dear sahabat2 :)

Saturday, March 12, 2011

TAJUK: Gigi fluorosis



lihat sebentar gigi gigi yang ada di bawah ini..




mild fluorosis
       
mild fluorosis
mild fluorosis
      


mild/moderate fluorosis
moderate/severe fluorosis
           


severe fluorosis
severe fluorosis



harini saya nak bercerita sikit apa yg saya belajar pasal gigi. tajuk harini gigi fluorosis. hmm..mungkin anda juga mengalaminya. to be honest, siapa yg mengalaminya mungkin ada rasa rendah diri kerana gigi mereka kurang lawa. serta merta mungkin akan effect keyakinan diri seseorang. mana saya tau? sebab saya sendiri mengalaminya. tapi syukur ianya tidak lah teruk sgt. dan hal ini juga buat saya pikir dua lapan sepuluh sebelas kali untuk jadi seorang dentist.oleh kerana itu, sy ingin share siket apa yg saya tau.:)

apakah punca fluorosis yg sebenarnya?

fluorosis sebenarnya terjadi akibat tindak balas fluorida yang berlebihan sewaktu tumbesaran gigi (sewaktu usia pertumbuhan gigi kekal iaitu bermula dr 6 tahun).fluoride yang menyebabkan gigi fluorosis ini, merosakkan enamel-forming cells yg dipanggil ameloblasts, kerosakan pada cell tersebut menyebabkan mineralisation disorder of teeth.


Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah mengenai ubat gigi. Setiap hari, kita bangun pagi semestinya kita akan memberus gigi kan? malah kita digalakkan memberus gigi 2 kali sehari..sudah pastinya kita akan menggunakan ubat gigi berfluorida. tak dapat dinafikan fluoride ini dapat mencegah gigi kita daripada rosak kerana ia menghalang asid yang dirembeskan oleh bakteria di dalam plak dan juga asid dari makanan atau minuman mereputkan gigi anda. 

Sekiranya anda lihat di kotak ubat gigi itu mempunyai sodium monoflurophosphate, stannous fluoride atau sodium fluoride maka ubat gigi itu ada fluoride. Ubat gigi yang mempunyai fluoride tidak boleh digunakan dengan kuantiti yang banyak untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun kerana boleh menyebabkan fluorosis. Ini menyebabkan gigi kekal kanak-kanak ini nanti akan mengalami tompok-tompok putih atau kuning atau coklat. Jadi bagi kanak-kanak, hanya letakkan ubat gigi sebesar kacang pis dan elakkan dari ditelan.

kalau boleh, gunakan ubat gigi yang sesuai dengan kanak2 untuk mengawal dos fluorida yg diperlukan.


waktu kecik2 mana la sy tau pasal ni. tak fasal2 gigi saya juga mengalami fluorosis. siapa yang rasa dia alami masalah yg sama jangan risau kerana ianya sebenarnya boleh diubati. nak senang jumpa dentist ya, cek 6 bulan sekali. 

p/s: jaga gigi kita baik2. mencegah lebih baik dr merawat. syg gigi selagi mana anda masih ada gigi. nanti dah tak lawa, nak senyum pun malu kan? hehe

sekian. wassalam ;)






10 comments:

  1. alamak.....kak ada ckit...bkn sbb mls gosok gg ekk....mak ckp dulu...hihihi

    ReplyDelete
  2. hahaha. kalau malas gosok gigi tu maybe caries, senang cter kaviti yg kat dalam iklan colgate tu. hihihi. atau mungkin tahi gigi (plaque)

    kadang2 ada orang ingt sbb ssorang tu merokok, padahal tak merokok pun. gigi fluorosis ada yg mcm tu. ramai yang tak tahu pasal ni. :)

    ReplyDelete
  3. wah, dah tunjuk bakat bakal dentist nih...

    ReplyDelete
  4. najmi, hahaha..takda lah . share ilmu n kongsi pengalaman je. mana ada tunjuk bakat.hihiii

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang menarik..tq salsabila

    ReplyDelete
  6. terima kasih kerana sudi membaca. :D

    ReplyDelete
  7. sy mgalaminya...sedey tau
    2 yg nk share jgak mende ni ngn org laen..

    ReplyDelete
  8. betul2, sy pun alaminya.
    kalau pi klinik dentist akn bgtau apa treatment yg sesuai.

    ReplyDelete
  9. salam.. anak akak bar disahkan alami fluorosis.. patutlah gignya mudah terserpih masa sekolah rendah... oleh itu apakah ubat gigi yg sesuai buat beliau.. kini berusia 15 tahun...

    TQ

    ReplyDelete
  10. Aslmkm.. Boleh saya tahu apakah rawatan untuk masalah ini? Anak saya berumur 10tahun sedang alami masalah fluorosis ni

    ReplyDelete