dear sahabat2 :)
Thursday, August 30, 2012
Wednesday, August 29, 2012
sanah helwa ya ummi!
Ya, Allah terima kasih kerana mengurniakan ibuku. Ibu yang terbaik buatku. Semua orang akan merasakan ibu dia lah yang terbaik. Begitu juga aku. Ye lah kan ada satu ibu je pun. Kalau ada yang lain pun sebab tambah ibu mertua je. Hehe.
Mak, super duper woman. Dari kecik sampai sekarang kekaguman ina pada mak tak pernah hilang. Dalam rahim mak, mak Berjaya menempatkan tujuh fetus. Yang kini Alhamdulillah selamat bergelar manusia. Bermula dengan 3 orang anak lelaki, 3 orang anak perempuan dan yang bongsu lelaki. Kehebatan supermama mak sangat teserlah bila anak mak bederet2 ketika sekolah.
Mak tak pernah ambil bibik sebagai pembantu rumah. Dalam masa yang sama Mak juga bekerja sebagai guru. Eheh, ramai orang rasa kerja guru mudah setakat goyang kaki. Tak tak semudah itu. Dan segala pemakanan kami mak jaga. Mak yang masak. Jarang sekali mak beli kedai. Kalau beli pun makann kantin sekolah. Makann tepi jalan apatah lagi. “tengok tu, makann terdedah, asap kereta lalu lalang, tak payah beli la. Nnt mak buatkan” kata mak. sampai aku 1st time masuk u, aku tak tahu cane nak beli or order makann kat kedai. =.=’
So, mak bangun seawal 5 pg, buat sarapan dan bawak bekalan makan tengahari. Sebb sekolah jauh ngn rumah so, kitorang adik beradik bersiap untuk gi sekolah agama dr sekolah kebangsaan. Setiap hari! Lepas tu baju pakai kami mak basuh guna tangan. Maklumlah kenakalan anak2 lelaki. Hungga sana, hungga sini. Pakai mesin tak leh hilang. Pastu baju2 tu mak yang basuh. Baju sekolah agama baju sekolah petang. Setiap orang 2 pasang. Tak tmasuk baju ayah lagi. @__@ lepastu baju2 tu mak yang gosokkan. Perghhh. Malam2 pukul 12 atau 1 pagi baru mak tido. Aku mula gosok baju sendiri pun time darjah 6.
Mak rajin. Sgt2 rajin. Kalau tetamu datang mak asyik masak je sampai tak keluar dapur.=.=’ mak didik anak2 mak dengan budi bahasa, agama, kesabaran, tatatertib. Yang best nya pasal mak. Mak tak kuat membebel. Tapi sekali buka mulut. …. Err. Mak jugak selalu pesan kat ina. Jaga kelakuan, jaga mulut, jaga pergaulan dan jaga maruah! Allahu Allah. Kalau pakai baju tak cukup labuh, mahu kena lepuk dengan mak. Kalau tudung tak tutup dada, mahu dijeling ngan mak. Heee. Alhamdulillah mak, sekarang ina dah paham. J
Teringat waktu 5 tahun, ina sorang je pi tadika pakai tudung. Ina rasa asing. Dah la panas. Balik sekolah ina kata ngn mak.
Ina: mak, ina taknak pakai tudung. Kawan2 ina semua tak pakai tudung
Mak: mana boleh ina kena pakai tudung. Nnt Allah marah. Nnt masuk neraka rambut kita ni kena bakar
Ina: ohh ye ke.
Esoknya gi sekolah bagi tau kat kawan.
Ina: eh mak kite kata kalau tak pakai tudung nanti masuk neraka, rambut kena bakar.
Kawan: mak kite kata, budak kecik tak pakai tudung tak pe lah.
So, balik tadika menangis ngan mak.
Ina: mak, ina tak nak pakai tudung. Taknak jugak. Tak nakkkkk! Huwaa.
Mak: Kenapa pulak ina tak nak pakai tudung.?
Ina: sebab panas. Lagipun kawan2 ina semua tak pakai tudung .budak kecik tak pakai tudung tak dosa.
Mak: nnt kat neraka lagi panas. Ala, kawan2 ina tak paham lagi. Lagipun kenapa nak ikut diorang. Dari kecik ni la ina kena biasa pakai tudung. Nnt dah besar lagi liat nak pakai. Lagipun ina pakai tudung kan cantik. mak sayang, Allah pun sayang.
