dear sahabat2 :)

Wednesday, June 20, 2012

Salam perpisahan

Khas buat kalian,
Yang meninggalkan cinta di dalam kalbu,
yang meninggalkan rindu di dalam benak.

pertemuan kita di suatu hari dulu,
Menjalinkan satu ukhuwah yang sejati,
Kami bersyukur ke hadhrat Ilahi
Di atas jalinan yang suci ini.

Namun kini, masa terus berlari megah,
Sampai masanya untuk berpisah,
Sampai masanya kalian beralih arah,
Teruslah kalian melangkah gagah
Sekujur kami mengakur pasrah
Walau disini keringat kalian masih basah.

Terkenang kembali kenangan lalu,
Saat bersama riang dan sendu,
Simpanlah ia dalam kenangan,
Kenangan dalam mencapai cinta,
Cinta mengejar redha pencipta!

Kakandaku,
Teruskan semangat jihad kalian pada agama,
Teruskan berjuang demi DIA yang maha berkuasa,
Untuk kembalikan Islam yang sebenar2 nya
Mewarnai Islam keserata dunia.

Kakanda kakanda yang dicintai kerana Allah.
Perpisahan ini bukan kerana benci,
Bukan kerana dendam.
Tapi perpisahan ini adalah atas rasa satu CINTA.

Entah kapan kita kembali bersua,
Jika tidak didunia, doakan kita bertemu di syurga.

Sambutlah salam rindu dan cinta,
Dan bawalah pulang ke tanah Malaysia,
Doakan kami disini terus gagah,
Berusaha padu mengorak langkah,
Bersatu dalam dakwah tarbiyyah.

Sekian, salam perpisahan :'(

Walau kita berpisah, apa yang dibawa masih tak berubah. Dakwah dan tarbiyah. Teruslah mengejar redhaAllah.Mari berpimpingan tangan menuju syurga. ;)

Sudikah awak menjadi jiran saya di syurga nanti?

8 comments:

  1. na,best sajak ni..rse mcm ko tga ckp dgn aku lakk..
    ckp psl kenangn,ingt x kita sajak bersama2..rinduuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fasha, mana boleh lupa kenangan time sekolah2 dulu. Hehe. Lawak je. Sajak ni kita buat utk akak2 yang dah grad. Sedih. :'( diorang dah nak balik malaysia. Tsk tsk.

      Delete
  2. terbaik!!

    boleh jd Arina Samad Said.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Mana aci Samad said dapat nama. Haha. Thanks. Lepas ni turn dia pulak buat nasyid. :D

      Delete
  3. yu med mi kerai yesterdei thru yor deklamesyen T___T

    jzkk ukhti:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Comel nye aqilah ni. Padahal waktu saya pandang awak, awak sengih 2. Hahaha. Nakal ye. :D

      Delete
  4. nak video dia takk? hihihi :D terbaik! jzkk (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. taknak. maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. hahahaha. :D

      Delete