dear sahabat2 :)

Saturday, January 14, 2012

Duhai hati,,,

Menghadiri majlis majlis ilmu ibarat kita melalui taman taman syurga. Menarik bukan? Pergi ke majlis ilmu, menambahkan rasa cinta kepada Allah, mendekatkan hati kepada DIA yang esa. Andai berat hati untuk ke majlis2 ilmu, tidakkah terasa berat juga kaki ini untuk melangkah ke taman2 syurga.? Ya Allah moga dijauhkan perasaan malas.

Hidup kita bukan hanya untuk di dunia. Kehidupan didunia ini, mencorak kehidupan kita di akhirat sana.  
Bisakah kita memperoleh syurga tertinggi, dengan hanya menonton movie, shopping, banyak tidur, berborak kosong ,melepak,  dengar muzik2 yang melalaikan? Layakkah kita memperoleh syurga? Jika hanya itu usaha kita didunia? Lalu,  Apa usaha kita untuk memperoleh syurga?

Apa sahaja yang kita lakukan atas bumi ini, biarlah yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Jangan bazirkan masa yang kita ada ini kerana kita tidak tahu apa kan terjadi hari esok. Kalau benar kita sayang Allah, buktikan cinta kita itu, zahirkan! Biar benda itu nampak kecil dimata manusia, tp besar di mata Allah. Biar kita diperlekeh manusia, asal Allah sentiasa bersama kita.
 **********************************************************************************
Aku insane biasa sahabatku, aku juga manusia yang tidak lari melakukan dosa. Aku bukan malaikat. aku tak mulia, aku tidak sempurna, masih banyak yang harus aku pelajari.  Tarbiyah bukan untuk orang baik2 sahabatku, tapi untuk kita berusaha kearah yang lebih baik. Sesungguhnya sahabatku, aku sayang kamu kerana Allah. Aku ingin kita berkasih sayang  bukan hanya didunia. Tapi juga di syurga. 
Ya Allah peliharalah diri kami dengan rahmatMU.  Berikan petunjuk dan hidayahmu kepada kami. 

“Ya Allah, without you, we are NOTHING”

1 comment:

  1. cintai Allah sepenuh jiwa..thanks for sharing the info =) nice blog.. do follow my blog yea .

    ReplyDelete