dear sahabat2 :)

Thursday, December 29, 2011

pencinta ilmu



sekarang ni sibuk study exam. final exam dah dekat. material banyak lagi tak baca. serabut. serabut sekali. time ni la rasa mebuak buak perasaan rindu untuk balik Malaysia. nak call family ckp lama lama pun susah nak cari masa. tiada masa, atau aku yang sering membazirkannya? mintak maaf kat semua sbb jarang call. :'(


 


Ya Allah permudahkanlah urusan ku. jangan biarkan exam ini membuatkan aku bertambah jauh denganMU. ya Allah, kuatkan iman ku. kuatkan imanku, kuatkan imanku.
 belajarlah untuk mencintai ilmu, bukannya markah. ya Allah, kuatkan semangatku dan sahabat2 ku. sesungguhnya ya Allah, engkaulah tempat kami berlindung dan memohon pertolongan.






Sunday, December 25, 2011

new spirit!




Allahhumma yufaqqihna fid-deen wa istiqomah fi islam wa syahidu fi sabilillah. :)



Allahuakhbar!






"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. " 
(Muhammad 47:7)

Thursday, December 22, 2011

Sunday, December 18, 2011

love story?

tipu kalau kita kata kita tiada perasaan untuk mencintai atau dicintai. cemburu tengok orang yang kahwin time muda muda. ehhh?.

saya suka gambar ni. =)


"Dear akhawaty yg disayangi, jom sama sama kita solehahkan diri kita dulu, kita sama2 kejar cinta Allah. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. cuma masanya belum tiba.=D  "
tak perlu cemburu kisah cinta mereka, sbb kisah cinta kita nanti lagi "sweet". semua Allah dah aturkan..=) 

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang pasangan agar kamu mengingat kebesaran Allah."
(Az-zariyat : 49)



Sunday, December 11, 2011

Allahuakhbar!

Allah, Allah, Allah,


setiap detik nafas ini,
setiap saat yang ada, 
setiap nikmat yang ku kecapi,
bukti cinta yg datangnya dari Dia yang maha Esa.

ya Allah, jangan kau tarik nikmat Islam yang telah kau berikan kepada kami. ya Allah, kuatkan hati hamba hamba mu ini untuk terus berusaha mencari keredhaanMU. 

Allah sayang kita, Allah cinta kita, Dia berikan kita nikmat mata untuk melihat keindahan dan ke agungan ciptaannya. Dia berikan nikmat kesihatan untuk kita terus bekerja dan beramal di jalanNya, Dia berikan kita rezeki tanda kasih dan cintaNya kepada kita. Dia berikan akal untuk kita berfikir. Dia berikan akal. akal yang membezakan kita dari haiwan, tumbuhan dan segala macam hidupan. banyak, sangat banyak bukti cinta yang ditunjukkan pada kita. Allah!.Subhanallah! Allahuakhbar! 

cinta Allah pada manusia. terlalu banyak bukti cintaNya. lalu kita? apa bukti cinta kita padaNya?


sangat terkesan melihat video ini . tontonlah. hanya memerlukan 30 minit sahaja. muhasabah diri. bersyukurlah kita lahir di dalam Islam. agama kebenaran. membawa jalan menuju pencipta kita yang Esa. Allah.






Sebagai seorang yang dilahirkan islam, aku tidak punya apa apa melainkan Allah. Allahuakhbar!





Monday, December 5, 2011

"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
(Surah Luqman ayat 34 )

Saturday, December 3, 2011

semakin berkurang.

Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan masa untuk kita terus mencari dan memburu cinta Nya. semakin hari, sebenarnya kalau dihitung semakin berkurang masa kita didunia. apa maknanya? ya! kematian semakin hampir. bersediakah kita?


disaat aku sedang sibuk mengejar dunia(exam), takut kerana banyak lagi tak baca, dan tak bersedia. aku diingatkan dengan kematian. bersediakah aku untuk menghadapi kematian sekiranya aku dijemput ke alam sana sebelum aku exam harini?.


tiada siapa sangka kematian menjemputnya pada usia yang muda. saudara Ilham Illani. Al- Fatihah. moga di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.


Wednesday, November 30, 2011

Dont be sad. just keep on smiling. :)


sometimes God hides the sun with clouds of pouring rain not to get us soaking wet,
BUT to give us a beautiful rainbow at the end of the day. :)

be patient, keep calm and believe in Allah. He is the best planner.


 "Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah." (Al Hadid : 22)


setiap manusia pasti akan diuji.. 


muhasabah diri. 



