dear sahabat2 :)

Wednesday, April 6, 2011

tajuk : berkobar kobar

Salam semua, semoga hari ini lebih ceria dan bertambah kecintaan kita kepada Dia yg Maha Esa. :D

Pagi tadi, selepas kelas, kami sekelas ada perjumpaan bersama sir izzudin iaitu lecturer yang menguruskan program kami iaitu TDP Mestech JUST. Perjumpaan kali ni adalah berkenaan borang yang perlu di isi dan visa sementara  untuk ke Jordan nanti. fuhh. Rasa berdebar pula. Sedar tak sedar, dah bulan 4. Tinggal lagi 5 bulan saja lagi sebelum terbang. Kalau ditanya persediaan mental mahupun fizikal, honestly, saya masih belum bersedia. (Ceh, padahal baru kene isi borang) hahahaha.

2 minggu yang lalu, ada seorang pensyarah dari Jordan yang telah berkunjung ke Malaysia untuk membuat lawatan. Jadi, kami sempatlah beramah mesra dengan beliau dan bertanya serba sedikit mengenai JUST( Jordan Universiti of Science and Technology).  Serba sedikit,  pertemuan tersebut membantu dalam menaikkan semangat kami. hahaha. ok, *ayat skema sangat. hahaha

sebenarnya, sewaktu pertemuan tersebut, profesor ni terkejut kerana melihat bilangan pelajar perempuan adalah lebih ramai daripada bilangan pelajar lelaki. kerana menurut beliau, di Jordan pelajar lelaki selalunya mendominasi bidang tersebut. ohhho dunno what to say. *speechless.

medic student: 5 orang lelaki dan 14 orang perempuan
dentist student: 6 orang lelaki 11 perempuan.

insyaAllah, kawan2. semoga Allah mempermudahkan kita dalam segala urusan.  

  


gambar kenangan bersama prof. dari jordan
sekian saja perkongsian yang tak bermakna apa2 buat anda pada kali ni tapi bermakna buat saya. hhehehe :D

salah silap ampun ya. 
 
semoga kita semua sentiasa dalam lindungan rahmatnNYA. :)

4 comments:

  1. syukran. inshaAllah bakal dentist juga. :D
    same goes to u.

    ReplyDelete
  2. waahhh...waahhh..waahhh..nnti kalau pegi sana..jgn lupa akak tau..hehehe...


    semoga berjaya ye..

    ReplyDelete
  3. insyaAllah kak, tak lupe punyee. mana boleh lupa kura2 comel. hehehehe

    ReplyDelete