dear sahabat2 :)

Friday, December 31, 2010

cantik? apa itu?


Apa definisi cantik sebenarnya,,?adakah ianya dikatakan cantik kerana rupa parasnya menawan? Lain orang lain taste..ehehheehehe..

Kata nafsu, cantik itu dinilai drpd paras rupa dan fizikalnya
Kata  akal, cantik itu dinilai drpd kebijaksanaanya
Dan kata hati, cantik itu dinilai drpd akhlak dan keimanannya..
kata anda?

bagi saya jika cantik akhlaknya,cantik jugalah tuannya..;) hik hik
Terpulang kepada kita untuk menilai erti cantik yang sebenarnya.cantik itu subjektif.takda skema jawapan untuk soalan tersebut..:)


kure kure ini untuk awak,,;) hik hik


1) adakah awak sudah follow Nadhirah ???
err..jap eh..kene follow dulu eh?..loading..ok,, dah follow..=.=

2) apakah azam 2011 awak ??? Berikan 3 azam...
sama macam azam awal muharram hari tuh..
err..azam saya..err..er..err...rahsia..hik hik hik
ok la..sy bgtau dua..saya nak bahagiakan kedua ibu bapa saya
dan saya nak belajar sungguh2 supaya saya dapt fLY dan capai cita2 saya..;)


3) apakah awak akan still couple/akan couple dgn org tuh 2011 ni???
.................=.='..................
x penah terpk pun benda ni..sori,, saya belum cukup matang..hik hik


4) apa perasaan awak tentang umur awak yg smakin TUA ??!
hmm..saya semakin tua..bermakna semakin dekat ngan kematian..gulp*


5) Tag 5 org yg awak syg/blog yg awak rase cntik....
mardhiah
dan
dan 
dan 
dan 

hehee..sape yang nak jugak..amek lah..hik hik..;)
kak mina..im done! 


Thursday, December 30, 2010

pulanglah duhai anak..ayah dan ibu mu menanti..



                 cuti punya panjang lebih best di habiskan bersama kawan kawan..seronokkah? sedangkan si ibu dan si ayah menanti di rumah..rindu akan awak,,menanti kepulangan awak..oh awak tak dapat pulang..ohh,,at least plizz call.! awak tu dah la jarang dapat cuti..bila cuti seminggu tak teringat pula balik ke rumah..jarak rumah ngan universiti tak lah jauh mana..yaa..awak sibuk! awak mmg sibuk..mak ayah faham awak sibuk..tapi bila time free tu pulang lah ke rumah..

dari sekolah menengah kamu di sekolah asrama penuh..jarang balikk,,
dah universiti ni pun sikit je cuti awak..jarang jugak balik..
sedih parents tawu..itu baru belajar..belum lagi dah kerja..dah kerja nanti, dapat pulak tempat  kerja jauh2..lagi susah nak balik..pastu kahwin..dari sini,,kita dapat lihat hubungan kekeluargaan dah semakin renggang..seronokkah? tak kisah la..asalkan awak bahagia..tapi jangan lupa..hati mak ayah awak harus dijaga..

untuk orang yang tak suke balik rumah, suke sangat ckp macam ni.

"alah..buat apa nak balik,, bukan nya ada apa2 kat rumah"
"bosan lah duk rumah lama lama.."

kalau mak ayah dgar awak cakap macam ni..tak ke sedih mereka? bukankah rumahku syurgaku? kenapa tidak bagi awak? mak ayah ni..nampak je macam tak kisah kalau kita balik rumah..tapi dalam hati dorang,,seronok sangaaatt kalau tengok kita dapat balik rumah..!kadang2 mereka ushaa kita dari jauh..time kite tidur..dia tengok kita..lihat! betapa mereka sebenarnya rindu kepada kita..

