dear sahabat2 :)

Saturday, April 28, 2012

Bersih? Aku tak paham.

BERSIH. Tak tahu mana betul mana salah,
Sampaikan aku tak tahu untuk meyokong mahupun membantah,
Siapa tak sakit hati kalau dua pihak berpecah kerana membahas hal yang tak sudah2?

 Ada yang sokong,
Ada yang bantah,
Last2, jadi berpuak puak, berpecah belah.

Yang di tv salahkan Bersih, Yang di utube, salahkan polis kerajaan yang duk pukul2 pendemostrasi.
Apa semua ni?! Aku tak paham. Kalau nak sistem pilihan raya itu bersih, Begitukah caranya? Seperti banyak mudharat dari baiknya.

Tersampai ke hadaf? Melihat yang cedera, Melihat yang mengamuk. Jadi bersih sudah sistem pilihan raya?

 Aku sedih, melihat mereka seperti manusia yang hilang kawalan. Bagaikan sang kucing bertengkar sesama sendiri? Aku tak paham. Aku tak paham. 

Niatnya baik, mungkin caranya tak kena. Kurang sesuai mungkin?

Diam ku memerhati, bukan bermaksud tak ambil peduli, Tak menyokong tak membantah, bukan bermaksud aku tak kisah. Kalau ada yang baca post ni menyokong bersih, tolong. Dan mintak tolong sangat ceritakan kat aku pasal bersih. dan Pastikan britanya yang sohih! ada yang sohih? Hanya Allah tahu.

1 comment:

  1. http://lifeofasanguine.blogspot.com/2012/04/huru-hara-di-bersih-30-kuala-lumpur.html

    ReplyDelete