Saturday, November 26, 2011

Taubat

"Ya Allah, hamba mu ini seringkali melakukan dosa. malunya aku padaMu. malunya aku dengan diriku sendiri. kecewa. kecewa sekali dengan diri sendiri. aku gagal. aku gagal. gagal melawan nafsu nafsi yg beraja di hati. ampunkan aku ya Allah. ampunkan aku. sungguh, aku telah menzalimi diri sendiri. ampunkan aku ya Allah. " 
jangan sekali kali berputus asa dengan rahmat Allah. sebanyak manapun dosa kita, dan  berulang ulang kali pun kita buat dosa itu, jgn pernah berputus asa untuk mendapatkan keampunanNya. pintu taubat itu terbuka luas. sungguh, Dia Maha pengampun lagi Maha mengasihani. 


selagi jantung masih berdegup, selagi kita bisa bernafas, selagi,jasad masih bergerak, selagi mata masih melihat, kejarlah cinta Allah yg hakiki. rugilah kita tanpa cintaNya. bersyukurlah, kerana detik ini, kita masih diberi peluang oleh Allah yg Maha pemurah lagi Maha mengasihani. Allahuakhbar!


-muhasabah diri-



Wednesday, November 9, 2011

Aku lebih dewasa.


Pagi nan indah bersulam cinta Illahi,
Alhamdulillah, syukur,syukur.
aku masih diberi peluang untuk membuka mata melihat duniaNya,
aku masih bisa menghirup udara segarNya,
aku masih dipinjamkan nyawa untuk aku terus berjuang mengejar cinta dan redhaNya.

Allah maha kuasa! Pencipta alam dan seisinya.DIA lah yg maha agung menciptakan segala apa yag didunia ini. Subhanallah!

Baru kini aku tahu apa maksud tarbiyah dan dakwah yg sebenarnya. Selama ini aku hidup dalam kekaburan. Baru aku tahu apa kepentingannya. Baru aku rasa, baru aku faham.  yaAllah, syukur, kerana kau berikan aku kefahaman  Islam yang sebenar. Tidak sangka Selama ini aku  leka dan lalai  membawa perananku sebagai abid dan khalifah dimuka bumi ini dek kerana disogokkan duniawi.

Sedihnya melihat kejatuhan tamadun islam. Sedangkan suatu masa dulu umat islam lah yang menguasai tamadun dunia. Hidup di zaman khalifah. Hidup suasana islam,  tapi kini? Kita terus jatuh, jatuh, dan tunduk di tangan barat! Adakah aku ingin terus melihat mereka berkuasa.? Umat islam diperkotak katikkan  ibarat boneka yg menjadi permainan mereka.  Membiarkan umat2 seaqidah terus hanyut menjadi mainan mereka? membiarkan saudara2 seislam dibunuh dan sengsara? dimana umat2 islam hari ini? bring islam back! 

melihat perjuangan Rasulullah(saw) yang tak pernah putus semangat menyebarkan dakwah islam. disambung pula oleh para sahabat, para tabi'in. Jika bukan semangat jihad mereka menyebarkan islam, sudah tentu kita tidak dapat merasai nikmat Islam ketika ini. kerana semangat jihad mereka dahulu lah Islam berjaya menguasai dua per tiga dunia.  masih ada lagi kah pemuda2 sehebat dan seberani mereka?



             **************************************************************************************
Ya Allah, pertama kali dalam hidup ini, aku dapat merasakan kemanisan nikmat ukhuwah. Ukhuwah  yg terjalin bersama akhawat2 yg sefikrah dan seaqidah. Ya Allah, bahagianya rasa. Mereka seperti keluarga ku. Sayangnya aku pada mereka tak berbelah bahagi. Kuatkan ikatan kami yaAllah. Bantu kami untuk berjuang di jalan Mu.

Selama 3 hari 2 malam di banglo ajlun, yg berhadapkan ajloon castle tinggalan sejarah  mujahidin islam. Ya Allah, hati ini berasa dekat dengan mu. Alhamdulillah ya Allah atas nikmatmu yang tak berbelah bahagi. Moga aku istiqamah dijalanMU.  Andai aku jatuh ya Allah, andai aku putus asa, kau tiupkan semangat kepadaku ya Allah. kau bimbing aku ya Allah.  Aku ingin jadi srikandi yang berjuang di jalanMU ya Allah.. aminn ya rabb


ajlun castle
tak sempat lagi nak pergi. insyaAllah suatu hari nnt. :)


Sunday, October 16, 2011

kenapa harus merokok?



wahai manusia2 arab jordan, kenapa korang suka merokok?  kalau ingin sakit tu, sakit la sorang2. jangan jadikan aku perokok pasif. DO concern about other people! sudah ditulis mamnu'un tadkhin pun tak nmpak? aku tak kisah la nak merokok tu, tapi pilih la tempat yg tak banyak manusia. dalam bas beraicond pintu bertutup pun kau nak merokok? silence kill. aku kelemasan dalam kepulan asap! =.='

mereka membunuh diri tanpa sedar. membakar wang tanpa sedar, membazir tanpa sedar. membunuh manusia lain tanpa sedar!

p/s: lemas lemas! kat mana2 ada je orang merokok. doctor to be pun merokok?
harap sgt orang arab paham bahasa melayu baca post ni. haha. -.-'
post yang penuh dengan emosi.

