Meniti hari demi hari. Waktu demi waktu . Lembaran hari semalam tak mungkin kan kembali. Mungkin cuma hanya dalam memori. Masa terus berlalu tanpa menunggu sesiapa. Tanpa kita sedari, masa yg terus terus terus berjalan tanpa henti ini menandakan ajal kita makin hampir. Kiamat jua makin dekat.dan Umur pula makin meningkat. Tiada siapa tahu, bila masanya kita akan meninggalkan dunia yg fana ini. Yang pasti, semua yang hidup pasti akan mati. Itu satu kepastian!. Sebentar lagi kah, 2 minit lagi kah, sejam dari sekarang kah, esok kah lusa kah, atau panjang lagi peluang dan masa yang Allah berikan kepada kita? Hanya DIA yg Maha Mengetahui.
Sebulan lalu, sewaktu dalam perjalanan menuju ke UPSI, kami sekeluarga berhenti seketika untuk menunaikan solat Zuhur di masjid. Dan tanpa disedari ayah saya park kereta, betul2 sebelah van jenazah. Yang didalam nya terdapat sebuah keranda. Berdegup laju jantung saya . bukan kerana takut. Tp, kerana keranda itulah yg merupakan kenderaan terakhir yg akan kita naiki sebelum kita ke liang lahad. Bukan lagi avanza, kembara, my vi mahupun ferrari. Dan pada waktu itulah fikiran saya mula melayang kembali kepada tazkirah ustaz khairul yg merupakan ustaz yang mengajar saya bahasa arab.
“Di saat Orang yang mendekati ajalnya, dia akan dapat melihat sekumpulan malaikat seluas luas mata memandang. Dan seketika ajalnya benar benar sudah tiba, disaat itulah malaikat izrail akan turun di atas kepala..jika hamba Allah itu seorang yang soleh dan solehah, semua malaikat tersebut akan tersenyum kepadanya.maka, tersenyumlah hamba Allah tadi kerana seakan2 tahu akan berita gembira yg dibawa..malaikat izrail akan mencerita kan perihal gembira..akan ditunjukkan keindahan syurga kepadanya..supaya kesakitan sakaratul maut itu dapat dikurangkan.ada 2 cara untuk nyawanya ditarik. bagi manusia yg baik, Malaikat Izrail akan berkata “keluarlah roh yg diredhai Allah, SESUNGGUHNYA, Allah meredhai kamu.. Maka akan keluarlah roh itu dengan mudah bak sabda Rasulullah, ibarat air yg keluar daripada gelas.
tetapi, sebaliknya yang akan terjadi jika hamba Allah itu tidak beramal ketika hidupnya didunia.
Sebaliknya? Apa yg terjadi jika kita dalam golongan yg sebaliknya?
Disaat nyawa mereka ditarik, Malaikat Izrail akan berkata “keluarlah roh yg dimurkai Allah, SESUNGGUHNYA, Allah memurkai mu!. Namun begitu, roh akan ketakutan dan tidak mahu keluar dari jasad dan bersembunyilah ia dlm jasad manusia. Maka, Rasulullah ada bersabda. Roh bagi golongan itu akan direntap dengan sekali rentapan!. Dan terputuslah segala urat2 dan kejanglah otot manusia tersebut. Sakitnya mati seakan didalam keadaan mengejut.
Maka terputuslah hubungan kita dengan dunia buat selama lamanyaa.. sudah cukupkah amalan yg kita akan bawa ke akhirat nanti?
Ajal tak mengenal usia.~
itu serba sedikit tazkirah ustz khairul yg saya masih ingat. semoga kita memperoleh khusnul khatimah dalam pengakhiran hidup kita.
p/s: saya tak pernah tahu nama dia. Mungkin sbb kami lain course walaupun satu U. Namun begitu, setiap kali saya berselisih dengannya, kami saling berbalas senyum. Tapi, siapa sangka dalam usia 19 tahun 8 bulan dia telah meninggalkan dunia ini buat selama lamanya akibat kemalangan jalanraya sewaktu perjalanan pulang ke kolej kediaman. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan2 yg beriman. Ya, saya masih ingat senyuman terakhirnya. Dan baru kini saya tahu namanya.
No comments:
Post a Comment