kalau mak saya la kan..bila balik rumah, macam2 saya cerita kat mak saya perihal kolej dan sahabat.. waktu saya cerita tu, mak saya akan pandang saya dalam2..pastu senyumm melebar..dalam hati dia,, "dah besar anak aku ni..rase mcm baru semalam je aku kawen" kata hati mak..;)

buat lah hal2 yang mengembirakan ayah dan ibu awak selagi hayat mereka masih ada..kalau kita balik rumah tu,, tolong2 la mereka buat kerja rumah..kita ni pun belum tahu berapa lama boleh hidup..gunakan lah masa yang masih ada ni untuk membahagiakan mereka,,masa semakin pantas berlalu..saya bukanlah seorang mak atau ayah..tapi saya bayangkan jika saya di tempat mereka..ohh..awak mungkin tak rase sekarang..tapi tunggulah suatu hari nanti...ketika awak sudah mempunyai anak..

tak lama lagi,, saya akan pergi jauhh..takut tak dapat balik semula..meninggalkan ayah, ibu, abang2,adik2, keluarga merupakan satu pengorbanan..post ni untuk mengingatkan diri saya dan diri2 mereka yang sering lupakan hal ni..ibu bapaku adalah permataku yang paling 
berharga!..;)

memang seronok bila kumpul ramai2.:)
p/s:waktu kecik2 mmg best dapat kumpul satu keluarga..main same2..;(..
errr..ntah kenapa sejak belakangan ni asek ingat zaman budak2..hik hik EMO! 

Wednesday, December 29, 2010

Adab makan dan minum

Hari ini saya nak kongsikan tentang adab makan..bukan sahaja untuk mengingatkan kalian, tapi diri saya sendiri juga..sama2 kita renungkan..dan selamat beramal! ;)



Adab ketika makan

a. Memulai makan dengan mengucapkan Bismillah.
Berdasarkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Apabila salah seorang diantara kalian hendak makan, maka ucapkanlah: ‘Bismilah.’ Dan jika ia lupa untuk mengucapkan Bismillah di awal makan, maka hendaklah ia mengucapkan ‘Bismillahi Awwalahu wa Aakhirahu (dengan menyebut nama Allah di awal dan diakhirnya).’” (HR. Daud Dishohihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih Ibnu Majah: 3264)
Yg ni semua orang tahu..tapi banyak yang lupa kan..;) hehe

b. Hendaknya mengakhiri makan dengan pujian kepada Allah.
Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barangsiapa telah selesai makan hendaknya dia berdo’a: “Alhamdulillaahilladzi ath’amani hadza wa razaqqaniihi min ghairi haulin minni walaa quwwatin. Niscaya akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Daud, Hadits Hasan)

 Hendaknya makan dengan menggunakan tiga jari tangan kanan.
Hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Sungguh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam makan dengan menggunakan tiga jari.”(HR. Muslim, HR. Daud)

 Hendaknya menjilati jari jemarinya sebelum dicuci tangannya selepas makan.
Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Apabila salah seorang diantara kalian telah selesai makan maka janganlah ia mengusap tangannya hingga ia menjilatinya atau minta dijilati (oleh Isterinya, anaknya).” (HR. Bukhari Muslim)
 Apabila ada sesuatu dari makanan kita terjatuh, maka hendaknya dibersihkan bagian yang kotornya kemudian memakannya.
Berdasarkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Apabila ada sesuap makanan dari salah seorang diantara kalian terjatuh, maka hendaklah dia membersihkan bagiannya yang kotor, kemudian memakannya dan jangan meninggalkannya untuk syaitan.” (HR. Muslim, Abu Daud)

Kalau kita makanan dah jatuh kita pijak-pijak kan..sebab apa eh? Err..

Yg ni banyak orang tak tau.. tidak digalakkan minum sewaktu makan.kenapa?
Elakkan minum ketika makan kerana ia akan mencairkan enzim pencernaan dalam perut. Proses pencernaan akan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut yang berasid. Jika terpaksa, minumlah dalam tegukan yang kecil tetapi elakkan minuman berkarbonat, soda atau minuman berais kerana menghalang pencernaan. Sebaiknya minum 10 minit sebelum makan atau sekurang-kurangnya sejam selepas makan. 


menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas.
Berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mau, maka ia dapat memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafasnya.” (HR. Ahad, Ibnu Majah)
Bila kenyang sangat kita akan jadi malas n mengantuk..jadi kite akan kurang beribadah kepada Allah..sbb tu kita x digalakkan makan banyak sangat..