Saturday, September 17, 2011

tajdid niat

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Syukur ke hadhratNya kerana aku telah smpai di di bumi urdun ini untuk meneruskan perjuangan yg belum selesai.  Disinilah bermulanya satu perjalanan yang baru. Berjauhan dengan keluarga yg tersayang. Namun, insyaAllah, moga hati ini terus kuat dan tabah.


“sesungguhnya segala amalan bermula dari niat dan setiap orang itu akan memperoleh berdasarkan apa yang diniatkan”

Tajdid semula niat. Apa sebenarnya niat untuk datang ke jordan ni? Cari mat arab hidung tinggi yg kacak2 mcm Brad pitt? Bukan bukan. langsung tak termasuk dalam list tujuan datang sini. Syukur sangat sangat kerana aku terpilih untuk menyambung pelajaran di jordan. Walaupun pada mulanya aku sepatutnya di India. Ya! Allah itu Maha mengetahui. Dia dah sediakan jalan yang cukup cantik buatku. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Di bumi Syams yang barakah ini. aku mencari kepingan diri yang hilang. Berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Kakak usrah selalu kata. Mungkin tanah yang kita pijak ini, adalah tanah yang sama yang dipijak oleh nabi kita dan para sahabatnya. Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah! Ya, mungkin jordan ini tak se gah ireland, mahupun aussie, tapi aku tetap berasa bersyukur. 

aku punya misi. dan ada sebab kenapa aku nak jadi dentist. ya, aku tidak mahu jadi dentist yang hanya tahu cek gigi, cabut gigi, tampal gigi sahaja! 

Ya Allah,segala puji bagimu ya Allah, Semoga diri ini terus berada di jalanMu. Lindungilah aku ya Allah. Kuatkan hati ku ya Allah.


Saturday, August 27, 2011

kerana langsir itu, kami berperang.

Kerana langsir itu, kami bergaduh.

Hari ni berlakunya peperangan dunia ke lapan. Sepatutnya mood hari raya yg berbahagia tiba tetapi statu sketsa drama melayu kuno pula berlaku. Harini puasa kami kering sebab bergaduh. Semuanya bermula dr kerana langsir.

Bermula lah kisah kerana langsir. Aku dan adik beradikku mengemas rumah harini. Hanya ada 4 dari kami. Lagi 3 belum lagi tiba. Mungkin akibat malam tadi tidor lewat, dan pagi td bangun awal, dan operasi kemas rumah pula berjalan seperti biasa membuatkan hormon HULK masing2 berada dalam keterlebihan. Operasi tukar langsir. LANGSIR itu benar2 menyakitkan hati, kerana ianya tak pair, tak serasi, aku terpaksa turun naik banyak kali sebab nak samakan pasangannya.dengan hook ada yg di pasang tinggi rendah membuatkan langsir itu tak stabil. Sampai satu tahap breaking point aku tersangat GERAM dengan langsir tu. Huh PENAT! Lalu aku arahkan adik aku yg comel lagi rajin utk tukarkan hooknya. Aku mengarahnya dalam keadaan marah kepada langsir(ok, ni mmg stupid, ya Allah ntah mana hilangnya kesabaranku).

“ibah, tlg tukar hook langsir ni. GRRR. Bengangnye.!” (bengang ngn langsir)

Adik aku yg dgr ckp dah pegang langsir tu dah.

“eh , jap jap jap” aku tarik langsir yg aku geram tu dalam keadaan marah. Tiba2. “ zreeekkk” bunyi benda koyak.

“WOI YANG KO TARIK LANGSIR NI BUAT APA?? TENGOK ABIS KOYAK SELUAR AKUU!!!!”
 adik aku marah. Sedangkan aku dalam keadaan tak sengaja. Aku mmg pantang kene tengking ni. Dah la aku pun tengah marah kat langsir. Dia pulak tinggikan suara kat aku. Eh tak leh jadi. Lawan tokey ni. Aku pun balas.

“HABIS TU SALAH AKU KE? SALAH SELUAR KAU LA! SIAPA SURUH DIA KOYAK BUAT MASA NI!!”

