dear sahabat2 :)

Thursday, January 6, 2011

Tajuk: Cempaka dan seorang pemuda yang mulanya tak tahu malu

Saya nak kongsikan sebuah cerpen yg saya jumpa di dlm komputer tempoh hari..macam comel je cerita ni..hahaha..Cerita ini telah dikarang oleh seorang budak yang usia nya baru setahun jagung..just baca n kalau nak komen sila komen..sekian..;)

            ‘Pergghhh..geram betul aku dengan mamat depan ni. Engkau ingat kau tu kacak sangat kah?. Perasan betul. kalau kacak tak apa la juga. Boleh jugak aku cuci mata. Ini tidak muka macam ayam berak durian je..Grr ’getus  hati Cempaka dalam hati Apabila melihat lelaki dihadapannya itu tidak habis2 menyakat seorang wanita anggun di sebelahnya. Cempaka memang pantang melihat kaum hawa dikacau seperti itu. Muka wanita disebelahnya menunjukkan memek muka yang kurang senang dengan ­­tindakan lelaki yg berperangai tidak senonoh itu. Bagi Cempaka, kalau da minat sangat masuk meminang la tak perlu kacau2 seperti itu..haha..hisshh..tidak senonoh sungguh..lelaki dihadapannya itu masih berusaha mengorat wanita disebelahnya. Wanita ni pun satu, yang pakai baju tak cukup kain ni pula mengapa. Salah dia juga. Yang si lelaki ni pula asyik duk kenyit2 mata kepada perempuan tadi. Cempaka yang sudah tidak tahan melihat aksi tersebut mula naik angin..apa lagi..mula la dia bersuara..

“hei mat..kau ni x payah la buat malu dengan kaum adam la..kalau orang x nak tu x nak la..x abes2..mmg sah muka tembok cina..ape daa..”Cempaka berkata dengan mamat tersebut dengan nada menyindir..namun begitu pandangannya dilemparkan di luar tingkap.

Lelaki yg matanya tadi mcm twinkle2 little star tu terasa agaknya akan kata2 Cempaka lalu berkata,

“eh, minah, yg ko sebuk buat apa. Da la muka x cantik. Ada hati nak sebuk hal orang. Ko cemburu la tu aku ngorat minah sebelah ni kan.”kata mamat tersebut kepada Cempaka yg berani sungguh menegurnya..

‘Eh mamat ni..ngutuk aku pulak..aku ni x heran la ngan mamat macam ko nih...ko belum kenal siapa aku eh...kuang aja sungguh ayat tu..grr...nak kena ni..’getus hati Cempaka

“HELLO DERR (dgn gaya otai nye)..hei mat, kalau aku x lawa pun at least aku sedar diri. X da la pulak aku ngorat mamat mamat ensem kat muka bumi ni..x macam ko..muke mcm jamban x siap ada hati nak ngorat pompuan lawa ni.perasan betul.blah la weh..hahaha” Cempaka ketawa terkekeh2 apabila melihat mamat tadi tu berubah rupa kepada MERAH.,wahh..melampau la minah ni..hati pemuda itu mula membuak2 marah.

“weh minah, ko diam eh. Jgn campur urusan aku..muka ko tu sebijik mcm nenek kebayan ler..x sedar diri..hahaa”kata pemuda itu sambil tertawa mengejek.

“hahahahaa..nenek kebayan lawa pe.. ko tu bute..mana tahu lawa ke tak..hahaha” Cempaka terkekeh2 ketawakan pemuda itu..sengaja nak menaikkan darah pemuda itu..wajah lelaki itu berubah laaagii merah..padan muke ko..wee~

Lelaki tu dah mati kata2..Cempaka sudah tidak tahan nak ketawa lagi..orang ramai yg menyaksikan kejadian itu turut ketawa.. pemuda tadi benar2 malu..hahahahahahah..mari kite sama2 gelakkan mamat tu..hikhikhik *jahat haha

Sekian,,,

Jadi,ada terdapat beberapa pengajaran daripada cerita yang dibuat oleh budak setahun jagung ini..antaranya ialah
1)     Para perempuan tutuplah aurat mu (tahukan apa dia?).Seluruh tubuh badan kecuali, tapak tangan dan muka. Pakaian haruslah longgar dan tidak jarang.

 Firman Allah S.W.T. maksudnya :"...Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".
(Surah An-Nur ayat 31)

2)     Jangan nakal2, jaga lah pandangan. Allah S.W.T. berfirman maksudnya : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya" (Surah an-Nur ayat 30-31)


3)     Berasa Malu itu perlu. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud "Malu itu sebahagian dari iman"

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari cabang iman."
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Sayyidina Ali bin Abi Thalib berkata : “Orang yang menjadikan sifat malu sebagai pakaiannya, nescaya orang-orang tidak akan melihat aib dan cela pada dirinya.”

4Kalau kita nak tegur pun kalau boleh, biar cara baik..jangan ikut cara Cempaka ni..;)
5)jangan suka mengganggu orang takut kelak kita akan di malukan.haha. 
6)hormat menghormati antara satu sama lain.


p/s: cerita ini rekaan semata mata tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang meninggal dunia.

2 comments:

  1. salsabila ni....mat dan mina tu...hehehe...amboi2...

    ReplyDelete
  2. hahahaa,,eh eh..budak setahun jagung yg buat ni..saya cume buat pengajaran je kak..hahaha ;)

    ReplyDelete