dear sahabat2 :)

Friday, January 13, 2012

WARKAH buat adinda tercinta,


Hari semakin pantas berlalu, tanpa di sedari, kita semakin meningkat dewasa. Rasa baru semalam kita bermain bersama sama. Masa lalu terlampau jauh meninggalkan kita. Kenangan manis sewaktu kita masih anak kecil pastinya sukar untuk dilupakan. Dalam kejauhan ini, terus terang kakanda katakan bahawa kakanda sgt rindukan adinda adinda yang berada di Malaysia. Apa agaknya khabar kalian?

#Poyo#

Buat adik2 akak yang di sayangi. Ain dan ibah. Tahun ni musim exam korang kan? Ain pmr ibah spm. Eh akmal upsr. Alhamdulillah makin meningkat dewasa adik adik akak. Akak rindu sangat dengan korang. Rindu nak masak untuk korang. Mesti korang rindu masakan akk kan? :D haha. *poyo lagi* rasa mcm baru semalam kita gaduh sama2. Gusti sama2, gossip sama2, bermanja sama2. Hihik.

Saje je akk buat post ni khas untuk korang. Akk tahu, akk bukanlah akk yang baik. Suka buli korang kan. Namun, jauh disudut hati akk ni, akk sayang korang.  Kita lahir dari rahim yang sama, kita membesar dirumah yang sama. Bahagia kan? Syukur  kerana Allah mengurniakan adik adik yang baik mcm korang. Hihik. ;) akak taknak, kita hanya berkasih sayang didunia je. insyaAllah, biarlah kasih sayang kita ini sehingga ke syurga. Ayuh adik2, kita cari cinta Allah. Tak sabar nak tunggu bulan lapan nak peluk korang erat2. Err. Akk syok sendiri ke ni? Mesti korang pelik kan tiba2 akk lemah lembut? haha. :D

Moga Allah permudahkan korang. Ingat, hidup bukan semata untuk exam. Semoga apa yang kita belajar ni, ilmu yang kita dapat ni mendapat keberkatan dan redha Allah. Belajar untuk mencintai ilmu, bukan mencintai markah. Exam bukan segala2nya. insyaAllah. Kita belajar untuk Islam! Bersungguh sungguhlah dan berusahalah sehabis baik untuk memperoleh yang terbaik. Berdoalah kepada Allah dan berserah lah kepada Dia atas segala sesuatu. Jika ada apa2 masalah, boleh je kongsi dengan akk. Skype.



Salam sayang dari bumi urdun,
Kakandamu,
ARINA NASRI

No comments:

Post a Comment