 Makan dimulakan dengan yang letaknya terdekat kecuali bila jenis yg berbeza maka boleh mengambil yang jauh.
Hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Wahai anak muda, sebutkanlah Nama Allah (Bismillah), makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari apa-apa yang dekat denganmu.” (HR. Bukhari Muslim)

 Hendaknya memulai makan dan minuman dalam suatu jamuan makan dengan mendahulukan (mempersilakan mengambil makanan terlebih dahulu) orang-orang yang lebih tua umurnya atau yang lebih memiliki derajat keutamaan.

 Ketika makan hendaknya tidak melihat teman yang lain agar mereka tidak berasa diawasi.
Supaya Boleh la mereka makan dengan tenang..:)..cuba orang lain tengok anda makan..selesa kah nak makan kalau macam tu?hik hik


Kunyah makanan hingga betul-betul lumat. Kunyah makanan perlahan-lahan (sekurang-kurangnya 30 kali, dan ada hadis yang menyarankan 44 kali kunyah) sebelum makanan ditelan. kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan.



Adab minum

Jangan minum sambil berdiri.  dari Ali Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah salah seorang di antara kalian minum sambil berdiri." Riwayat Muslim. Dari segi kesehatan ternyata minum berdiri itu dapat mengakibatkan kelemahan pada ginjal dan dapat membanjiri paru-paru.

Mengucapkan basmallah sebelum hendak minum dan alhamdulillah setelah selesai minum.

Minum dengan menggunakan tangan kanan

Minum dengan tiga kali tegukan. Tidak sekali gus terus habis.

Hendaknya tidak meniup pada makanan yang masih panas dan tidak memakannya hingga menjadi lebih dingin, hal ini berlaku pula pada minuman. Apabila hendak bernafas maka lakukanlah di luar gelas.
Sebagaimana hadits dari Ibnu Abbas Radhiyallahu’anhu:
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang untuk menghirup udara di dalam gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya.” (HR. At Tirmidzi)


Tuesday, December 28, 2010

cuti sem terlalu lama sehingga ketakutan untuk kembali ke kolej seperti budak darjah satu nanges nanges fes tyme nak start sekolah..

hehheee..panjang tak tajuk post kali ni? ok....,, hari ni malas nak bebel panjang2..next week dah kene balik kolej..dah tak boleh nak on9 selalu..:), 


selamat tinggal BIOLOGY, CHEMISTRY AND PHYSICS! heehhe..sem 2 ni kita tak bertemu lagi..:)
dan selamat datang kepada my new subject!
presenting....

  1. INTRODUCTION TO DENTISTRY
  2. biochemistry
  3. organic chemistry
  4. bahasa arab
  5. english language..hehehe..subjek bahasa sem 1 pun blaja..:)
sem dua ni subject scary scary..so kene rajin lebih..result 1st sem..alhamdulillah..lepas jugak target saya..dah tak sabar nak belajar pulak..doakan kejayaan saya ya,,:) mari kita bersama menuju kejayaan!
ok, tu je perkongsian kali ni..:) sekian wassalam..

Monday, December 27, 2010

mustahilkah melakukan perubahan?

on fcebook tadi..rasa tertarik dgn artikel yg diberikan oleh sahabat saya..MUSTAHILKAH KITA MELAKUKAN PERUBAHAN? Tak dapat dinafikan memang sukar untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. kerana saya sendiri sedang mengalaminya. banyak betul godaan dan bisikan yang boleh membuatkan perubahan saya ini sementara..tp, TIDAK! sy tak mahu lagi seperti dulu..itu azam saya.. syukur,, ada kawan dan sahabat yang membantu dan memberi dorongan.. terima kasih Siti Rabiatul Aizat..:) ana uhibbuki fillah..



mari kita bace artikel ini sama2..

