimah, a good dentist, student ,daughter and a great daie!
O Allah, show me the way,
tiupkan semangat dan berikan aku kekuatan untuk menghadapi cabaran ini.

mujahadah melawan serakah,
tiket syurga itu tidak murah. :)

Wednesday, March 21, 2012

Ketakutan itu mencengkam jiwa,
Kenapa cuak memikirkan neraca manusia,
Sedangkan neraca Allah lebih mulia?

Friday, March 16, 2012

Andai kau tahu apa yang mereka rasai.

Sedang kita lena dibuai mimpi indah,
Saudara kita disana berpenat lelah,
Satu persatu jasad gugur,
Mempertahankan tanah tumpah darah!

Apakah kita hanya melihat?
Tak diambil peduli tak ambil endah?
Bagi ku negaraku, bagi mu negara mu.
Tidak mengapa, yang di bom gaza,
Negaraku masih aman.
Tidak mengapa, yang di bunuh rakyat syria,
Rakyat malaysia masih bahagia?

Hakikat sebenar hidup masih kabur.
Kepentingan diri munguasai.
Dimana hilang sikap manusiawi?
Kerana alpa sogokan duniawi.

Hamba dunia?

Bukan mudah untuk menyentuh hati seseorang.

"jom wak kita solat berjemaah. Dapat 27. Kalau sorang dapat satu je"

" ye saya tahu la. awak solat je dulu "

Andainya pahala itu kita dapat lihat dia turun bagai duit yang jatuh berterbangan dari langit, pasti semua orang berkejar untuk solat berjemaah. Pasti semua orang berasa rugi untuk tidak solat berjemaah, pasti semua orang merasa miskin jika tidak solat berjemaah.

Tidak solat, dan lambatkan solat kerana satu perbuatan yang sia2. Tepuk dada tanya iman. Kau hamba Allah atau kau hamba dunia?

Memang anda tahu, tapi adakah anda betul2 faham?

Sekali lagi tepuk dada tanya iman. Muhasabah diri,.

P/s: hentikanlah menjadi hamba dunia, kiamat makin dekat. Dunia ini dan segala isinya akan mati, yang kekal hanya satu. Cinta kepada NYa kekal abadi. Allah.

Sunday, March 11, 2012

Malaysia

Assalamualaikum. Dear my happy family,
I know u all will read this.
How i miss u guys so much.
Being so far away from u all, make my heart become closer to all of u.

Enough2 dah lama tak prektis english. Hancus. Haha
Sejak dah bli tiket balik malaysia ni, asyik terbayang2 wajah atuk, nenek dan keluarga tercinta. Eksaited sangat ni. Tak sabar nak masak untuk kalian semua. Ina rinduu. Ina belajar buat kek ni. Nanti ina masak untuk kalian. InsyaAllah.

Ain dan ibah, belajar rajin2. Buat post kerinduan eh. Hehhe. Akak pun rindu adik bushuk wangi intan payung akak. Hehheehhe. Akak nak exam ni. Doa kan akak ya! Jaga diri baik2. Jom sama2 jadi anak yang solehah. Spm pmr, bukan nye penting sangat pun. Yang penting skor setiap subjek.! Ngeh2. Akak yakin adik2 akak boleh buat. Apa je result yang korang dapat memang itu yang terbaik. Bersyukur dengan apa yang kita dapat, bukan menangisi apa yang kita tak ada. Jangan jadi manusia tak bersyukur tau. Semua yang kita ada ni pinjaman je. Semua Allah yang punya. ;)

Adik adik yang akak cinta kerana Allah.
Jangan lupa solat diawal waktu, jangan sampai tekun study lupa solat. Akak babap nanti baru tau. Hehehe. Sayang korang. Tunggu lagi 4bulan setengah je lagi. Mmuah mmuah.

Salam sayang cinta dan rindu dari bumi syams yang penuh barakah.

Arina nasri

Friday, March 9, 2012

Married

Married is not all about love
But, its about building ummah,

Perkahwinan bukan semata2 kerana cinta,
Tapi sebenarnya membina ummah.

Melahirkan pejuang2 Islam! Allahuakhbar!

To my beloved abang2. Carilah srikandi yang sama2 dapat membantu kita dalam arena dakwah ini. :D ehh? Hihihi.

