dear sahabat2 :)

Wednesday, November 30, 2011

Dont be sad. just keep on smiling. :)


sometimes God hides the sun with clouds of pouring rain not to get us soaking wet,
BUT to give us a beautiful rainbow at the end of the day. :)

be patient, keep calm and believe in Allah. He is the best planner.


 "Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah." (Al Hadid : 22)


setiap manusia pasti akan diuji.. 


muhasabah diri. 



Saturday, November 26, 2011

Taubat

"Ya Allah, hamba mu ini seringkali melakukan dosa. malunya aku padaMu. malunya aku dengan diriku sendiri. kecewa. kecewa sekali dengan diri sendiri. aku gagal. aku gagal. gagal melawan nafsu nafsi yg beraja di hati. ampunkan aku ya Allah. ampunkan aku. sungguh, aku telah menzalimi diri sendiri. ampunkan aku ya Allah. " 
jangan sekali kali berputus asa dengan rahmat Allah. sebanyak manapun dosa kita, dan  berulang ulang kali pun kita buat dosa itu, jgn pernah berputus asa untuk mendapatkan keampunanNya. pintu taubat itu terbuka luas. sungguh, Dia Maha pengampun lagi Maha mengasihani. 


selagi jantung masih berdegup, selagi kita bisa bernafas, selagi,jasad masih bergerak, selagi mata masih melihat, kejarlah cinta Allah yg hakiki. rugilah kita tanpa cintaNya. bersyukurlah, kerana detik ini, kita masih diberi peluang oleh Allah yg Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Allahuakhbar!


-muhasabah diri-



Wednesday, November 9, 2011

Aku lebih dewasa.


Pagi nan indah bersulam cinta Illahi,
Alhamdulillah, syukur,syukur.
aku masih diberi peluang untuk membuka mata melihat duniaNya,
aku masih bisa menghirup udara segarNya,
aku masih dipinjamkan nyawa untuk aku terus berjuang mengejar cinta dan redhaNya.

Allah maha kuasa! Pencipta alam dan seisinya.DIA lah yg maha agung menciptakan segala apa yag didunia ini. Subhanallah!

Baru kini aku tahu apa maksud tarbiyah dan dakwah yg sebenarnya. Selama ini aku hidup dalam kekaburan. Baru aku tahu apa kepentingannya. Baru aku rasa, baru aku faham.  yaAllah, syukur, kerana kau berikan aku kefahaman  Islam yang sebenar. Tidak sangka Selama ini aku  leka dan lalai  membawa perananku sebagai abid dan khalifah dimuka bumi ini dek kerana disogokkan duniawi.

Sedihnya melihat kejatuhan tamadun islam. Sedangkan suatu masa dulu umat islam lah yang menguasai tamadun dunia. Hidup di zaman khalifah. Hidup suasana islam,  tapi kini? Kita terus jatuh, jatuh, dan tunduk di tangan barat! Adakah aku ingin terus melihat mereka berkuasa.? Umat islam diperkotak katikkan  ibarat boneka yg menjadi permainan mereka.  Membiarkan umat2 seaqidah terus hanyut menjadi mainan mereka? membiarkan saudara2 seislam dibunuh dan sengsara? dimana umat2 islam hari ini? bring islam back! 

melihat perjuangan Rasulullah(saw) yang tak pernah putus semangat menyebarkan dakwah islam. disambung pula oleh para sahabat, para tabi'in. Jika bukan semangat jihad mereka menyebarkan islam, sudah tentu kita tidak dapat merasai nikmat Islam ketika ini. kerana semangat jihad mereka dahulu lah Islam berjaya menguasai dua per tiga dunia.  masih ada lagi kah pemuda2 sehebat dan seberani mereka?



             **************************************************************************************
Ya Allah, pertama kali dalam hidup ini, aku dapat merasakan kemanisan nikmat ukhuwah. Ukhuwah  yg terjalin bersama akhawat2 yg sefikrah dan seaqidah. Ya Allah, bahagianya rasa. Mereka seperti keluarga ku. Sayangnya aku pada mereka tak berbelah bahagi. Kuatkan ikatan kami yaAllah. Bantu kami untuk berjuang di jalan Mu.

Selama 3 hari 2 malam di banglo ajlun, yg berhadapkan ajloon castle tinggalan sejarah  mujahidin islam. Ya Allah, hati ini berasa dekat dengan mu. Alhamdulillah ya Allah atas nikmatmu yang tak berbelah bahagi. Moga aku istiqamah dijalanMU.  Andai aku jatuh ya Allah, andai aku putus asa, kau tiupkan semangat kepadaku ya Allah. kau bimbing aku ya Allah.  Aku ingin jadi srikandi yang berjuang di jalanMU ya Allah.. aminn ya rabb


ajlun castle
tak sempat lagi nak pergi. insyaAllah suatu hari nnt. :)