Cuti dah habis. Summer sem dah mula waktu hari pertama ramadhan. Summer sem kali ni semua klinik. Dugaan besar sbb payah nak dapat pt. jangan risau, treatment gigi insyaAllah takkan membatalkan puasa anda. Oleh itu jika anda sakit gigi atau rasa gusi berdarah ke gigi rasa goyang2 nak cabut ke, datang je klinik gigi okehhh.
Keif ramadhan ma3akum?
Ramadhan sina3atul muttaqin.
Ramadhan kiLang orang yg bertaqwa.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 2:183
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa. [2:183]
Allah mewajibkan kita berpuasa agar kita bertaqwa. Agar (moga moga) kita bertaqwa. Semua muslim melalui ramadhan tapi adakah semua drpd kita akan menjadi tattaqun tu? Tak. Andai kita biar ramadhan kita ni sia2 celah mana kita nak jadi orang yg bertaqwa tu? Tingkatkan amal kita. Ya taqwa tu hanya Allah yang tahu. Hanya Allah yang kenal hamba nya yg bertaqwa. Semoga kau, aku, dan kita semua mampu meraih piala taqwa itu.
Asal nak sangat taqwa?
T_T
"Sesungguhnya orang g paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. (Hujurat:13)"
Taknak ke jadi orang yg mulia disisi Allah? Tambahan lagi, mmg Allah janji dalam quran untuk mewariskan syurga untuk orang2 yang bertaqwa. Syurga wehh. Nikmat yang infinitiiiiiii. Siapa yang tak mahu syurga? Kita kan nak sama2 menuju syurga. ;)
Cepat cepat! Hanya tinggal 15hari lagi. Use ur time to the fullest. Kita tidak mahu kita meninggalkan ramadhan ni dengan sia2. Ibarat masuk mall shopping ada sale besar, tapi end up kita tak bli apa2. Dan tak dapat apa2 pun. Ruginyaaaa
Aku hamba, kau hamba kepada DIA tuhan yang Maha Esa.
Gunalah peluang ini untuk mentajdid ruh kita.
Kata orang, kalau kita nak menghayati sesuatu tu dengan spenuh hati, adalah pabila kita merasakan, inilah yang kali terakhirnya. Mati tak tahu bila.
-oh Allah, semoga setiap degupan jantung ini hanya berzikir menyebut namamu ya rabb.
Kerana aku hanya seorang hamba yang faqir tanpa rahmatMu.
Tajdid hati. Selamat mengembara mengejar taqwa.
Jordan
Bayt hadeed
No comments:
Post a Comment