MUSTAHILKAH MELAKUKAN PERUBAHAN?


Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.

Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif? Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

KUATKAN AZAM YANG TEKAD, KUATKAN SEMANGAT YANG JITU ,KUATKAN HATI DAN KUKUHKAN IMAN..:)

Thursday, December 23, 2010

kahwin..err kahwin?

err..insyaAllah..esok saya akan bertolak ke Johor untuk memeriahkan majlis perkahwinan abang sepupu saya yang  berkahwin di usia yang masih muda (21tahun)..semoga masjid yang dibina ini kekal dan utuh sehingga ke akhir hayat abg mail..:)


tiba tiba.. pagi tadi abang ngah saya mengadu kat mak saya.."mak nak kahwin.."..ahh sudah..takkan la abg saya  pun nak kahwin juga..tak sangke pula kahwin kahwin ni boleh berjangkit (auta)..ceh..rupa2nya beliau nak kahwin..tp takde calon lagi..aishh..hehee..tp tiba2 saya terbayang bila abang abang kesayangan saya dah kahwin nanti..


gambar sekadar hiasan..pinjam kat google..hehe




abang long, seorang yang berkarisma tinggi.. pemimpin yang baik dan cemerlang!.. abang yang penyayang.. bertanggungjawab.. bakal guru n ustaz..dan dia sangatlah disukai ramai sebab bila dia bercakap semua orang terpukau..hahaha..


abg ngah, seorang yang bijak, tegas..doctor to be,, petah berkata kata,,kalau lawan cakap ngan dia memang susah nak menang,,


abg lang..walaupun dia ni degil, keras kepala..saya paling rapat dengan dia..mungkin sbb beza kami setahun je..dia sempoi, lepak, dan suka menyakat adik2 yang lain sampai nangis..itu sebnarnya cara dia nak tunjukkan rasa sayg dia kat adik2..hahaha..:)


itulah abang2 saya..ketiga2 diorang memiliki perwatakan yang berbeza..merekalah yang menjadi penasihat, pengajar, teman, sahabat, dan macam2 lagi..sungguh saya sayang mereka..kalau mereka kahwin nanti..aisshh..rase macam baru semalam je main kejar kejar sama2,, lompat dr almari sama2,,panjat pokok sama2.,main bola sama2,,aahhh..tak sangke dah dewasa semuanya..sob sob T__T..ingat lagi satu peristiwa ni..


waktu kecik2 nak main buaian..ayah saya tak kasi saya main sebab saya pendek lagi..tapi sebab saya degil sangat nak naik ayah bagi jugak..abang lang saya bukan main happy tulung buaikan saya..buai punya buai..abg saya buai lagi laju..saya dah rase macam terbang..saya suruh dia slowkan,,tp lagi laju dia buai..sampai lah last2 dia tertolak saya dr buai..1st tyme dalam hidup saya..saya betul2 terbang,,lalu mencium bumi,,patu saya nangis., nampak ayah saya datang dalam keadaan cemas,,semua budak2 bekerumun,,pastu semua gelap..saya tak sedarkan diri..yes! kene 4 kali jahit..award TERBAIK tuhh..haha..kenangan paling manis..


hahaa...bestnye main buaian..gambar anak orang ni..pinjam ye cik google

pantasnya masa berlalu..suatu hari nanti,,saya pun akan kahwin jugak..insyaAllah..soal jodoh semua terletak ditanganNya..yang penting sekarang ni saya masih berusaha untuk  mengejar cintaNya dan mencapai cita cita saya..semuanya diatas keizinanmu ya Allah..:)

Monday, December 20, 2010

sahabatku..JAUHILAH SIFAT DENGKI

kadang2 rasa cemburu tu memang ada..cemburu tu macam jelez gak kan..cemburu tengok orang dapat result bagus..so, kite pun akan berusaha untuk dapat result bagus dengan usaha kita..

tapi jangan la ianya membawa sampai tahap dengki..dengki lain dengan cemburu..dengki same je mcm BUSUK HATI...bahaya tuh..