Haha. Aku pun tak tau pasal apa ayat tu keluar. Aku patut mintak maaf. Tp MARAH KAT LANGSIR punya pasal dia effect rasionaliti aku. Astaghfirullah, astaghfirullah al adzim. Kering puasa aku harini. Sampai sekarang aku tak berbaik lagi dengan adik aku. Ego! aku nak mintak maaf sebenanya. Tp aku malu. 
To my dear sis, akk tahu akk ni the worst kakak ever. But im sorry. Deeply in my heart, i do care about ur seluar. Mana boleh akk mintak maaf depan2, tercalar lah kemachoan akk. Hehe Eh, ko tak yah la  nangis guling2 dlm bilik tu sbb seluar yg koyak sikit je. Nnt akk ganti. Pastu takyah la nak buat muka masam ngn akk, buruk beno rupanya. Akk tak pe la jugak. Akk masam, muka akk macho. Haha. Sorry sis. Kalau ko nak akak mintak maaf depan2 kene tunggu raya la. Im sorry sis. Akak ngaku akak salah. eh tak LANGSIR YANG SALAH!

Akk dah nak fly. Tak smpai 2 minggu pun lagi. Bagus jugak kita gaduh hari ni. Sejak akk masuk seseri dulu kita jarang gaduh kan. Ibah adik yg baik dengar ckp. Tak best la gaduh ngan ko. Nanti akk nak buli ko basuh pinggan pun susah. Smile syg. =) love you.

p/s: jgn harap akk mcm ni kat luar. Akk macho. But i do love u.                     
Salam syg,
ARINA NASRI


Monday, August 22, 2011

Masalah kampung X

kes ni berlaku di kampung X dimana ianya bermula dengan pemuda pemuda yang selalu mengimarahkan surau di kampung. bagus sifat pemuda pemudanya. apabila ke surau mereka ada yang segak berbaju melayu dan berkain pelekat, berjubah putih, beserban dan sejuk mata ibu ibu di kampung ini kalau memandang mereka. '


namun itu sudah menjadi sejarah. kerana akibat pertengkaran, ehh bukan betengkar. tetapi pemuda2 ini berasa jauh hati dengan beberapa orang generasi tua yang cukup tidak puas hati dengan mereka. kata2 pedas yg selalu dilontarkan oleh pakcik2 tersebut menghiris dan mencabar naluri keremajaan pemuda2. ini menyebabkan anak2 muda ini tidak betah di surau dan sehingga sampai ke kemuncaknya mereka tidak lagi datang ke surau. dan sepi lah surau itu dengan hanya beberapa generasi muda. ehem2, puas hati pakcik2 melihat kejadian ni?


sedihnya melihat perkara yang sebegini berlaku. tambah menyedihkan pabila pemuda2 yang dahulunya mengimarahkan surau dan selalunya bersolat secara jemaah di surau ini, melepak secara berjemaah di pondok berdekatan surau dan bermain terup sambil ditemani dengan petikan gitar. bukan berzikir tapi menyanyi. ya Allah. apa sudah jadi ni.? smpai begitu sekali rajuk mereka.  saya tak tahu cerita panjang atau cerita yang betul mengenai perkara ini. tapi sy sebagai seorang penduduk kampung X ini pastinya sedih melihat perkara2 sebegini terjadi kepada anak2 muda kampung sy. kes ini telah lama terjadi. dari raya tahun lepas saya mendengar cerita ni. tapi sy amik tak kesah.


tapi, apabila masalah ini berlanjutan sehingga ke hari ini sy rasa tindakan harus diambil! tiada siapakah yang mahu mengajak kembali pemuda2 ini untuk mengimarahkan surau.? ya, jika tidak surau pun, pergilah ke masjid. bukan bermain terup smbil menyanyi. tambah2 lagi ini bulan Ramadhan yang penuh barakah. bukankah suara yang merdu itu lebih sedap didengar ketika mengaji dan bertadarus.  ya Allah, kasihannya mereka. mereka masih boleh dibentuk. hal ini tidak boleh di pandang enteng sebelah mata. to my dearest brothers, we must change this! ye, ana tau yang abg2 ada rancangan untuk hal ini.


"jika hilang cinta manusia rugi dunia, tapi jika hilang cinta Allah rugi dunia dan akhirat.!" jangan biarkan hati itu terus mati. yaAllah berikan petunjuk dan hidayah kepada mereka. kuatkan semangat kami ya Allah.

Thursday, August 18, 2011

Tackle (Islam way)


Muslimeen : Assalamulaikum
.
Muslimah : Waalakumussalam
.
Muslimeen : Can I have your wali's phone number? 

