kes ni berlaku di kampung X dimana ianya bermula dengan pemuda pemuda yang selalu mengimarahkan surau di kampung. bagus sifat pemuda pemudanya. apabila ke surau mereka ada yang segak berbaju melayu dan berkain pelekat, berjubah putih, beserban dan sejuk mata ibu ibu di kampung ini kalau memandang mereka. '
namun itu sudah menjadi sejarah. kerana akibat pertengkaran, ehh bukan betengkar. tetapi pemuda2 ini berasa jauh hati dengan beberapa orang generasi tua yang cukup tidak puas hati dengan mereka. kata2 pedas yg selalu dilontarkan oleh pakcik2 tersebut menghiris dan mencabar naluri keremajaan pemuda2. ini menyebabkan anak2 muda ini tidak betah di surau dan sehingga sampai ke kemuncaknya mereka tidak lagi datang ke surau. dan sepi lah surau itu dengan hanya beberapa generasi muda. ehem2, puas hati pakcik2 melihat kejadian ni?
sedihnya melihat perkara yang sebegini berlaku. tambah menyedihkan pabila pemuda2 yang dahulunya mengimarahkan surau dan selalunya bersolat secara jemaah di surau ini, melepak secara berjemaah di pondok berdekatan surau dan bermain terup sambil ditemani dengan petikan gitar. bukan berzikir tapi menyanyi. ya Allah. apa sudah jadi ni.? smpai begitu sekali rajuk mereka. saya tak tahu cerita panjang atau cerita yang betul mengenai perkara ini. tapi sy sebagai seorang penduduk kampung X ini pastinya sedih melihat perkara2 sebegini terjadi kepada anak2 muda kampung sy. kes ini telah lama terjadi. dari raya tahun lepas saya mendengar cerita ni. tapi sy amik tak kesah.
tapi, apabila masalah ini berlanjutan sehingga ke hari ini sy rasa tindakan harus diambil! tiada siapakah yang mahu mengajak kembali pemuda2 ini untuk mengimarahkan surau.? ya, jika tidak surau pun, pergilah ke masjid. bukan bermain terup smbil menyanyi. tambah2 lagi ini bulan Ramadhan yang penuh barakah. bukankah suara yang merdu itu lebih sedap didengar ketika mengaji dan bertadarus. ya Allah, kasihannya mereka. mereka masih boleh dibentuk. hal ini tidak boleh di pandang enteng sebelah mata. to my dearest brothers, we must change this! ye, ana tau yang abg2 ada rancangan untuk hal ini.
"jika hilang cinta manusia rugi dunia, tapi jika hilang cinta Allah rugi dunia dan akhirat.!" jangan biarkan hati itu terus mati. yaAllah berikan petunjuk dan hidayah kepada mereka. kuatkan semangat kami ya Allah.
No comments:
Post a Comment