Maksud dengki: Perasaan kurang senang atau gelisah melihat kelebihan yg ada pd orang lain dan berharap  nikmat tersebut hilang daripada orang tersebut


Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang ertinya
  "Bukanlah termasuk orang mukmin begi sesiapa yang memiliki sifat dengki."
                                                                           (diriwayatkan oleh Ibn Majah)


bersama kita menjauhkan diri dari sifat dengki..:)


wajah tyme  busuk hati..hahaha




JANGAN JANGAN JANGAN bergaduh mahupun bertengkar! :)

"ohh,, u nak tau,,i mmg pantang orang cari gaduh tau..." ish ish ish..jangan ye gaduh2..mari bace ni..

Tahukah anda tempat yg paling disukai oleh SYAITAN adalah majlis dimana orang2 yang berada di dalamnya saling betengkar dimana mereka sibuk menyingkap kekurangan pihak lawan dan menonjolkan kelebihan diri sendiri.

sesungguhnya Rasulullah bersabda
"Seseungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah yang paling keras dalam permusuhan." (diriwayatkan Al bukhari)
sesungguhnya akhlakul karimah yang paling tinggi pada diri seorang muslim adalah memiliki lidah yang terjaga dan baik. orang yang paling tinggi nilai akhlaknya adalah orang yang berjaya mendisiplinkan lidahnya dalam menahan diri dari perdebatan dan pertengkaran.Sesungguhnya Allah telah menyediakan ganjaran besar kepada orang yang mejauhi pertengkaran. Allah Taala menyediakan sebuah rumah di pusat syurga serta rumah rumah lainnya  yang bertebaran di seluruh penjuru syurga. semuanya tempat yang bersenang senang bagi mereka.


oleh itu, ayuh lah kita menjauhkan diri dari pergaduhan mahupun pertengkaran dan juga permusuhan..lagi banyak untung maa..sentiasa bersabar..jangan mudah melenting..dan jaga lidah kita supaya ianya tak mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati orang lain..:)


haa..kucing korang pun jangan gaduh2 kayh..:)

Saturday, December 11, 2010

ape benda sebenanya tag ni? HAHA

ok..ni fes tyme sy dapat benda ni..time kaseh khaty..walaupun sy x paham sangat benda ni..sy buat jugak..ehem2..act, i ada tjeling jeling manja kat jawapan u sikit eh khaty,,:) hahaha
ok3..adek2 saya dah merengek nak on9 pulak..so, kita mulakan dengan bismillah..


Apakah yang penting dalam hidup anda?
ohh..soalan kacang..islam, family, kawan2, Alquran..


Benda terakhir yang korang beli pakai duit sendiri?
yang last skali pakai duet sndiri eh? saya beli choki choki kat kedai atuk mail tadi..:)

Di manakah tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan korang nanti?
pas! saya x nak jwb soalan ni..hahaha :)..so next! hehe


Adakah korang sedang bercinta sekarang?
ya! saya sedang mengejar cintaNya,,:)

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
sampai ke syurga..:)

Di manakah korang selalu berjumpa kekasih korang?
ohh..nape nak tau? nak skodeng? hahaha..tak penah jumpa la!

Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
novel terakhir= bisikan syurga, ikramah
buku = biology camphbell =.= ehhehe
majalah= dewan siswa 2009..tyme kat seseri..hahahahaa

Apakah nama penuh korang?
ok,, soalan ni aku tanak jawab..
senang cter,,ismi SALSABILA..

Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
err...kang ckp mak ayah merajuk, cakap ayah mak pulak merajuk..haaa...senang cter dua2 saya mesra..:)

Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang
sungguh saya ingin melihat wajahnya..rindu padanya..junjungan besar nabi Muhammad S.A.W..:(

Adakah korang basuh baju sendiri?
yup..:) ade tangan sendiri..basuh sendiri..

Pilih salah satu, peluk atau cium?
errr..soalan ni x sesuai untuk budak bawah 19 tahun macam saya..so dua2 saya tak nak! hahahaa

Lima benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
ohh..ape eh?
1: baju (kalau takde baju, abes saya!)
2: rumah mak bapak saya
3:henfon..sbb bapak kasi
4:kereta
5:kalkulator yg banyak berjasa..:)

Lagu yang korang suka dan selalu dengar???
lagu pok amai2..lagu jet jet semut..hahaha..x de lah..
lagu permataku mirwana..destinasi cinta mestica..dan byk lagi..:)

Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
err.,,tarikh lahir? bila saya lahir ha? tak ingat..hahaha..tahun lepas smbut kat seseri..:)

6 orang blogger yang korg nak tag:
sila lihat follower saya..x sampai 6 orang..hahahaha
sape nak angkat tgn! =.=
mardhiah nasri
norisah cucu mat taib:)
 ha..tu je la kott..terima kasehh

ok DONE! hope puas hati..hehehe..

p/s: aina..jgn bgtau orang name sebena saya..saya malu(mngade2 ngn aina nadiah)...;)

BAngkitlah daripada kegagalan..!

               OOHH,, pernahkah kalian merasai kegagalan? gagal mendapatkan sesuatu yang kalian impikan? gagal mendapatkan apa yang kita terlalu harapkan? yaa..saya juga pernah..perit rasanya menghadapi kegagalan..hati bagaikan hancur berkecaii..putus asa..sedih..sungguh! saya akui.. susah untuk menghadapi sebuah kegagalan..

Ada sebuah kisah yang saya ingin kongsikan sebenarnya,,,,

ceritanya begini..
Ada seorang budak kelas  satu sekolah rendah yang langsung tak pandai membaca, padahal kawan kawan dia yang seusia dengannya semua dah pandai membaca dengan lancar. sewaktu kelas  4, cikgu cikgunya sepakat untuk membuangnya dari sekolah kerana prestasi nya yang tak pernah meningkat.. kemudian dia dihantarkan ke sekolah pemulihan..di sekolah pemulihan, ketidakmampuannya membaca dianggap disebabkan penglihatannya yang kurang sempurna, iaitu 20/20 sedangkan normalnya 6/6.. 

selepas itu, selama satu jam setiap hari, dia perlu mengikuti latihan mata yang tersangatlah membosankan. manakala dikelas sepuluh sekolah menengah dia telah gagal dan sekali lagi dikeluarkan..kemudian dia masuk kelas ulangan..(same mcm ulang balik tahun yg dia blajar tu la)..alhamdulillah..akhirnya dia lulus..berkat prestasi cemerlang dia dalam bola sepak, dia mendapat biasiswa di sebuah universiti. namun begitu, disebabkan result dia yg teruk dalam pelajaran, dia kehilangan biasiswa..! 

lihatlah,, bagaimana agaknya budak ni kat masa hadapan kalau hidupnya sentiasa menghadapi kegagalan yang bertubi tubi?

namun begitu, budak tu pandai menghiburkan dirinya dengan berimaginasi. ayahnya menggelarnya sebagai tukang cerita kerana dia pandai membuat cerita -cerita yang menghiburkan. sememangnya dia sangat lambat, lembab ketika mmbaca dan lemah hafalannya..tetapi imaginasinya sangat cepat dan kuat..dia  selalu meraih prestasi yang baik dalam bidang bola sepak dan lumba lari. tamat pengajiannya, dia terpaksa bekerja dalam bidang reka bentuk dalaman dan dekorasi milik keluarganya. stiap hari selepas selesai bekerja dia akan menghabiskan satu jam setiap malam untuk menaip cerita - cerita nya. pada tahun 1966, dia berjaya menjual naskah karyanya yang menjadi sebuah siri televisyen Adam 12.