Muslimah : aarggnh!  >.<* maluu


baiklah. nampak simple n suweet je kan dialog tu.? tp ada conclusion yg boleh di buat. credit to kawan kepada kawan saya yg mencerita kan pengalamannya yg terjadi lebih kurang mcm dialog diatas. Hee. Nak dengar? Heh tipu la kalau tetibe sy cerita boleh dengar pulak kan. Hehe. Tp yakinlah, janji Allah tu pasti dan DIA tahu apa yg terbaik untuk kita.

So konklusinya..

1. Trust Allah!. ( the most important! ). He knows the best.

‎2. say NO to couple!

‎3. U have a 'wish list in a man'..u yourself must prove urself as good as in 'wish list'. Allah dah janji. yg baik utk yg baik juga...

‎4. Built ur future with a good start.. :)

‎5. Love fillah!

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah kuredha ketetapan Illahi..
buat muslimah yg dikasihi: ya Allah, peliharalah diri ini...




Monday, August 15, 2011

Di Mana DIA di hatiku.?



Tajuk diatas ini adalah tajuk sebuah buku yg begitu menarik untuk dikongsikan, sesungguhnya setiap bait2 kata dan baris2 ayat dalam buku ini dapat membuatkan hati sy tersentuh. saya tak tipu. buku ni memang best! kalau ada sesiapa yg mencari buku, saya sarankan, belilah buku ni. anda akan jatuh hati. insyaAllah, anda boleh dapat merasakan Allah itu benar2 dekat dengan anda. muhasabah diri.




Pengisian bukunya ditulis secara santai dan sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. hehe. 


antara bait2 ayat yg menarik..


RM 15.00. BEST SELLER!
"orang yg cintakan ALLAH akan tenang dengan mengingatiNYA. Orang yang takutkan ALLAH pasti bergetar hati apabila mendengar ayat2-ayatNYA. Andai cinta dan takut Allah ada dihati, kita seolah2 memiliki segala galanya. itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi."


" Mujahadah itu pahit, kerana syurgga itu manis" =)


"Allah itu amat hampir, tapi kenapa aku masih meminggir? Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir."



"hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al Quran dan ingatkan mati."


"dengan kaki yg sakit, engkau mungkin tidak boleh berjalan, tapi jika hatimu yang sakit kau akan kehilangan tujuan dan harapan.betapa ramai orang yg sihat fizikal, namun apabila hatinya sakit hidup melarat. miskin dalam kekayaan, derita dalam keseronokan."


yg kat atas ni baru sekecil kuman yg baru sy kongsikan. ada banyak lagi isi2 yg lagi best. buku ni baru sy beli, jadi baru bace sikit. haha. harap maklum. sekian, wassalam.. =]

Sunday, August 7, 2011

Bercakap dengan diri sendiri.

TIba tiba tak semangat langsung rasa nak fly. =.='
orang lain dah start packing. aku beg pun tak beli lagi. oh sadis. 


tak kira aku nak jugak pergi konvensyen ni. nak kutip semangat balik.!
jom la hidayah bahrin, iyliaa aifaa, nuradila mislan. takkan la aku nak pi sorang. :'( 

sob sob.



Monday, August 1, 2011

Ahlan ya Ramadhan.

alhamdulillah, masih lagi dipinjamkan nyawa dan diberikan peluang untuk menikmati Ramadhan tahun ini. Allah mmg Maha Baik! syukur syukur. semoga bulan yg penuh barakah ini dapat dijadikan satu medium untuk kita melakukan perubahan kearah yg lebih baik. insyaAllah. :). kite berkorban sikit je, tapi super banyak nikmat pahala yg Allah janjikan! :D


jangan ketinggalan untuk merebut peluang ni. :D ayuh!

p/s: rindu bulan ramadhan time kecik2 dulu bersama keluarga tercinta, waktu tu semua adik beradik ada kat rumah..
Teringat satu peristiwa, sewaktu kecik2 dan masih nakal dulu , sy selalu curi curi minum air paip dalam  bilik air time puasa. dahaga punya pasal air paip pun jadi. haha. sampaila satu hari kantoi ngn abg udin yang tolak pintu bilik air yg lupa saya kunci. haha. pucat lesi muka. bayangkan muka orang kantoi. namun begitu,lepas kejadian tu taubat tak buat dah. sebab mak kata, "Mak mmg tak nmpak ina minum dalam bilik air tu, tapi Allah nmpak.".  =)
.uhibbukum fillah.:)

Saturday, July 30, 2011

anda seperti lobak, kopi, atau telur?

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan meletakkannya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia meletakkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan meletakkannya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, anakku?”

“Lobak, telur, dan kopi” jawab si anak.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk meminum kopi. Ia tersenyum ketika minum kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, Ayah?”
Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiganya telah menghadapi kesulitan yang sama iaitu direbus dalam air yang mendidih, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

“Kamu termasuk yang mana?,” tanya ayahnya. “Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?”

