dear sahabat2 :)

Saturday, July 30, 2011

anda seperti lobak, kopi, atau telur?

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan meletakkannya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia meletakkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan meletakkannya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, anakku?”

“Lobak, telur, dan kopi” jawab si anak.
Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk meminum kopi. Ia tersenyum ketika minum kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, Ayah?”
Ayahnya menerangkan bahawa ketiga-tiganya telah menghadapi kesulitan yang sama iaitu direbus dalam air yang mendidih, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

“Kamu termasuk yang mana?,” tanya ayahnya. “Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?”

Yang Mana Satu Peribadi Kita???
Apakah korang adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.
atau

Apakah korang adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah korang menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?
atau

Apakah korang adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika korang seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, korang akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar korang juga menjadi semakin baik.

P/S: Diubah atau Mengubah??? terpengaruh atau mempengaruhi?? 

petikan dr, buku Setengah berisi setengah kosong. karya Parlindungan Marpaung.

Kelantan Vs. Selangor. :D

Setelah sekian lama tak balik kampung, akhirnya balik juga seminggu yg lalu. Entah bila boleh pergi lagi. Maklumlah manusia Kelantan celup seperti saya ni balik sana setahun sekali je. :p 

Hmm. Daripada sy kecik, setiap kali sy balik Kelantan ni, pemandangannya sama je. Negeri darul aman ni tidak akan pernah berubah maybe? Except for Kota bharu. KB nmpak maju sikit. Tgok KB teringat kajang. Haha tibe dapat satu idea. Kelantan negeri yg berbeza sama sekali dengan Selangor. Nah tgok ni. Ni hanya menurut pandangan saya sahaja ya.jangan terpengaruh. KELANTAN vs. SELANGOR. :D

KELANTAN
SELANGOR
makanan sangat murahh..boleh dapat kuih 5 singgit. Kat Selangor. Hmm, jgn harap la.
makanan mahal, asyik naik harga je. :p
Pau ayam pun rm1.70. kat Kelantan rm 1.20 je kot. Kat kota bharu tu! besar same. Inti pun sedap. Hahaha.
Jalan raya kecik. Apatah lagi di kawasang kg. -.-‘
Drpd sy kecik, tak pernah membesar jalan ni. Haha
Jalan raya, makin lama makin lebar, traffic light pun makin belambak. -.-‘
Minuman dia mak aih, manis lemak berkrim. :D teh pekat tapi mmg kaw. Sodap.
Minuman secukup rasa. Kena bajet gula. Haha. Gula mahal! Hehee
Makanan sedap tapi kurang kaw la. Kalau smbal dia tu agak tidak rasa seperti sambal la Haha
makanan boleh la. Maklum la ada cube pati ayam knorr. :D
Banyak rumah kayu dan penempatan berpola jarang2. selalunya sanak saudara mara suma duk setempat je. senang nak ziarah. :)
Banyak rumah batu. Banyak kawasan perumahan, tapi takde orang duduk. Rumah teres pun banyak. Kalau di Kelantan jarang jumpa rumah teres.  Rumah flat apatah lagi. :D
Kelantan tak banyak pendatang asing. Rasa selamat sikit. J
Banyak nye la PATI.  Time duk kat Bangi memang rasa terancam jugak. Naik bus mini, rasa macam sy ni pulak warga asing.
Kurang banyak pasaraya. Selain pasaraya pantai timur, n pasaraya ceria apa lagi ye ada kat kg? Kedai runcit banyak la kot. Haa.. tapi pasar diorang best.  Ramai orang jual,nak beli pun seronok. Banyak pilihan. Boleh tawar menawar lagi.
Banyak la jugak pasaraya. Econsave laa, tesco la, speedmart99 la. Kalau nak banyak orang jual2, kene tggu pasar malam. hahhaa
Signboard dia agak menarik. Ada tulisan jawi. Boleh dikatakan model2 iklan kebanyakannya pakai tudung kat signboard. J Alhamdulillah.
Err. Kat sini signboard dia normal je. Tak de yg unik. :D hahaha

Yang penting dua2 negeri ni sangat best n ada kelebihan masing2. Alhamdulillah.




program kembara (hambat lembu putus) yg dianjurkan ayah di kg. ! :D


Saturday, July 23, 2011

Tajuk: TAHUN pertama sudah selesai..:D


Ahh, selalu sgt jadi penyeksaan jiwa raga ni. Sedihnya. Dah tinggalkan uniKL mestech. Tempat yg paling akan di rindu rindu. Barisan lecturer yg sporting lagi sempoi dan Sentiasa memberikan semangat. Lecturer yg dah dianggap mcm papa n mama. Sedih sekali. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam kumpul sama sama, bercuti sama sama kat sini. Kolej Idris Al marbawi. Sudah tentu KIAM ni juga akan dirindu2 selalu. Walaupun bekalan air yg keluar tu selalu karat. Rumah mcm flat buruk je. Haha. tp tetap puas hati. Syukur. Seronoknya tahun pertama di Malaysia! 

Buat rumate untuk 3 sem berturut2. Aku nak ckp aku syg ko. Tapi segan pulak dengan ko.hehe Kau lah sahabat yg paling pelik pernah aku jumpa. Hihi. Ya! itu dia pertemuan pertama aku dengan manusia seperti kau.( rasa mcm jumpa fossil dinosur yg hidup berjuta tahun dulu pulak). Haha. Aku tahu ko pun syg aku tapi aku paham sgt la ngn ko yg tak pandai nak tunjuk2 tu kan. *mata ke atas. Hihi. Terima kasih sbb bantu aku dalam byk perkara. Lepas ni kita dah tak rumate dah. Satu je pesan aku, jgn malu malu nak tido. Hobi kau tu kan. Hahaha.:D. Maaf kalau terkasar bahasa, termengutuk dan ko terasa, dan sikap annoying aku ke. Maaf ye. Tak sengaja, kerana ingin bergurau semata2. Ape? ko pun nak minta maaf juga? Eh tak pe2. Ko tak de salah ngan aku. ingat lah kenangan kita makan tomyam sambil tgok FO sama2. sblum tidur dengar lagu Mawaddah dulu. tidur kat ruang tamu sama2. masuk kelas lewat sama2. belajar sama2. kongsi cerita sama2. pegi dobi sama2( aku tak suke nasib malang aku kat dobi) hahaha.. life dan kenangan kita di KIAM akan sentiasa terpahat dihati ini . <3<3

eh eh eh, bajet la kita tak jumpa lagi lepas ni kan? Haha. Alamak, malu pulak ngn ko. -.-'
dear lecturers n friends :)
Alhamdulillah, bak kata rumate, its a goodbye, but its not the end. its just a new fresh start ! :D

perjalanan masih jauh. perjuangan belum selesai. .!