Sedang kita lena dibuai mimpi indah,
Saudara kita disana berpenat lelah,
Satu persatu jasad gugur,
Mempertahankan tanah tumpah darah!
Apakah kita hanya melihat?
Tak diambil peduli tak ambil endah?
Bagi ku negaraku, bagi mu negara mu.
Tidak mengapa, yang di bom gaza,
Negaraku masih aman.
Tidak mengapa, yang di bunuh rakyat syria,
Rakyat malaysia masih bahagia?
Hakikat sebenar hidup masih kabur.
Kepentingan diri munguasai.
Dimana hilang sikap manusiawi?
Kerana alpa sogokan duniawi.
No comments:
Post a Comment