Sayang 1 2 3 abang saya!

Thursday, March 8, 2012

Mujahadah.

Mencari kebahagiaan dunia yang sementara. Sanggup berlari, sanggup berkejar. Akhirnya penat, terjatuh. Sudah. Aku lelah. Tidakmahu bangkit lagi.

.

....


........

Hidup bukan untuk dunia sahaja.
Hidup bukan untuk kita seorang sahaja.
Jangan pernah mengalah.
Jangan pernah rasa kalah.

Jika tidak kuat mujahadah,
Jangan mengharap syurga yang indah!

Jom sama2 kejar cinta Allah!

Wednesday, February 22, 2012

Sakit

Dalam banyak banyak penyakit, ada satu penyakit yang paling paling paling aku tidak mahu dijangkiti. kalau boleh lari laju laju, memang aku akan lari selaju lajunya dari sakit ini.. dan aku rasa satu dunia tak mahu penyakit ni. penyakit yang cukup payah untuk diubati jika kita rasa diri kita lemah.

penyakit apa?

penyakit hati.

penyakit hati yang berbeda dengan penyakit lain. sakit yang boleh menyebabkan kita rasa jauh dengan Allah. astaghfirullahaladzim.


apa simptom2 nya?
bakhil, tamak, pemarah, dengki, dendam, riyak, ego, megah, ingin nama sum’ah, cinta dunia dan banyak lagi.



ubat kepada penyakit hati yang tidak akan dapat dipasaran tapi boleh didapati dengan rasa mujahadah. :> zikirullah, al-Quran, dan mengingati mati. 


***************************************************

ya Allah jauhkan aku dari penyakit hati ya Allah.
aku tidak mahu sakit dihati ini mengugat cintaku padaMu ya Allah.
kuatkan semangatku ya Allah.








Thursday, February 16, 2012

Catatan cordoba


Cerita ni belum basi. Masih segar di ingatan walaupun saya post lambat.

Terbayang bumi Andalusia yang saya baru sahaja di jelajahi belasan hari yang lalu. Perjalanan melihat dunia yang berbeza. Definitely berbeza dari Malaysia mahupun Jordan. Negara yang tiada Islam didalamnya. Waktu inilah rasa diuji nikmat Islam dalam diri. Perjalanan 5 hari di spain yang benar menguji kekuatan iman.

Cordoba. Pengalaman yang paling tidak dapat di lupakan. Diri ini bagai dipijak bagai di injak. Hari itu hari jumaat. Kami melawat mozquita de cardoba. Masjid cordoba. Selalunya kalau nak masuk mozquita ni akan dikenakan bayaran sebanyak 8euro yang lebih kurang rm35. Tapi disebabkan kami pergi hari jumaat pagi, tiada bayaran dikenakan. Masuk adalah percuma! Ini bukan berita gembira.

Ya Allah, berkecamuknya hati ini melihat masjid ini diubah menjadi gereja! Nama mozquita sebenarnya à cathedral. Anda tahu kenapa percuma? Kerana pada waktu jumaat pagi mereka sedang sembahyang menyembah tuhan mereka. Astaghfirullah aladzim. Melihat patung2 yang menghiasi sudut dinding. Mendengar alunan nyanyian mereka di masjid ini benar menyakitkan hati ini. Terlampau banyak yang mereka ubah sehingga masjid ini semakin hilang rupanya. T__T

Jika dahulu di dalam masjid ini imam dan makmum berjemaah menyembah yang Esa. Tapi kini kita dilarang solat didalamnya.! Teringat kata guard “NO PRAYING INSIDE THERE!” . kami dilarang berdoa.  di dalam masjid itu banyak guard yang mengawal. Memerhati  tingkah laku kami. sedih. Memang sedih. Teringat kata sahabatku “Batu2 masjid ini pasti merindukan bacaan suci al Quran.” Air mata berguguran laju.

Masjid ini sudah menjadi gereja. Takkan kita masih mahu berdiam diri dan melihat masjid yang lain pula menjadi gereja? Allahuakhbar! Bangkitlah ummat Islam. Ayuh kita tegakkan agama ALLAH!

ini pintu masuk mozquita. anda rasa cantik?


penyejuk mata di masjid cordoba






salah satu pintu masuk yang masih tidak diubah.


gambar2 patung tidak diambil kerana dek rasa meluat. untuk baca kisah yang lebih lanjut. tekan sini

p/s: ain, nnt akak cerita lagi.

