dear sahabat2 :)

Friday, January 14, 2011

tajuk: kerna diri mu begitu berharga..;D



post kali ini,dikhaskan untuk para muslimah yang dikasihi ..;),, namun begitu ianya umum untuk dibaca semua pihak..

para muslimah yg dikasihi,,
pernahkah anda menyesal kerana dilahirkan sebagai seorang perempuan?
pernahkah anda berkeinginan untk menjadi seorang lelaki?
pernahkah anda cemburu kepada keistmewaan lelaki?

kepada para muslimah, secara khususnya disini ingin diigingatkan tentang larangan Allah, di dalam surah An nisa' ayat 32 yg bermaksud
"janganlah kamu berangan angan (ingin mendapatkan) kurniaan yg  dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu daripada sebahagian yg lain (samada dalam bentuk keduniaan atau keagamaan).(kerana telah ditetapkan) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yg mereka usahakan ban bagi wanita pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan (maka berusahalah).mohonlah kepada Allah akan limpah kurniaanNya.Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap2 sesuatu."

Di riwayatkan bahawa turunnya ayat ini adalah sebagai tanggapan terhadap soalan yang pernah dilontarkan Ummu Salamah kepada Rasulullah s.a.w iaitu. “Wahai Rasulullah, kaum lelaki dapat mengikuti peperangan sedangkan kami (kaum perempuan) tidak. Disamping itu, kami juga hanya mendapatkan setengah sahaja dari bahagian lelaki dalam perkara warisan.”

Dalam riwayat lain juga disebutkan bahawa suatu ketika beberapa sahabat perempuan pernah berkata, “Alangkah beruntungnya jika kita menjadi lelaki. Kita dapat berjihad sebagaimana mereka serta melibatkan diri dalam peperangan di jalan Allah Taala.” Tidak lama kemudian turunlah ayat diatas sebagai larangan kepada para perempuan agar jangan sekali berangan-angan menjadi lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa kadang2 di antara kaum perempuan ada yang memandang dirinya serba kekurangan atau lebih rendah darjatnya jika nak dibandingkan dengan lelaki. Inilah yang telah menjerumuskan mereka kepada persaingan dan pertentangan yang tidak henti hentinya dengan kaum lelaki dengan cara menuntut persamaan jantina.

Ayat  (An-Nisa:32) diatas seakan akan telah membaca gelagat tersebut sehingga turunlah larangan untuk sikap tidak puas hati terhadap perbezaan yang ditakdirkan Allah Taala bagi jantina masing2. Kaedah Islam dalam pembahagian tugas dan peranan antara lelaki dan perempuan sangat selari dengan fitrah manusia. Fitrah yg dimaksudkan adalah menjadikan lelaki benar2 sebagai lelaki dan demikian juga dengan perempuan. Islam amat memperhatikan keistimewaan jantina dan menggariskan posisi dan peranan masing-masing sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah Taala dan sebagai khalifah dimuka bumi ini.

Dari penjelasan tersebut dapat disimpulkan bahawa menggambarkan perbezaan lelaki dan perempuan sehingga mewujudkan arena persaingan sengit adalah sama sekali tidak berguna. Perbezaan jantina yang ada jelas bukan  untuk menimbulkan pertentangan mahupun persaingan  tetapi merupakan bentuk kemajmukan pembahagian tugas dan cara untuk saling melengkapi. Dengan memahami realiti ini dengan baik akan membawa kita kepada keyakinan penuh terhadap keadilan dan kesempurnaan ciptaan Allah.

Oleh itu golongan Nisa’ yg dikasihi, Bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang wanita. Sesungguhnya, kita mempunyai keistimewaan kita sendiri yang Allah kurniakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan segala-galanya..;)

ihsan google..;)

2 comments:

  1. alhamdulillah..aku seorang perempuan...syukur

    ReplyDelete
  2. comel2 yo cucu atok yang gambar katon ihsan google tu an....

    ReplyDelete