Yang Mana Satu Peribadi Kita???
Apakah korang adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.
atau

Apakah korang adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah korang menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
atau

Apakah korang adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika korang seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, korang akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar korang juga menjadi semakin baik.

P/S: Diubah atau Mengubah??? terpengaruh atau mempengaruhi?? 

petikan dr, buku Setengah berisi setengah kosong. karya Parlindungan Marpaung.

Kelantan Vs. Selangor. :D

Setelah sekian lama tak balik kampung, akhirnya balik juga seminggu yg lalu. Entah bila boleh pergi lagi. Maklumlah manusia Kelantan celup seperti saya ni balik sana setahun sekali je. :p 

Hmm. Daripada sy kecik, setiap kali sy balik Kelantan ni, pemandangannya sama je. Negeri darul aman ni tidak akan pernah berubah maybe? Except for Kota bharu. KB nmpak maju sikit. Tgok KB teringat kajang. Haha tibe dapat satu idea. Kelantan negeri yg berbeza sama sekali dengan Selangor. Nah tgok ni. Ni hanya menurut pandangan saya sahaja ya.jangan terpengaruh. KELANTAN vs. SELANGOR. :D

KELANTAN
SELANGOR
makanan sangat murahh..boleh dapat kuih 5 singgit. Kat Selangor. Hmm, jgn harap la.
makanan mahal, asyik naik harga je. :p
Pau ayam pun rm1.70. kat Kelantan rm 1.20 je kot. Kat kota bharu tu! besar same. Inti pun sedap. Hahaha.
Jalan raya kecik. Apatah lagi di kawasang kg. -.-‘
Drpd sy kecik, tak pernah membesar jalan ni. Haha
Jalan raya, makin lama makin lebar, traffic light pun makin belambak. -.-‘
Minuman dia mak aih, manis lemak berkrim. :D teh pekat tapi mmg kaw. Sodap.
Minuman secukup rasa. Kena bajet gula. Haha. Gula mahal! Hehee
Makanan sedap tapi kurang kaw la. Kalau smbal dia tu agak tidak rasa seperti sambal la Haha
makanan boleh la. Maklum la ada cube pati ayam knorr. :D
Banyak rumah kayu dan penempatan berpola jarang2. selalunya sanak saudara mara suma duk setempat je. senang nak ziarah. :)
Banyak rumah batu. Banyak kawasan perumahan, tapi takde orang duduk. Rumah teres pun banyak. Kalau di Kelantan jarang jumpa rumah teres.  Rumah flat apatah lagi. :D
Kelantan tak banyak pendatang asing. Rasa selamat sikit. J
Banyak nye la PATI.  Time duk kat Bangi memang rasa terancam jugak. Naik bus mini, rasa macam sy ni pulak warga asing.
Kurang banyak pasaraya. Selain pasaraya pantai timur, n pasaraya ceria apa lagi ye ada kat kg? Kedai runcit banyak la kot. Haa.. tapi pasar diorang best.  Ramai orang jual,nak beli pun seronok. Banyak pilihan. Boleh tawar menawar lagi.
Banyak la jugak pasaraya. Econsave laa, tesco la, speedmart99 la. Kalau nak banyak orang jual2, kene tggu pasar malam. hahhaa
Signboard dia agak menarik. Ada tulisan jawi. Boleh dikatakan model2 iklan kebanyakannya pakai tudung kat signboard. J Alhamdulillah.
Err. Kat sini signboard dia normal je. Tak de yg unik. :D hahaha

Yang penting dua2 negeri ni sangat best n ada kelebihan masing2. Alhamdulillah.




program kembara (hambat lembu putus) yg dianjurkan ayah di kg. ! :D


Saturday, July 23, 2011

Tajuk: TAHUN pertama sudah selesai..:D


Ahh, selalu sgt jadi penyeksaan jiwa raga ni. Sedihnya. Dah tinggalkan uniKL mestech. Tempat yg paling akan di rindu rindu. Barisan lecturer yg sporting lagi sempoi dan Sentiasa memberikan semangat. Lecturer yg dah dianggap mcm papa n mama. Sedih sekali. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam kumpul sama sama, bercuti sama sama kat sini. Kolej Idris Al marbawi. Sudah tentu KIAM ni juga akan dirindu2 selalu. Walaupun bekalan air yg keluar tu selalu karat. Rumah mcm flat buruk je. Haha. tp tetap puas hati. Syukur. Seronoknya tahun pertama di Malaysia! 

