dear sahabat2 :)

Friday, April 15, 2011

TAJUK: perginya dia buat selama lamanya.

Meniti hari demi hari. Waktu demi waktu . Lembaran hari semalam tak mungkin kan kembali. Mungkin cuma hanya dalam memori. Masa terus berlalu tanpa menunggu sesiapa. Tanpa kita sedari, masa yg terus terus terus berjalan tanpa henti ini menandakan  ajal kita makin hampir. Kiamat jua makin dekat.dan  Umur pula makin meningkat.  Tiada siapa tahu, bila masanya kita akan meninggalkan dunia yg fana ini. Yang pasti, semua yang hidup pasti akan mati. Itu satu kepastian!. Sebentar lagi kah, 2 minit lagi kah, sejam dari sekarang kah, esok kah lusa kah, atau panjang lagi peluang dan masa yang Allah berikan kepada kita? Hanya DIA yg Maha Mengetahui.


Sebulan lalu, sewaktu dalam perjalanan menuju ke UPSI, kami sekeluarga berhenti seketika untuk menunaikan solat Zuhur di masjid.  Dan tanpa disedari ayah saya park kereta, betul2 sebelah van jenazah. Yang didalam nya terdapat sebuah keranda. Berdegup laju jantung saya . bukan kerana takut. Tp, kerana keranda itulah yg merupakan kenderaan terakhir yg akan kita naiki sebelum kita ke liang lahad. Bukan lagi avanza, kembara, my vi mahupun ferrari. Dan pada waktu itulah fikiran saya mula melayang kembali kepada tazkirah ustaz khairul yg merupakan ustaz yang mengajar saya bahasa arab.

“Di saat Orang yang mendekati ajalnya, dia akan dapat melihat sekumpulan malaikat seluas luas mata memandang. Dan seketika  ajalnya benar benar sudah tiba, disaat itulah malaikat izrail akan turun di atas kepala..jika hamba Allah itu seorang yang soleh dan solehah, semua malaikat tersebut akan tersenyum kepadanya.maka, tersenyumlah hamba Allah tadi kerana seakan2 tahu akan berita gembira yg dibawa..malaikat izrail akan mencerita kan perihal gembira..akan ditunjukkan keindahan syurga kepadanya..supaya kesakitan sakaratul maut itu dapat dikurangkan.ada 2 cara untuk nyawanya ditarik. bagi manusia yg baik, Malaikat Izrail akan berkata  “keluarlah roh yg  diredhai Allah, SESUNGGUHNYA, Allah meredhai kamu.. Maka akan keluarlah roh itu dengan mudah bak sabda Rasulullah, ibarat air yg keluar daripada gelas.

tetapi, sebaliknya yang akan terjadi  jika hamba Allah itu tidak beramal ketika hidupnya didunia.

Sebaliknya? Apa yg terjadi jika kita dalam golongan yg sebaliknya?
Disaat nyawa mereka ditarik, Malaikat Izrail akan berkata “keluarlah roh yg dimurkai Allah, SESUNGGUHNYA, Allah memurkai mu!. Namun begitu, roh akan ketakutan dan tidak mahu keluar dari jasad dan bersembunyilah ia dlm jasad manusia. Maka, Rasulullah ada bersabda. Roh bagi golongan itu akan direntap dengan sekali rentapan!. Dan terputuslah segala urat2 dan kejanglah otot manusia tersebut. Sakitnya mati  seakan didalam keadaan mengejut.

Maka terputuslah hubungan kita dengan dunia buat selama lamanyaa.. sudah cukupkah amalan yg kita akan bawa ke akhirat nanti?

Ajal tak mengenal usia.~

itu serba sedikit tazkirah ustz khairul yg saya masih ingat. semoga kita memperoleh khusnul khatimah dalam pengakhiran hidup kita.

p/s: saya tak pernah tahu nama dia. Mungkin sbb kami lain course walaupun satu U. Namun begitu, setiap kali saya berselisih dengannya, kami saling berbalas senyum. Tapi, siapa sangka dalam usia 19 tahun 8 bulan dia telah meninggalkan dunia ini buat selama lamanya akibat kemalangan jalanraya sewaktu perjalanan pulang ke kolej kediaman. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan2 yg beriman. Ya, saya masih ingat senyuman terakhirnya. Dan baru kini saya tahu namanya.








Wednesday, April 6, 2011

tajuk : berkobar kobar

Salam semua, semoga hari ini lebih ceria dan bertambah kecintaan kita kepada Dia yg Maha Esa. :D

Pagi tadi, selepas kelas, kami sekelas ada perjumpaan bersama sir izzudin iaitu lecturer yang menguruskan program kami iaitu TDP Mestech JUST. Perjumpaan kali ni adalah berkenaan borang yang perlu di isi dan visa sementara  untuk ke Jordan nanti. fuhh. Rasa berdebar pula. Sedar tak sedar, dah bulan 4. Tinggal lagi 5 bulan saja lagi sebelum terbang. Kalau ditanya persediaan mental mahupun fizikal, honestly, saya masih belum bersedia. (Ceh, padahal baru kene isi borang) hahahaha.

2 minggu yang lalu, ada seorang pensyarah dari Jordan yang telah berkunjung ke Malaysia untuk membuat lawatan. Jadi, kami sempatlah beramah mesra dengan beliau dan bertanya serba sedikit mengenai JUST( Jordan Universiti of Science and Technology).  Serba sedikit,  pertemuan tersebut membantu dalam menaikkan semangat kami. hahaha. ok, *ayat skema sangat. hahaha

sebenarnya, sewaktu pertemuan tersebut, profesor ni terkejut kerana melihat bilangan pelajar perempuan adalah lebih ramai daripada bilangan pelajar lelaki. kerana menurut beliau, di Jordan pelajar lelaki selalunya mendominasi bidang tersebut. ohhho dunno what to say. *speechless.

medic student: 5 orang lelaki dan 14 orang perempuan
dentist student: 6 orang lelaki 11 perempuan.

insyaAllah, kawan2. semoga Allah mempermudahkan kita dalam segala urusan.  

  


gambar kenangan bersama prof. dari jordan
sekian saja perkongsian yang tak bermakna apa2 buat anda pada kali ni tapi bermakna buat saya. hhehehe :D

salah silap ampun ya. 
 
semoga kita semua sentiasa dalam lindungan rahmatnNYA. :)

Tuesday, April 5, 2011

tajuk: kembali pulih

Alhamdulillah. semangat dah kembali pulih. KEGAGALAN tempoh hari buat sy analisis kembali kelemahan diri. selama ni diri sendiri tak nampak. sekarang ni, bersama kita bangkit atur strategi baru. hehehe. *agak skema.

last paper hari khamis yang lalu, for the first time! saya menggigil ketika menjawab soalan organic chemistry. dalam keadaan tak ber air cond, kelas yang sempit, seramai 37 orang berjuang menjawab soalan organic chemistry yang agak superbb soalannya. fuhh,, ya Allah. sekarang ni tawakal je.

akibat tekanan perasaan yang melampau selepas habis exam kali ni, rakan sekelas saya beramai2 pergi bercuti di port dickson bersama lecturer. sangat puas menghabiskan hujung minggu tanpa buku! hubungan persahabatan semakin akrab. yeah, ana uhibbukunna fillah. :D.

unforgettable memory. :)
dan lagi best bila balik, semua muka dah sun burn. :D