Diriwayatkan bahawa ada seorang yang bijak dan dia bersahabat baik dengan raja. Dia suka memberikan nasihat-nasihat kepada raja yang sentiasa mendengarkannya. Orang bijak itu selalu berkata, “berbuat baiklah kepada orang yang berbuat baik kepadamu disebabkan kebaikannya itu. Adapun orang yang berbuat jahat kepadamu, maka sesungguhnya kejahatannya itu hanya akan berbalik menimpa dirinya sendiri.”
Tanpa disedari oleh kedua sahabat ini, ada seseorang yang merasa irihati kepada orang bijak itu. Dia lalu berusaha memburukkan lelaki bijak itu kepada raja. Suatu hari orang yang irihati tersebut menghadap kepada raja dan berkata “sesungguhnya sahabat tuan yang bijaksana itu sering berkata bahawa mulut tuan sangat busuk.” Lalu raja bertanya, “ cuba kamu buktikan jika benar ia berkata demikian!” lelaki itu menjawab, “panggillah dia untuk menghadap kepada tuan. Sesungguhnya ketika dia telah berada dekat dengan tuan, maka dia akan meletakkan tangannya di hidung.”
Sekembalinya dari istana, lelaki yang irihati itu mengundang orang bijak ke rumahnya. Dia kemudian menghidangkan makanan yang banyak mengandungi bawang putih. Tidak lama berselang, orang bijak itu dipanggil menghadap raja. Sesampainya di istana , raja menyuruhnya untuk mendekat. Ketika orang bijak itu telah berada dekat dengan raja, dia telah meletakkan tanggannya di hidungnya kerana khuatir raja akan merasa terganggu dengan bau bawang putih yang keluar dari mulutnya. Melihat tindakan tersebut, raja tersangatlah marah dan merasa yakin dengan kebenaran cerita yang disampaikan oleh lelaki yang irihati tadi. Telah menjadi kebiasaan raja jika beliau menulis surat dengan tanggannya sendiri, itu bermaksud beliau memberikan hadiah kepada orang yang membawa surat tersebut. Disebabkan raja terlalu marah, dia menulis surat dengan tangannya sendiri kepada seorang pengawalnya. Surat tersebut bertulis, “apabila si pembawa surat ini mendatangimu, maka bunuh lah dia!!” Raja lalu mengecop surat itu dan menyerahkannya kepada lelaki bijak kemudian menyuruhnya memberikannya kepada pengawal yang dimaksudkan.
Ketika orang bijak itu keluar dari istana, dia bertemu dengan lelaki irihati tadi yang segera bertanya, “apa yang dilakukan raja terhadapmu?” lelaki bijak itu menjawab. “dia menuliskan sepucuk surat untukku dengan tangannya sendiri.” Si irihati berkata “ saya kira surat itu berkenaan dengan hadiah. Sesungguhnya raja tidak pernah menulis surat secara langsung dengan tangannya kecuali isi surat itu berkenaan dengan pemberian hadiah terhadap seseorang.” Dia kemudian berkata lagi “ berikanlah surat itu kepada aku” orang bijak itu lalu memberikannya kepada lelaki itu dan kemudian kembali masuk ke istana.
Raja merasa hairan melihat kedatangan lelaki bijak itu dan bertanya
RAJA : apa kamu telah lakukan terhadap suratku?”
laki bijak :diluar istana tadi, saya bertemu dengan si Fulan dia kemudian meminta surat itu daripd saya lalu saya memberikannya.
Raja : apakah kamu sudah membaca isinya?
Laki bijak : tidak sepatutnya saya membuka surat raja.
Raja : sesungguhnya orang itu lah yang mengabarkan kepada saya bahawa kamu mengatakan bau mulut saya busuk.
Laki bijak :saya tidak pernah berkata seperti itu
Raja : kenapa kamu meletakkan tanganmu di depan mulutmu?
Laki bijak :kerana sebelum menghadap tuan, si Fula tersebut mrngundang saya makan ke rumahnya. Dia menghidangkan makanan yang banyak bawang putih sehingga saya khuatir tuan mencium baunya.”
Raja itu berasa kagum dengan lelaki bijak itu lalu berkata,
Raja : sungguh benar apa yang selama ini kamu katakan kepadaku, iaitu akibat dr kejahatan yang dilakukan seseorang itu hanya akan menimpa dirinya sendiri..;)
p/s: harap mendapat iktibar drpd kisah ini. terima kasih kerana sudi membaca ya..:)
p/s 2: setelah sekian lama tak update blog..hihi..saya baru habis exam..alhamdulillah..dah selesai..segalanya..;)