sejak saat tu, dia menjadi penulis siri televisyen yang sangat digemari..dalam setiap cerita dia mesti ada paling tidak seorang tokoh yang aneh dan unik.lepas tu di telah membangnkan studo dia sendiri. pada tahun 2003 dia punya income lebih dari 1 ribu juta dolar amerika!dia adalah Stephen J.Cannel..daripada seorang yang selalu gagal..menjadi seorang yang berjaya..:)

sama jugalh macam Albert Einsten yang  dulu pernah di cap bodoh  dan tak lulus sekolah menegah, sebelum dicap orang yang paling pintar kat abad 20!..huhuuhhuu..

setiap orang ade kelebihan dia tersendiri..Allah tu Maha adil..

oleh sebab itu, jangan mudah putu asa andai kita gagal..tapi jadikanlah kegagalan tu sbg pembakar semangat kita..aja aja FIGHTING!,,heheee..ingatlah..ORANG yang paling berjaya bukannya orang yang tak pernah gagal ttp orang yang paling berjaya adalah orang yang BANGKIT dr kegagalan..:)

*sebenarnya tgah bedebar tggu result mggu dpan..persediaan mental b4 dpt result ni..hehhee

sekian..terima kasih..


Thursday, December 9, 2010

mengintai cinta khalifah

buku ini agak menarik bagi saya..kalau sudi bacalah..
harganya pun murah..buku ni saya beli tyme pesta buku dulu..


Imran, remaja yang tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur. Dalam diam, jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan. Kerana cinta dia berusaha mengubah persepsi Laila. Namun, Laila tetap dengan pendiriannya. Ketika itu, hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang Gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis. Imran tekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda. Dalam diam, Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran. Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda, adakah Imran akan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi?

itu sinopsis belakang buku ni..cerita dia boleh tahan best bagi sesiapa yang minat genre ni la eh.  tak kenal maka tak cinta. tak baca maka tak tahu..hahaha..so, bacalah..:)



Wednesday, December 8, 2010

Bila kita rasa Marah...

Hidup ni perlu bersabar..kalau tak bersabar memang cepat nak marah2 maki2 kutuk2..bila kita marah mesti rasa berserabut, benci, geram, menyampah..semua perasaan bercampur kan..kan..yang paling bahaye sekali time kite marah ni ha..ni ha..ape? ni la..smbil mnunding jari ke LIDAH..haha,,x dapat dinafikan kalau tengah marah mmg mulut ni susah sangat nak kawal..nak mecarut je kadang2,,kadang2 kata - kata yang kita keluarkan waktu marah tu mungkin akan menyakitkan hati orang lain tanpa kita sedari..ye la ..tyme marah kan tak fedulik hape hape pon.. ahahha

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ' 

lihat! terbukti..lidah ni lebih bahaya dan lebih tajam drpd pedang.jadi macammana agaknye nak kawal perasaan marah ni?
kalau saya, bila saya marah saya menangis..bila saya nangis tu mostly time saya marah je..lepas nangis saya tido..lepas bangun dah tak ingat apa2..hahaha

 tapi kite semua lain2..ada cara yg tersendiri nak hilangkan marah..yang pastinya elakkanlah mencarut, memaki, mengutuk apa semua..
ada cara yang kawan saya bagi, dia kata
" SABAR banyak2.. marah ni api, bila kite marah, syaitan lagi galak hasut kita, so ambillah wuduk..sbb  api lawan air, api padam..hehe..nak lagi tenang kita solat sunat.. insyaAllah.. akan lebih tenang dan berkurang rasa marah..:)"
rasanya itu sahaja perkongsian untuk hari ini. .jangan marah2 ya..kalau marah susah untuk kita fikir rasional,,so tenangkan diri, tarik nafas panjang2..hela nafas perlahan lahan..sabar dan sentiasa ingat Allah..sekian wassalam..