dear sahabat2 :)

Tuesday, October 14, 2014

BARAH

kau tahu apa itu?
mula2 ianya terluka kecil. ah, tak perlu ambil kisah.

makin lama luka kecil itu bagaikan dirobek kembali,
puas platelet bekerja untuk mentautkannya, baru ia hendak mula sembuh, kau ganggu lagi luka itu,
kali ini, luka itu kembali berdarah,
malah lebih parah.
andai kau merobeknya lagi,
aku takut ia menjadi barah.

****

jangan disakitkan hati itu dengan barah. andai terluka, kita sembuhkan ia,
kita berdoa pada Allah, agar si dia tidak boleh merobeknya lagi. kita kukuhkan hati kita. kita kebalkan ia. dan belajar lah memaafkan. kerana itu ubat yang paling mujarab.

sabar dan memaafkan adalah ciri2 orang yang bertaqwa,
dan orang yang bertaqwa itu Allah janjikan untuknya syurga.
kita kan nak masuk syurga sama2?

jangan diketakkan batas pada sabar, kerana Allah janjikan pahala tanpa batasan bagi orang yang bersabar.

sembuhkan hatimu dengan Quran.
sembuhkan hatimu dengan meningkatkan iman.
sembuhkan hati mu dengan memaafkan.
dan niatkan

kerana Allah.

bayt Israa'
Irbid
jordan


No comments:

Post a Comment