Senyum sampai telinga.

Aku mula faham. Rasa ini datang tiba2. Mungkin Allah sengaja menguji.alhamdulillah. Aku kembali tenang.ya! Mmg Allah lah sebaik2 tempat mengadu. Suweetnya Allah. =)

Tarbiyah diri. Belajar sesuatu hari ini. Hari2 lebih cinta kepada Allah.!

Ya Allah, hati ini milikmu.=)

Wednesday, February 15, 2012





ya Allah,
hanya Engkau tempat ku mengadu,
hanya kepada Engkau aku menyerah diri.


pelihara hati ini ya Allah,
jagalah hati ini ya Allah,
sehingga suatu hari nanti, hati ini dapat diserahkan kepada insan yang selayaknya.
jauhkan aku daripada cinta yang membutakan.
ya Allah, bantu aku.
pelihara diriku,
butakan aku daripada pandangan nafsu,
tulikan aku dari bisikan cinta yang menyesatkan


bantu aku untuk gapai cintaMu.
ya Allah. pelihara hati ini.






aku tahu rasa cinta ini fitrah. aku takut jika aku menyebabkan ia menjadi fitnah.


ampunkan aku ya Allah.

Sunday, February 5, 2012

post kanak kanak

makk.


nak makkk


ina nak makkkkkkkkkkkkkkk


ina nak mak sekaranggggg


nak mak sekarang jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkk!


boleh lihat betapa saya rindu mak saya? mom, i do really really really miss u.


i really miss your big lovely hug,


i really miss your story,


i really miss your voice,


i really really really miss you mom.


belaian kasihmu ibu selalu ku kenang.


wajah mu ibu selalu terbayang.


-post kanak2 hingusan yang merindukan ibunya-


Ya Allah! Rahmatilah kedua ibubapaku dan ampunilah dosa mereka, Redhailah mereka dengan keredhaan yg melayakkan mereka mendapat segala keredhaanMu. Dengan Engkau meletakkan mereka di dalam Negara kemuliaanMu, keamananMu, kemaafanMu dan keampunanMu.

Ya Allah!, kasihanilah di atas kelemahan mereka sebagaimana mereka telah mengasihi kami ketika kami lemah, rahmatilah mereka ketika mereka terlalai daripada mengingatiMu, sebagaimana mereka tetap mengasihi kami semasa kami masih kecil.
Ya Allah!, peliharalah bagi mereka kasih sayang yg telah Engkau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yg telah Engkau penuhi hati mereka, dan kelembutan yg telah Engkau sibukkan ke atas anggota mereka.
Ya Allah! Jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari kiamat, perdengarkanlah kepada mereka sebaik-baik seruan daripada kami pada hari Kiamat, Jadikanlah mereka disebabkan kami dari kalangan ibubapa yg dicemburui disebabkan anak-anak mereka yg soleh, sehingga Engkau mengumpulkan kami dan mereka serta sekalian muslimin di Negara kemuliaanMu (syurga) di tempat penetapan rahmatMu dan tempat auliya kekasihMu bersama orang-orang yg telah Engkau kurniakan Nikmat.


buat ibu dan ayah yang disayangi:-


Monday, January 23, 2012

masih adakah islam di andalus?

al hambra






perjalanan menuju bumi ANDALUSIA yang dahulunya berada di zaman pemerintahan kerajaan Islam selama 800 tahun lamanya. .


dan kini dikenali sebagai bumi SPAIN. lalu kita lihat, masih ada lagi kah Islam didalamnya? ='(


bermulalah perjalanan ku sebagai seorang musafir di angin lalu.


menjejak bumi andalusia dan ireland. semoga ada ibrah yang dapat aku ambil.


doakanku selamat pergi dan pulang.


granada--> cordoba---> Dublin


24/1 - 2/2 ..=)

Saturday, January 14, 2012

Duhai hati,,,

Menghadiri majlis majlis ilmu ibarat kita melalui taman taman syurga. Menarik bukan? Pergi ke majlis ilmu, menambahkan rasa cinta kepada Allah, mendekatkan hati kepada DIA yang esa. Andai berat hati untuk ke majlis2 ilmu, tidakkah terasa berat juga kaki ini untuk melangkah ke taman2 syurga.? Ya Allah moga dijauhkan perasaan malas.

