dear sahabat2 :)

Sunday, June 3, 2012

Perjalanan

Allah is the best planner. Siapa kita untuk mengangkal apa yang terjadi?

Aku dulu bersekolah di SMS Seri Puteri. Nama sekolah mmg gah. Tapi aku bukannya pandai sangat. Rezeki dapat 8A PMR. Termakbul doa dapat sekola perempuan. Time sekola sains aku kelas hujung kot. Ada 8 kelas, aku kelas no.7 hhehe. Kalau english class set. Ada set A-H, tapi aku set I, ICU ( mmg tahap lemah sungguh) -.-' .

Padahal waktu sekola harian aku top 3 student kot. well, sekola kampung.

Tapi berkat doa mak ayah abang2, adik2, dan berkat usaha aku yang bercita2 nak jadi cikgu sekolah demi mendidik anak bangsa, aku berjaya memperoleh 9A dalam spm. Alhamdulillah, Allah banyak tolong.

Aku tak pernah bercita2 nak fly mana2. Bagi aku study kat malaysia dah cukup perfect. Cukup bagus. Oleh sebabtu aku tak isi mana2 borang biasiswa . Tak berminat nak apply.

Tapi kawan2 dan keluarga suruh isi jugak. Ok la ok la. aku isi borang MARA itu pun time last day permohonan. Aku ambil dentist untuk ke India. Layak ke temuduga. Aku buat main2 je time interview. Siap gelak ketawa dengan penemu ramah lagi. Cakap pun rojak. So,aku tau aku mmg takde harapan nak dapat biasiswa ni.

Aku apply cikgu, tak dapat tawaran temuduga pertama.
Aku apply upu, pilihan pertama aku mintak UIA dentistry jugak tapi tak dapat. Aku dapat UiTM puncak alam asasi sains.

Keluar je keputusan MARA, aku ditakdirkan tidak layak untuk ke India. Tak rasa apa2 . Tapi sedih jugak Jadi aku ambil keputusan untuk ke UiTM. Aku nak jadi cikgu tak dapat.
Aku nak asasi UIA tak dapat.
Masuk UITM yg bukan pilihan hati, belajar je la sungguh2 nnt boleh apply dentist kat UM atau UIA. Itu rancangan aku.

Tapi tiada siapa tahu hari esok.

Selepas 2 bulan menuntut di UiTM ketika cuti pertengahan sem. Aku di rumah. Jam 3.30 ptg. Sedang tidur dengan lena. Telefon berdering. Namaku diseru, panggilan untuk aku. Dalam keadaan mamai aku menjawab panggilan.

" assalamualaikum. Ini saudari nur arina binti Mohd nasri ke? "

"ye saya"

"kami dari majlis amanah rakyat (MARA). Sukacita dimaklumkan saudari arina ditawarkan course dentistry. Ini adalah transfer degree program. Setahun di MAlaysia dan 4tahun di Jordan.adakah adik berminat untuk tawaran ni"

"Errrrr. Ha. Erm. Oh " aku gagap. Tak tahu nak ckp apa. Mamai tido tadi.

" tak pe nanti pihak kami akan hantar borang, nanti adik buatlah keputusan . Sama ada nak menerima atau tidak. .Borang tu mungkin akan sampai dalam masa 2 hari."

Aku blurr. Mimpi ke ni. Dapat jordan? Bila pulak aku apply ni? Bukan aku apply india ke? Apa semua ni? Aku kena tipu ke? Mmg aku apply mara je pun.

TDP JUST MESTECH

Setahun di Malaysia dan lagi 4 tahun di Jordan. Ada dua course dentist dan medic. Untuk fly kena lepas cgpa 3.5 . syukur. Kini aku dah selesai tahun pertama di Malaysia. Sekarang aku berada di Jordan, tanah yang penuh barakah. Hampir selesai tahun dua dan insyaAllah bakal menuju ke tahun 3.

Subhanallah
Alhamdulillah

Dia sebaik2 perancang. Siapa sangka kusangka hujan sampai kepetang rupanya ada pelangi yang menanti. Aku tak dapat semua yang aku inginkan. Tapi Allah dah susun perjalanan yang lebih cantik. Kita tidak dapat mengagak apa yang akan terjadi hari esok. Jadi berdoalah dan berusaha sungguh2 pada hari ini. Kerana hanya Dia yang mengetahui hari esok. Live your life for Allah.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)"

P/s: rezeki tu milik Allah. Serahkan segalanya pada Dia.

12 comments:

  1. Ni kawan farah nadzirah ea? bila baca ni

    "Errrrr. Ha. Erm. Oh " aku gagap. Tak tahu nak ckp apa. Mamai tido tadi.

    teringat dia cerita dia pn tertidur masa mara call.hahaha

    ReplyDelete
  2. Hhahaha. Yup saya kawan farah nad. Pergh, budak bijak tu.. Hehehe. Agaknya mara memang suka telefon time orang tido kot. Hahhaa.

    ReplyDelete
  3. Salam kak...
    ramai tak kawan-kawan akak yang dapat cgpa 3.5 keatas masa dekat MESTECH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon- alhamdulillah. Ramai je yang lebih 3.5. Dentist macam mudah sikit kot. Kalau medic macam berat sikit. Tapi insyaAllah okay je. ;) kena belajar betul2.

      Delete
  4. Asalamualaikum,ok x study dentistry kt jordan?saya dpt tawaran ke jordan dlm dentistry.kalau mcm saya yg x berapa hebat biology dekat sekolah macam mana eh?saya just takut x boleh buat.tp sy minat dentistry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk dulu pun tak brapa bagus biology. InsyaAllah okay je. Akk tak cakap dentistry senang. Tp untuk tahun pertama insyaAllah okay je. Dentist blajar jugak subjek medic. Sbb ada benda yg related. But as for me, belajar dentist kat jordan antara yg paling mudah bebandin uni lain yg menawarkan dentistry. :)

      Delete
  5. salam. kak. saya dpt dentistry jordan jugak. apa je subject yang kena belajar kat tdp-just ni? and kalau x pass 3.5 tu cmne? xde peluang lain ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subjek wfes year lebih kurang persediaan lagi. Bio fizik kimia and bahasa arab english psyco biochem nutrition n banyak laa. Tiap2. Sem ada je subjek baru. Tapi tak banyak pun. Tak silap akk ada jr, yg tak lepas tahun lepas. Dorang tak dapat fly. N buat rayuan pun tak dapat. Akk tak sure apa jadi kat adik tu. amek course lain kot. Dentist insyaAllah senang. Kalau medic susah sikit,

      Delete
  6. kalau nak apply sdiri x boleh ke ? sy hbs asasi uitm puncak alam jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon. ni apply guna result spm. saya masuk asasi tu sekejap je. 3 bulan. lepas dapat panggilan mara saya keluar.

      Delete
  7. asslm.apakah soalan yang akn ditanya di interview seseri?

    ReplyDelete
  8. Salam kak, sy nk tnya, Kat mana Nak apply masuk unikl mestech ne kak? Sy btul2 sgt2 nk masuk unikl ne n study dentistry :') hrp kak bole guide.. Trima kasihh :')

    ReplyDelete