dear sahabat2 :)

Saturday, September 17, 2011

tajdid niat

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Syukur ke hadhratNya kerana aku telah smpai di di bumi urdun ini untuk meneruskan perjuangan yg belum selesai.  Disinilah bermulanya satu perjalanan yang baru. Berjauhan dengan keluarga yg tersayang. Namun, insyaAllah, moga hati ini terus kuat dan tabah.


“sesungguhnya segala amalan bermula dari niat dan setiap orang itu akan memperoleh berdasarkan apa yang diniatkan”

Tajdid semula niat. Apa sebenarnya niat untuk datang ke jordan ni? Cari mat arab hidung tinggi yg kacak2 mcm Brad pitt? Bukan bukan. langsung tak termasuk dalam list tujuan datang sini. Syukur sangat sangat kerana aku terpilih untuk menyambung pelajaran di jordan. Walaupun pada mulanya aku sepatutnya di India. Ya! Allah itu Maha mengetahui. Dia dah sediakan jalan yang cukup cantik buatku. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Di bumi Syams yang barakah ini. aku mencari kepingan diri yang hilang. Berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Kakak usrah selalu kata. Mungkin tanah yang kita pijak ini, adalah tanah yang sama yang dipijak oleh nabi kita dan para sahabatnya. Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah! Ya, mungkin jordan ini tak se gah ireland, mahupun aussie, tapi aku tetap berasa bersyukur. 

aku punya misi. dan ada sebab kenapa aku nak jadi dentist. ya, aku tidak mahu jadi dentist yang hanya tahu cek gigi, cabut gigi, tampal gigi sahaja! 

Ya Allah,segala puji bagimu ya Allah, Semoga diri ini terus berada di jalanMu. Lindungilah aku ya Allah. Kuatkan hati ku ya Allah.