Hidup kita bukan hanya untuk di dunia. Kehidupan didunia ini, mencorak kehidupan kita di akhirat sana.  
Bisakah kita memperoleh syurga tertinggi, dengan hanya menonton movie, shopping, banyak tidur, berborak kosong ,melepak,  dengar muzik2 yang melalaikan? Layakkah kita memperoleh syurga? Jika hanya itu usaha kita didunia? Lalu,  Apa usaha kita untuk memperoleh syurga?

Apa sahaja yang kita lakukan atas bumi ini, biarlah yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Jangan bazirkan masa yang kita ada ini kerana kita tidak tahu apa kan terjadi hari esok. Kalau benar kita sayang Allah, buktikan cinta kita itu, zahirkan! Biar benda itu nampak kecil dimata manusia, tp besar di mata Allah. Biar kita diperlekeh manusia, asal Allah sentiasa bersama kita.
 **********************************************************************************
Aku insane biasa sahabatku, aku juga manusia yang tidak lari melakukan dosa. Aku bukan malaikat. aku tak mulia, aku tidak sempurna, masih banyak yang harus aku pelajari.  Tarbiyah bukan untuk orang baik2 sahabatku, tapi untuk kita berusaha kearah yang lebih baik. Sesungguhnya sahabatku, aku sayang kamu kerana Allah. Aku ingin kita berkasih sayang  bukan hanya didunia. Tapi juga di syurga. 
Ya Allah peliharalah diri kami dengan rahmatMU.  Berikan petunjuk dan hidayahmu kepada kami. 

“Ya Allah, without you, we are NOTHING”

Friday, January 13, 2012

WARKAH buat adinda tercinta,


Hari semakin pantas berlalu, tanpa di sedari, kita semakin meningkat dewasa. Rasa baru semalam kita bermain bersama sama. Masa lalu terlampau jauh meninggalkan kita. Kenangan manis sewaktu kita masih anak kecil pastinya sukar untuk dilupakan. Dalam kejauhan ini, terus terang kakanda katakan bahawa kakanda sgt rindukan adinda adinda yang berada di Malaysia. Apa agaknya khabar kalian?

#Poyo#

Buat adik2 akak yang di sayangi. Ain dan ibah. Tahun ni musim exam korang kan? Ain pmr ibah spm. Eh akmal upsr. Alhamdulillah makin meningkat dewasa adik adik akak. Akak rindu sangat dengan korang. Rindu nak masak untuk korang. Mesti korang rindu masakan akk kan? :D haha. *poyo lagi* rasa mcm baru semalam kita gaduh sama2. Gusti sama2, gossip sama2, bermanja sama2. Hihik.

Saje je akk buat post ni khas untuk korang. Akk tahu, akk bukanlah akk yang baik. Suka buli korang kan. Namun, jauh disudut hati akk ni, akk sayang korang.  Kita lahir dari rahim yang sama, kita membesar dirumah yang sama. Bahagia kan? Syukur  kerana Allah mengurniakan adik adik yang baik mcm korang. Hihik. ;) akak taknak, kita hanya berkasih sayang didunia je. insyaAllah, biarlah kasih sayang kita ini sehingga ke syurga. Ayuh adik2, kita cari cinta Allah. Tak sabar nak tunggu bulan lapan nak peluk korang erat2. Err. Akk syok sendiri ke ni? Mesti korang pelik kan tiba2 akk lemah lembut? haha. :D

Moga Allah permudahkan korang. Ingat, hidup bukan semata untuk exam. Semoga apa yang kita belajar ni, ilmu yang kita dapat ni mendapat keberkatan dan redha Allah. Belajar untuk mencintai ilmu, bukan mencintai markah. Exam bukan segala2nya. insyaAllah. Kita belajar untuk Islam! Bersungguh sungguhlah dan berusahalah sehabis baik untuk memperoleh yang terbaik. Berdoalah kepada Allah dan berserah lah kepada Dia atas segala sesuatu. Jika ada apa2 masalah, boleh je kongsi dengan akk. Skype.



Salam sayang dari bumi urdun,
Kakandamu,
ARINA NASRI