dear sahabat2 :)

Wednesday, June 20, 2012

Salam perpisahan

Khas buat kalian,
Yang meninggalkan cinta di dalam kalbu,
yang meninggalkan rindu di dalam benak.

pertemuan kita di suatu hari dulu,
Menjalinkan satu ukhuwah yang sejati,
Kami bersyukur ke hadhrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci ini.

Namun kini, masa terus berlari megah,
Sampai masanya untuk berpisah,
Sampai masanya kalian beralih arah,
Teruslah kalian melangkah gagah
Sekujur kami mengakur pasrah
Walau disini keringat kalian masih basah.

Terkenang kembali kenangan lalu,
Saat bersama riang dan sendu,
Simpanlah ia dalam kenangan,
Kenangan dalam mencapai cinta,
Cinta mengejar redha pencipta!

Kakandaku,
Teruskan semangat jihad kalian pada agama,
Teruskan berjuang demi DIA yang maha berkuasa,
Untuk kembalikan Islam yang sebenar2 nya
Mewarnai Islam keserata dunia.

Kakanda kakanda yang dicintai kerana Allah.
Perpisahan ini bukan kerana benci,
Bukan kerana dendam.
Tapi perpisahan ini adalah atas rasa satu CINTA.

Entah kapan kita kembali bersua,
Jika tidak didunia, doakan kita bertemu di syurga.

Sambutlah salam rindu dan cinta,
Dan bawalah pulang ke tanah Malaysia,
Doakan kami disini terus gagah,
Berusaha padu mengorak langkah,
Bersatu dalam dakwah tarbiyyah.

Sekian, salam perpisahan :'(

Walau kita berpisah, apa yang dibawa masih tak berubah. Dakwah dan tarbiyah. Teruslah mengejar redhaAllah.Mari berpimpingan tangan menuju syurga. ;)

Sudikah awak menjadi jiran saya di syurga nanti?

Sunday, June 3, 2012

Perjalanan

Allah is the best planner. Siapa kita untuk mengangkal apa yang terjadi?

Aku dulu bersekolah di SMS Seri Puteri. Nama sekolah mmg gah. Tapi aku bukannya pandai sangat. Rezeki dapat 8A PMR. Termakbul doa dapat sekola perempuan. Time sekola sains aku kelas hujung kot. Ada 8 kelas, aku kelas no.7 hhehe. Kalau english class set. Ada set A-H, tapi aku set I, ICU ( mmg tahap lemah sungguh) -.-' .

Padahal waktu sekola harian aku top 3 student kot. well, sekola kampung.

Tapi berkat doa mak ayah abang2, adik2, dan berkat usaha aku yang bercita2 nak jadi cikgu sekolah demi mendidik anak bangsa, aku berjaya memperoleh 9A dalam spm. Alhamdulillah, Allah banyak tolong.

Aku tak pernah bercita2 nak fly mana2. Bagi aku study kat malaysia dah cukup perfect. Cukup bagus. Oleh sebabtu aku tak isi mana2 borang biasiswa . Tak berminat nak apply.

Tapi kawan2 dan keluarga suruh isi jugak. Ok la ok la. aku isi borang MARA itu pun time last day permohonan. Aku ambil dentist untuk ke India. Layak ke temuduga. Aku buat main2 je time interview. Siap gelak ketawa dengan penemu ramah lagi. Cakap pun rojak. So,aku tau aku mmg takde harapan nak dapat biasiswa ni.

Aku apply cikgu, tak dapat tawaran temuduga pertama.
Aku apply upu, pilihan pertama aku mintak UIA dentistry jugak tapi tak dapat. Aku dapat UiTM puncak alam asasi sains.

Keluar je keputusan MARA, aku ditakdirkan tidak layak untuk ke India. Tak rasa apa2 . Tapi sedih jugak Jadi aku ambil keputusan untuk ke UiTM. Aku nak jadi cikgu tak dapat.
Aku nak asasi UIA tak dapat.
Masuk UITM yg bukan pilihan hati, belajar je la sungguh2 nnt boleh apply dentist kat UM atau UIA. Itu rancangan aku.

Tapi tiada siapa tahu hari esok.

Selepas 2 bulan menuntut di UiTM ketika cuti pertengahan sem. Aku di rumah. Jam 3.30 ptg. Sedang tidur dengan lena. Telefon berdering. Namaku diseru, panggilan untuk aku. Dalam keadaan mamai aku menjawab panggilan.

" assalamualaikum. Ini saudari nur arina binti Mohd nasri ke? "

"ye saya"

"kami dari majlis amanah rakyat (MARA). Sukacita dimaklumkan saudari arina ditawarkan course dentistry. Ini adalah transfer degree program. Setahun di MAlaysia dan 4tahun di Jordan.adakah adik berminat untuk tawaran ni"

"Errrrr. Ha. Erm. Oh " aku gagap. Tak tahu nak ckp apa. Mamai tido tadi.

" tak pe nanti pihak kami akan hantar borang, nanti adik buatlah keputusan . Sama ada nak menerima atau tidak. .Borang tu mungkin akan sampai dalam masa 2 hari."

Aku blurr. Mimpi ke ni. Dapat jordan? Bila pulak aku apply ni? Bukan aku apply india ke? Apa semua ni? Aku kena tipu ke? Mmg aku apply mara je pun.

TDP JUST MESTECH

Setahun di Malaysia dan lagi 4 tahun di Jordan. Ada dua course dentist dan medic. Untuk fly kena lepas cgpa 3.5 . syukur. Kini aku dah selesai tahun pertama di Malaysia. Sekarang aku berada di Jordan, tanah yang penuh barakah. Hampir selesai tahun dua dan insyaAllah bakal menuju ke tahun 3.

Subhanallah
Alhamdulillah

Dia sebaik2 perancang. Siapa sangka kusangka hujan sampai kepetang rupanya ada pelangi yang menanti. Aku tak dapat semua yang aku inginkan. Tapi Allah dah susun perjalanan yang lebih cantik. Kita tidak dapat mengagak apa yang akan terjadi hari esok. Jadi berdoalah dan berusaha sungguh2 pada hari ini. Kerana hanya Dia yang mengetahui hari esok. Live your life for Allah.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)"

P/s: rezeki tu milik Allah. Serahkan segalanya pada Dia.

Friday, June 1, 2012

Aurat

Kenapa wanita perlu menutup auratnya? Rasanya dah banyak analogi yang diutarakan. Dan saya sangat suka untuk menggunakan analogi ini.

Ibaratkan wanita ini adalah berlian yang lebih mahal dari permata keluaran habib jewels.

Kalau kita taknak orang curi, mestilah kita balut elok elok. Kita tutup dengan kain yang tak jarang dan kain yang tak ketat. Kenapa? Sebab Kita takut orang nampak. Andai kata ada pencuri nak curi. Mestilah dia nampak itu adalah berlian mahal kalau kita tak cover betul betul.

Begitu juga wanita. Allah ciptakan wanita ini sangat cantik. Sama seperti berlian. Wanita ini mahal harganya. Maruah kita tinggi nilainya.lebih mahal dari berlian. Kalau kita tak jaga elok2. Tak tutup elok2. Takut nanti ada orang yang berniat jahat...

Biarlah ketinggian nilai berlian kita ini hanya untuk pemiliknya yang akan melindungi kita sebaiknya.

P/s: apa la bezanya kita ngan binatang, kalau kita tidak berbaju, malah sudah berbaju pun separuh bogel? Haih

Islam bukan agama mengongkong. Everything have reason.