Buat rumate untuk 3 sem berturut2. Aku nak ckp aku syg ko. Tapi segan pulak dengan ko.hehe Kau lah sahabat yg paling pelik pernah aku jumpa. Hihi. Ya! itu dia pertemuan pertama aku dengan manusia seperti kau.( rasa mcm jumpa fossil dinosur yg hidup berjuta tahun dulu pulak). Haha. Aku tahu ko pun syg aku tapi aku paham sgt la ngn ko yg tak pandai nak tunjuk2 tu kan. *mata ke atas. Hihi. Terima kasih sbb bantu aku dalam byk perkara. Lepas ni kita dah tak rumate dah. Satu je pesan aku, jgn malu malu nak tido. Hobi kau tu kan. Hahaha.:D. Maaf kalau terkasar bahasa, termengutuk dan ko terasa, dan sikap annoying aku ke. Maaf ye. Tak sengaja, kerana ingin bergurau semata2. Ape? ko pun nak minta maaf juga? Eh tak pe2. Ko tak de salah ngan aku. ingat lah kenangan kita makan tomyam sambil tgok FO sama2. sblum tidur dengar lagu Mawaddah dulu. tidur kat ruang tamu sama2. masuk kelas lewat sama2. belajar sama2. kongsi cerita sama2. pegi dobi sama2( aku tak suke nasib malang aku kat dobi) hahaha.. life dan kenangan kita di KIAM akan sentiasa terpahat dihati ini . <3<3

eh eh eh, bajet la kita tak jumpa lagi lepas ni kan? Haha. Alamak, malu pulak ngn ko. -.-'
dear lecturers n friends :)
Alhamdulillah, bak kata rumate, its a goodbye, but its not the end. its just a new fresh start ! :D

perjalanan masih jauh. perjuangan belum selesai. .!

Saturday, June 18, 2011

tajuk: khas buat ayah. :)

ayah, ina sayang ayah. walaupun suatu hari nanti yang ina juga akan berkahwin dengan seorang lelaki, tapi ina nak ayah tahu, yang ayah is the BEST!. 

ayah selalu pesan kat anak2 lelaki ayah supaya sentiasa solat berjemaah di surau dan solat diawal waktu dimana azan diazankan.  . pada waktu kecik2 dulu mmg la. budak laki kan nakal sikit. diorang pi surau time ayah ada je. haha. so, yg jadi tukang reportnye ina lah. bila ayah balik keje, ayah tanye kat ina "abang2 solat kat surau tak zuhur n asar tadi?" haha. kalau abg2 tak gi surau, ayah akan mula sesi brain washnye pada abang2. kata ayah solat kat surau kan 27 kali ganda pahala yg kita dapat, kenapa nak solat sorang2 kat rumah? kalau nak duit, ayah suruh pilih seringgit dengan 27 ringit, mana satu kamu nak? mestilah 27 ringgit kan. jadi kan pergi ke surau tu tabiat dr kecik lagi. nanti bila besar tak de lah liat nak pegi surau. =). dan bila dah besar2 ni. mmg menjadi kebiasaan abg2 untuk solat berjemaah di surau.



ayah sanggup berkorban untuk kesenangan anak2 ayah. ayah ada 3 kereta, avanza, kancil dan saga.. kereta kancil dan saga, ayah kasi abang ngah dan abg long bawak untuk mereka guna di universiti. avanza, mak bawak untuk ke sekolah. dan ayah pergi kerja tetap menaiki motor. berulang alik dr btg kali ke kuala kubu bharu yg jauhnya lebih kurang 18 KM. kadang2 petang2 hujan. ayah balik rumah dalam keadaan basah kuyup. abg2 pernah ckp, ayah ambik lah kereta tu. biar dorang yg bawak motor. tapi ayah tolak. kate ayah, takpe, biar ayah korban sikit, ayah taknak ape2 jadi kat anak2 ayah. kamu belajar je rajin2. ;(

ya! ayah selalu pesan. ayah nak anak2 ayah jadi orang yg dibarisan hadapan. kalau jadi doktor, ketua kepada doktor2, kalau buat bisnes biar anak2 ayah yg jadi bos. dan kalau jadi cleaner pun biarlah jadi supervisor kepada cleaner2 (haha, ni ayah bergurau). bila ada masalah apa2. bgtau je kat ayah, ayah mesti tolong. ayah suka belikan baju untuk anak2. tapi ayah, pakai jugak baju lama ayah yg dah tak berapa lawa tu. semua duit ayah, banyak habis kat anak2 je. jarang ayah guna untuk diri ayah sendiri.;( 

ayah nampak je tegas. tapi ayah lembut hati. ayah ada wawasan. ayah ada cita2. dan cita2 ayah nak lihat anak2 ayah berjaya. ayah didik anak2 ayah untuk mahir dalam semua kerja. smpai anak2 perempuan ayah pun ayah ajar bercucuk tanam dan bercangkul bagai.hahaha. dan ina suka kerja2 tuh. ayah, for me, u r the best father in this world!! i love u so much.

ayah ni hensem la. patut mak terpikat. chewah. hahaa. :D

ina sayang ayah, selamat hari ayah. :) 

Friday, April 15, 2011

TAJUK: perginya dia buat selama lamanya.

