dear sahabat2 :)

Wednesday, February 22, 2012

Sakit

Dalam banyak banyak penyakit, ada satu penyakit yang paling paling paling aku tidak mahu dijangkiti. kalau boleh lari laju laju, memang aku akan lari selaju lajunya dari sakit ini.. dan aku rasa satu dunia tak mahu penyakit ni. penyakit yang cukup payah untuk diubati jika kita rasa diri kita lemah.

penyakit apa?

penyakit hati.

penyakit hati yang berbeda dengan penyakit lain. sakit yang boleh menyebabkan kita rasa jauh dengan Allah. astaghfirullahaladzim.


apa simptom2 nya?
bakhil, tamak, pemarah, dengki, dendam, riyak, ego, megah, ingin nama sum’ah, cinta dunia dan banyak lagi.



ubat kepada penyakit hati yang tidak akan dapat dipasaran tapi boleh didapati dengan rasa mujahadah. :> zikirullah, al-Quran, dan mengingati mati. 


***************************************************

ya Allah jauhkan aku dari penyakit hati ya Allah.
aku tidak mahu sakit dihati ini mengugat cintaku padaMu ya Allah.
kuatkan semangatku ya Allah.








Thursday, February 16, 2012

Catatan cordoba


Cerita ni belum basi. Masih segar di ingatan walaupun saya post lambat.

Terbayang bumi Andalusia yang saya baru sahaja di jelajahi belasan hari yang lalu. Perjalanan melihat dunia yang berbeza. Definitely berbeza dari Malaysia mahupun Jordan. Negara yang tiada Islam didalamnya. Waktu inilah rasa diuji nikmat Islam dalam diri. Perjalanan 5 hari di spain yang benar menguji kekuatan iman.

Cordoba. Pengalaman yang paling tidak dapat di lupakan. Diri ini bagai dipijak bagai di injak. Hari itu hari jumaat. Kami melawat mozquita de cardoba. Masjid cordoba. Selalunya kalau nak masuk mozquita ni akan dikenakan bayaran sebanyak 8euro yang lebih kurang rm35. Tapi disebabkan kami pergi hari jumaat pagi, tiada bayaran dikenakan. Masuk adalah percuma! Ini bukan berita gembira.

Ya Allah, berkecamuknya hati ini melihat masjid ini diubah menjadi gereja! Nama mozquita sebenarnya à cathedral. Anda tahu kenapa percuma? Kerana pada waktu jumaat pagi mereka sedang sembahyang menyembah tuhan mereka. Astaghfirullah aladzim. Melihat patung2 yang menghiasi sudut dinding. Mendengar alunan nyanyian mereka di masjid ini benar menyakitkan hati ini. Terlampau banyak yang mereka ubah sehingga masjid ini semakin hilang rupanya. T__T

Jika dahulu di dalam masjid ini imam dan makmum berjemaah menyembah yang Esa. Tapi kini kita dilarang solat didalamnya.! Teringat kata guard “NO PRAYING INSIDE THERE!” . kami dilarang berdoa.  di dalam masjid itu banyak guard yang mengawal. Memerhati  tingkah laku kami. sedih. Memang sedih. Teringat kata sahabatku “Batu2 masjid ini pasti merindukan bacaan suci al Quran.” Air mata berguguran laju.

Masjid ini sudah menjadi gereja. Takkan kita masih mahu berdiam diri dan melihat masjid yang lain pula menjadi gereja? Allahuakhbar! Bangkitlah ummat Islam. Ayuh kita tegakkan agama ALLAH!

ini pintu masuk mozquita. anda rasa cantik?


penyejuk mata di masjid cordoba






salah satu pintu masuk yang masih tidak diubah.


gambar2 patung tidak diambil kerana dek rasa meluat. untuk baca kisah yang lebih lanjut. tekan sini

p/s: ain, nnt akak cerita lagi.

Senyum sampai telinga.

Aku mula faham. Rasa ini datang tiba2. Mungkin Allah sengaja menguji.alhamdulillah. Aku kembali tenang.ya! Mmg Allah lah sebaik2 tempat mengadu. Suweetnya Allah. =)

Tarbiyah diri. Belajar sesuatu hari ini. Hari2 lebih cinta kepada Allah.!

Ya Allah, hati ini milikmu.=)

Wednesday, February 15, 2012





ya Allah,
hanya Engkau tempat ku mengadu,
hanya kepada Engkau aku menyerah diri.


pelihara hati ini ya Allah,
jagalah hati ini ya Allah,
sehingga suatu hari nanti, hati ini dapat diserahkan kepada insan yang selayaknya.
jauhkan aku daripada cinta yang membutakan.
ya Allah, bantu aku.
pelihara diriku,
butakan aku daripada pandangan nafsu,
tulikan aku dari bisikan cinta yang menyesatkan


bantu aku untuk gapai cintaMu.
ya Allah. pelihara hati ini.






aku tahu rasa cinta ini fitrah. aku takut jika aku menyebabkan ia menjadi fitnah.


ampunkan aku ya Allah.

Sunday, February 5, 2012

post kanak kanak

makk.


nak makkk


ina nak makkkkkkkkkkkkkkk


ina nak mak sekaranggggg


nak mak sekarang jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkk!


boleh lihat betapa saya rindu mak saya? mom, i do really really really miss u.


i really miss your big lovely hug,


i really miss your story,


i really miss your voice,


i really really really miss you mom.


belaian kasihmu ibu selalu ku kenang.


wajah mu ibu selalu terbayang.


-post kanak2 hingusan yang merindukan ibunya-


Ya Allah! Rahmatilah kedua ibubapaku dan ampunilah dosa mereka, Redhailah mereka dengan keredhaan yg melayakkan mereka mendapat segala keredhaanMu. Dengan Engkau meletakkan mereka di dalam Negara kemuliaanMu, keamananMu, kemaafanMu dan keampunanMu.

Ya Allah!, kasihanilah di atas kelemahan mereka sebagaimana mereka telah mengasihi kami ketika kami lemah, rahmatilah mereka ketika mereka terlalai daripada mengingatiMu, sebagaimana mereka tetap mengasihi kami semasa kami masih kecil.
Ya Allah!, peliharalah bagi mereka kasih sayang yg telah Engkau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yg telah Engkau penuhi hati mereka, dan kelembutan yg telah Engkau sibukkan ke atas anggota mereka.
Ya Allah! Jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari kiamat, perdengarkanlah kepada mereka sebaik-baik seruan daripada kami pada hari Kiamat, Jadikanlah mereka disebabkan kami dari kalangan ibubapa yg dicemburui disebabkan anak-anak mereka yg soleh, sehingga Engkau mengumpulkan kami dan mereka serta sekalian muslimin di Negara kemuliaanMu (syurga) di tempat penetapan rahmatMu dan tempat auliya kekasihMu bersama orang-orang yg telah Engkau kurniakan Nikmat.


buat ibu dan ayah yang disayangi:-