dear sahabat2 :)

Saturday, June 18, 2011

tajuk: khas buat ayah. :)

ayah, ina sayang ayah. walaupun suatu hari nanti yang ina juga akan berkahwin dengan seorang lelaki, tapi ina nak ayah tahu, yang ayah is the BEST!. 

ayah selalu pesan kat anak2 lelaki ayah supaya sentiasa solat berjemaah di surau dan solat diawal waktu dimana azan diazankan.  . pada waktu kecik2 dulu mmg la. budak laki kan nakal sikit. diorang pi surau time ayah ada je. haha. so, yg jadi tukang reportnye ina lah. bila ayah balik keje, ayah tanye kat ina "abang2 solat kat surau tak zuhur n asar tadi?" haha. kalau abg2 tak gi surau, ayah akan mula sesi brain washnye pada abang2. kata ayah solat kat surau kan 27 kali ganda pahala yg kita dapat, kenapa nak solat sorang2 kat rumah? kalau nak duit, ayah suruh pilih seringgit dengan 27 ringit, mana satu kamu nak? mestilah 27 ringgit kan. jadi kan pergi ke surau tu tabiat dr kecik lagi. nanti bila besar tak de lah liat nak pegi surau. =). dan bila dah besar2 ni. mmg menjadi kebiasaan abg2 untuk solat berjemaah di surau.



ayah sanggup berkorban untuk kesenangan anak2 ayah. ayah ada 3 kereta, avanza, kancil dan saga.. kereta kancil dan saga, ayah kasi abang ngah dan abg long bawak untuk mereka guna di universiti. avanza, mak bawak untuk ke sekolah. dan ayah pergi kerja tetap menaiki motor. berulang alik dr btg kali ke kuala kubu bharu yg jauhnya lebih kurang 18 KM. kadang2 petang2 hujan. ayah balik rumah dalam keadaan basah kuyup. abg2 pernah ckp, ayah ambik lah kereta tu. biar dorang yg bawak motor. tapi ayah tolak. kate ayah, takpe, biar ayah korban sikit, ayah taknak ape2 jadi kat anak2 ayah. kamu belajar je rajin2. ;(

ya! ayah selalu pesan. ayah nak anak2 ayah jadi orang yg dibarisan hadapan. kalau jadi doktor, ketua kepada doktor2, kalau buat bisnes biar anak2 ayah yg jadi bos. dan kalau jadi cleaner pun biarlah jadi supervisor kepada cleaner2 (haha, ni ayah bergurau). bila ada masalah apa2. bgtau je kat ayah, ayah mesti tolong. ayah suka belikan baju untuk anak2. tapi ayah, pakai jugak baju lama ayah yg dah tak berapa lawa tu. semua duit ayah, banyak habis kat anak2 je. jarang ayah guna untuk diri ayah sendiri.;( 

ayah nampak je tegas. tapi ayah lembut hati. ayah ada wawasan. ayah ada cita2. dan cita2 ayah nak lihat anak2 ayah berjaya. ayah didik anak2 ayah untuk mahir dalam semua kerja. smpai anak2 perempuan ayah pun ayah ajar bercucuk tanam dan bercangkul bagai.hahaha. dan ina suka kerja2 tuh. ayah, for me, u r the best father in this world!! i love u so much.

ayah ni hensem la. patut mak terpikat. chewah. hahaa. :D

ina sayang ayah, selamat hari ayah. :) 

7 comments:

  1. dear, this is so sweet...
    jom sama2 tunaikan hak sbg anak
    hak utk ditunaikan bkn utk dituntut..

    see ya, dear! enshaAllah

    ReplyDelete
  2. kak nad, terima kasih atas nasihat tu.:)

    see ya! insyaAllah

    ReplyDelete
  3. haha, najmi, buat la satu post utk pak cik latif. kasi pakcik pun terharu. Haha.

    ReplyDelete
  4. Sedihnyaa..akmal baru baca..hehe

    ReplyDelete