dear sahabat2 :)

Saturday, August 27, 2011

kerana langsir itu, kami berperang.

Kerana langsir itu, kami bergaduh.

Hari ni berlakunya peperangan dunia ke lapan. Sepatutnya mood hari raya yg berbahagia tiba tetapi statu sketsa drama melayu kuno pula berlaku. Harini puasa kami kering sebab bergaduh. Semuanya bermula dr kerana langsir.

Bermula lah kisah kerana langsir. Aku dan adik beradikku mengemas rumah harini. Hanya ada 4 dari kami. Lagi 3 belum lagi tiba. Mungkin akibat malam tadi tidor lewat, dan pagi td bangun awal, dan operasi kemas rumah pula berjalan seperti biasa membuatkan hormon HULK masing2 berada dalam keterlebihan. Operasi tukar langsir. LANGSIR itu benar2 menyakitkan hati, kerana ianya tak pair, tak serasi, aku terpaksa turun naik banyak kali sebab nak samakan pasangannya.dengan hook ada yg di pasang tinggi rendah membuatkan langsir itu tak stabil. Sampai satu tahap breaking point aku tersangat GERAM dengan langsir tu. Huh PENAT! Lalu aku arahkan adik aku yg comel lagi rajin utk tukarkan hooknya. Aku mengarahnya dalam keadaan marah kepada langsir(ok, ni mmg stupid, ya Allah ntah mana hilangnya kesabaranku).

“ibah, tlg tukar hook langsir ni. GRRR. Bengangnye.!” (bengang ngn langsir)

Adik aku yg dgr ckp dah pegang langsir tu dah.

“eh , jap jap jap” aku tarik langsir yg aku geram tu dalam keadaan marah. Tiba2. “ zreeekkk” bunyi benda koyak.

“WOI YANG KO TARIK LANGSIR NI BUAT APA?? TENGOK ABIS KOYAK SELUAR AKUU!!!!”
 adik aku marah. Sedangkan aku dalam keadaan tak sengaja. Aku mmg pantang kene tengking ni. Dah la aku pun tengah marah kat langsir. Dia pulak tinggikan suara kat aku. Eh tak leh jadi. Lawan tokey ni. Aku pun balas.

“HABIS TU SALAH AKU KE? SALAH SELUAR KAU LA! SIAPA SURUH DIA KOYAK BUAT MASA NI!!”

Haha. Aku pun tak tau pasal apa ayat tu keluar. Aku patut mintak maaf. Tp MARAH KAT LANGSIR punya pasal dia effect rasionaliti aku. Astaghfirullah, astaghfirullah al adzim. Kering puasa aku harini. Sampai sekarang aku tak berbaik lagi dengan adik aku. Ego! aku nak mintak maaf sebenanya. Tp aku malu. 
To my dear sis, akk tahu akk ni the worst kakak ever. But im sorry. Deeply in my heart, i do care about ur seluar. Mana boleh akk mintak maaf depan2, tercalar lah kemachoan akk. Hehe Eh, ko tak yah la  nangis guling2 dlm bilik tu sbb seluar yg koyak sikit je. Nnt akk ganti. Pastu takyah la nak buat muka masam ngn akk, buruk beno rupanya. Akk tak pe la jugak. Akk masam, muka akk macho. Haha. Sorry sis. Kalau ko nak akak mintak maaf depan2 kene tunggu raya la. Im sorry sis. Akak ngaku akak salah. eh tak LANGSIR YANG SALAH!

Akk dah nak fly. Tak smpai 2 minggu pun lagi. Bagus jugak kita gaduh hari ni. Sejak akk masuk seseri dulu kita jarang gaduh kan. Ibah adik yg baik dengar ckp. Tak best la gaduh ngan ko. Nanti akk nak buli ko basuh pinggan pun susah. Smile syg. =) love you.

p/s: jgn harap akk mcm ni kat luar. Akk macho. But i do love u.                     
Salam syg,
ARINA NASRI


No comments:

Post a Comment