dear sahabat2 :)

Tuesday, March 1, 2011

tajuk : KD dan atuk

KD dan Atuk..:)  
Pagi tu Abang Aiman kejut KD.
KD malas sangat nak bangun sebab hari tu hari cuti.
Abang Aiman cakap Atuk panggil KD. KD kne pegi jumpe Atuk mase tu jugak.
KD pon bangun, lepas tu KD basuh muke, gigi KD tak gosok sebab berus gigi KD terjatuh dalam lubang tandas.
Lepas tu KD buat- buat lari pegi kat Atuk.
Mase tu Atuk tengah sabit lalang kat tepi sungai. Sungai tu ada dalam kebun Atuk yang dekat dengan rumah kami.
KD dengan Abang Aiman duduk rumah Atuk sejak kami lahir lagi.
“Atuk.. KD dah sampai” KD sapa atuk sambil tercungap- cungap.. KD buat- buat lari tapi KD letih jugak siap berpeluh lagi.
Abang Aiman duduk bercangkung kat bawah pokok Manggis belakang Atuk.
“Ha.. cucu kesayangan Atuk dah sampai… sini- sini” Atuk lambai- lambai tangan panggil KD datang dekat.
“Aiman cucu tersayangan Atuk kan?” Abang Aiman menyampuk lepas Atuk puji KD.
“Eh.. sibuk la Abang Aiman ni.. kite la cucu yang Atuk paling sayang” KD tak puas hati, KD jelir lidah kat Abang Aiman.
“Nanti dulu, cucu yang atuk paling sayang ialah cucu Atuk yang pakai selipar” Kata Atuk tenang.
KD tengok kaki KD.. ha… KD pakai selipar.. =) KD pun senyum sorang- sorang. Abang Aiman pun senyum sorang- sorang sbb abg aiman pun pakai selipar.
Tapi Lepas tu..
Atuk suruh KD angkat air sungai untuk diisi kat dalam tong kosong kat bawah pokok manggis.
Abang Aiman tengok je..
Atuk suruh KD gune bekas rotan kotor yang banyak lubang untuk ambil air sungai.
KD merungut- rungut..
Terkedek- kedek KD angkat ambil air.. baru je KD angkat air dari sungai,
Air tu dah menitik- nitik keluar dari bekas
Sampai aje kat depan Tong tu.. sikit je air yang tinggal
KD tak puas hati
Kali ni KD ambil air sungai, kemudian KD lari laju- laju.. tapi tak laju pon sebab KD punya badan berat
Last- last Tong tu tak penuh pon.. KD yang penat
KD mengamuk.. KD campak bekas rotan..
“Atuk jahat! Atuk jahat! Atuk buli KD!” marah KD.
Atuk tak marahpun.. Atuk senyum lepas Atuk pegang bahu KD.. Atuk usap rambut KD
“Cuba KD tengok bekas rotan tu” Atuk menuding jari ke arah bekas rotan yang KD baling tadi. KD perhati bekas rotan itu.
Bekas rotan yang kotor tadi dah bersih!
KD, kadang- kadang ada perkara dalam kehidupan kita ni susah untuk kita capai… tidak kiralah kalau kita berjaya capai tujuan tu atau tidak.. tapi yang pasti.. pasti ada perubahan berlaku pada kita.. kalau kita tak nampak pun perubahan tu yakinlah Allah swt akan memberi ganjaran di sebalik perbuatan kita tu. Yang penting ialah KD kena sabar dan ikhlas” nasihat Atuk.
“Maknanya.. walaupun KD tak dapat penuhkan tong tu dengan air, tapi KD dah berjaya bersihkan bekas rotan tu.. apa yang KD perlukan ialah kesabaran dan keikhlasan”. pada waktu itu KD mula faham.
Terima kasih Atuk.
KD dah lapar la tok.. jom makan manggis.
-tammat-
p/s: cerita ini rekaan abg saya. syukran kerana sudi membaca..:)
sekian terima kasih..:)

3 comments:

  1. pernah dgr juga cerita ni... tp wataknya bukan KD dgn Aiman la...
    n first time dgr, serius terasa bermakna sgt...
    Allah knows better...=)

    ReplyDelete
  2. hehehe.., tikah. sy rindu awak..:)
    yup . hanya Allah yg maha mengetahui apa yg kita tak tahu kan.:)

    ReplyDelete
  3. betul la salsabila....


    setiap apa yg kite lakukan walau sedikit...
    mesti ada perubahan kn...


    kak yg xnmpk...huhuhu

    ReplyDelete