Ina: ohh. Okay. Ina pakai. J
Kenangan yang masih segar dan sampai sekarang aku tak lupa.
Mak, kelembutanmu, kesabaranmu, kebaikanmu, membuatkan kau tiada gantinya.
Moga mak, menjadi ibu ina hingga ke syurga. Sayang mak kerana Allah. J
love my big happy family. :) |
Aku juga akan jadi seorang ibu. Nak jadi ibu yang macam mak. kalau nak citer pasal supermama mak, sampai tahun depan pun ina tak habis list. hehe.
Friday, August 17, 2012
ramadhan pergi juaa..
susah juga kalau menulis ni tanpa kehadiran hati. bila baca balik post sendiri pun rasa macam ntah pape. errkkk, motif cakap pasal ni? =.='
hari ini hari terakhir ramadhan. ya Allah. sekejapnya masa berlalu. jadi, bagaimana ramadhan kali ini? lebih baik atau sebaliknya? jawab dalam hati. kalau zaman rasulullah dulu, sahabat sahabat dan rasulullah sendiri sayu, sedihhh sangat nak tinggalkan ramadhan. kalau boleh, biarlah setiap bulan adalah bulan ramadhan. bagaimana pula dengan kita?
tik tok tik tok.
sebelum aku kenal betul dengan tarbiyah ni, bila datang ramadhan, aku rasa biasa je.
" ohh, ramadhan. bangun sahur, siang puasa, maghrib bebuka, pastu tarawih" noktah. sebut ramadhan je, itu je yang terlintas kat kepala otak aku. eheh, sempit betul fikiran kan.? tak pikir luar kotak langsung.
tapi SEBENARNYA Ramadhan lebih hebat lebih best lebih dahsyat daripada itu! sama ada kita sedar atau buat donno je! [97; 1-5] ramai yang tahu yang bulan ramadhan ni ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan! ohh seribu je? oiii 1:1000 nah kau! 1000 kot. hey manusia, kalian kan suka menghitung. suka mengira. cuba kira 1000/12= 83.333. amalan satu malam sahaja bersamaan dengan amalan selama 83.33333 tahun! woha dahsyat tak dahsyat?
maha baik Allah. dia beri peluang kepada kita untuk beramal seperti zaman2 nabi yang dapat hidup lama suatu ketika dahulu. seperti yang kita maklum, nabi2 sebelum nabi Muhammad SAW dapat hidup lebih dari 100 tahun. tapi kita hidup sangat singkat. oleh sebab itu Allah bagi kita malam tu. dan pada malam yang penuh barakah itu Allah gandakan amalan kita. ya Allah! ni lagi best dari SALE kat Jusco! T___T
lailatul qadr= malam qadr, malam kemuliaan, malam ketatapan.
T_______________________T
malam nuzul quran. malam penurunan al Quran. {44:3} Quran diturunkan pada malam yang penuh keberkatan. dengan penurunan Al-Quran ianya permulaan pada perubahan sebuah kehidupan yang menjadi panduan manusia jika manusia memahami al Quran yang sebenar2nya! Al Quran panduan hidup mukmin!
" al Quran kan ayat ayat cinta dari Allah SWT, mukjizat rasulullah untuk kita hambaNya. "
.
ruginyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa super duper rugi kalau kita membazirkan ramadhan kali ini. T___T juga ramadhan sebelum2 ini. T____T
ya Allah, berilah aku peluang untuk menemui ramadhan yang seterusnya. dan jauhi aku daripada menjadi orang yang rugi. T___T
manisnya nikmat ramadhan jika kita merasainya melalui hati. Allahu Allah.
p/s: aku sepatutnya post pasal tajuk ni waktu awal ramadhan haritu. bukan hari terakhir ramadhan. T___T tapi sayang, aku juga baru sedar hakikat sebenar ramadhan. betapa sesungguhnya Allah membatasi manusia dengan hatinya. berdoalah agar Allah kuatkan hati. selalulah berbicara dengan hati, supaya ia tidak mati. muhasabah diri.
last wish. kullu am wa antum bikhair. eid mubarak!
Subscribe to:
Posts (Atom)