dear sahabat2 :)

Thursday, February 16, 2012

Catatan cordoba


Cerita ni belum basi. Masih segar di ingatan walaupun saya post lambat.

Terbayang bumi Andalusia yang saya baru sahaja di jelajahi belasan hari yang lalu. Perjalanan melihat dunia yang berbeza. Definitely berbeza dari Malaysia mahupun Jordan. Negara yang tiada Islam didalamnya. Waktu inilah rasa diuji nikmat Islam dalam diri. Perjalanan 5 hari di spain yang benar menguji kekuatan iman.

Cordoba. Pengalaman yang paling tidak dapat di lupakan. Diri ini bagai dipijak bagai di injak. Hari itu hari jumaat. Kami melawat mozquita de cardoba. Masjid cordoba. Selalunya kalau nak masuk mozquita ni akan dikenakan bayaran sebanyak 8euro yang lebih kurang rm35. Tapi disebabkan kami pergi hari jumaat pagi, tiada bayaran dikenakan. Masuk adalah percuma! Ini bukan berita gembira.

Ya Allah, berkecamuknya hati ini melihat masjid ini diubah menjadi gereja! Nama mozquita sebenarnya à cathedral. Anda tahu kenapa percuma? Kerana pada waktu jumaat pagi mereka sedang sembahyang menyembah tuhan mereka. Astaghfirullah aladzim. Melihat patung2 yang menghiasi sudut dinding. Mendengar alunan nyanyian mereka di masjid ini benar menyakitkan hati ini. Terlampau banyak yang mereka ubah sehingga masjid ini semakin hilang rupanya. T__T

Jika dahulu di dalam masjid ini imam dan makmum berjemaah menyembah yang Esa. Tapi kini kita dilarang solat didalamnya.! Teringat kata guard “NO PRAYING INSIDE THERE!” . kami dilarang berdoa.  di dalam masjid itu banyak guard yang mengawal. Memerhati  tingkah laku kami. sedih. Memang sedih. Teringat kata sahabatku “Batu2 masjid ini pasti merindukan bacaan suci al Quran.” Air mata berguguran laju.

Masjid ini sudah menjadi gereja. Takkan kita masih mahu berdiam diri dan melihat masjid yang lain pula menjadi gereja? Allahuakhbar! Bangkitlah ummat Islam. Ayuh kita tegakkan agama ALLAH!

ini pintu masuk mozquita. anda rasa cantik?


penyejuk mata di masjid cordoba






salah satu pintu masuk yang masih tidak diubah.


gambar2 patung tidak diambil kerana dek rasa meluat. untuk baca kisah yang lebih lanjut. tekan sini

p/s: ain, nnt akak cerita lagi.

2 comments:

  1. ina,serius ke sampai macm tu skali??astaghfirullah...x sngka sgt2..smpi hati dorg wat mcm tu en..worth experience for u..
    one more thing,rindu ente sgt2..heheheh

    bile mau pulg??

    ReplyDelete
  2. fashaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.:D
    rindu enti sangat2. super duper rindu.
    nnt kite cerita pasal ni depan2. baru ada feel sikit. kite bercerita pasal sejarah. tak sabarnya nak jumpaa. ;(

    ReplyDelete