Meniti hari demi hari. Waktu demi waktu . Lembaran hari semalam tak mungkin kan kembali. Mungkin cuma hanya dalam memori. Masa terus berlalu tanpa menunggu sesiapa. Tanpa kita sedari, masa yg terus terus terus berjalan tanpa henti ini menandakan  ajal kita makin hampir. Kiamat jua makin dekat.dan  Umur pula makin meningkat.  Tiada siapa tahu, bila masanya kita akan meninggalkan dunia yg fana ini. Yang pasti, semua yang hidup pasti akan mati. Itu satu kepastian!. Sebentar lagi kah, 2 minit lagi kah, sejam dari sekarang kah, esok kah lusa kah, atau panjang lagi peluang dan masa yang Allah berikan kepada kita? Hanya DIA yg Maha Mengetahui.


Sebulan lalu, sewaktu dalam perjalanan menuju ke UPSI, kami sekeluarga berhenti seketika untuk menunaikan solat Zuhur di masjid.  Dan tanpa disedari ayah saya park kereta, betul2 sebelah van jenazah. Yang didalam nya terdapat sebuah keranda. Berdegup laju jantung saya . bukan kerana takut. Tp, kerana keranda itulah yg merupakan kenderaan terakhir yg akan kita naiki sebelum kita ke liang lahad. Bukan lagi avanza, kembara, my vi mahupun ferrari. Dan pada waktu itulah fikiran saya mula melayang kembali kepada tazkirah ustaz khairul yg merupakan ustaz yang mengajar saya bahasa arab.

“Di saat Orang yang mendekati ajalnya, dia akan dapat melihat sekumpulan malaikat seluas luas mata memandang. Dan seketika  ajalnya benar benar sudah tiba, disaat itulah malaikat izrail akan turun di atas kepala..jika hamba Allah itu seorang yang soleh dan solehah, semua malaikat tersebut akan tersenyum kepadanya.maka, tersenyumlah hamba Allah tadi kerana seakan2 tahu akan berita gembira yg dibawa..malaikat izrail akan mencerita kan perihal gembira..akan ditunjukkan keindahan syurga kepadanya..supaya kesakitan sakaratul maut itu dapat dikurangkan.ada 2 cara untuk nyawanya ditarik. bagi manusia yg baik, Malaikat Izrail akan berkata  “keluarlah roh yg  diredhai Allah, SESUNGGUHNYA, Allah meredhai kamu.. Maka akan keluarlah roh itu dengan mudah bak sabda Rasulullah, ibarat air yg keluar daripada gelas.

tetapi, sebaliknya yang akan terjadi  jika hamba Allah itu tidak beramal ketika hidupnya didunia.

Sebaliknya? Apa yg terjadi jika kita dalam golongan yg sebaliknya?
Disaat nyawa mereka ditarik, Malaikat Izrail akan berkata “keluarlah roh yg dimurkai Allah, SESUNGGUHNYA, Allah memurkai mu!. Namun begitu, roh akan ketakutan dan tidak mahu keluar dari jasad dan bersembunyilah ia dlm jasad manusia. Maka, Rasulullah ada bersabda. Roh bagi golongan itu akan direntap dengan sekali rentapan!. Dan terputuslah segala urat2 dan kejanglah otot manusia tersebut. Sakitnya mati  seakan didalam keadaan mengejut.

Maka terputuslah hubungan kita dengan dunia buat selama lamanyaa.. sudah cukupkah amalan yg kita akan bawa ke akhirat nanti?

Ajal tak mengenal usia.~

itu serba sedikit tazkirah ustz khairul yg saya masih ingat. semoga kita memperoleh khusnul khatimah dalam pengakhiran hidup kita.

p/s: saya tak pernah tahu nama dia. Mungkin sbb kami lain course walaupun satu U. Namun begitu, setiap kali saya berselisih dengannya, kami saling berbalas senyum. Tapi, siapa sangka dalam usia 19 tahun 8 bulan dia telah meninggalkan dunia ini buat selama lamanya akibat kemalangan jalanraya sewaktu perjalanan pulang ke kolej kediaman. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan2 yg beriman. Ya, saya masih ingat senyuman terakhirnya. Dan baru kini saya tahu namanya.