dear sahabat2 :)

Tuesday, March 12, 2013

Journey

    The biggest problem ever.

Benda yang paling tak patut kita buat adalah, membenci diri sendiri. I hate me. Aku nak berubah, tp tak tahu mana nak ubah. Gila. Ini gila kan? 

Aku pelajar universiti di jordan. Student oversea ha? Orang selalu fikir yang pelajar oversea ni bijak2 pandai2. Mmg pun. Tapi untuk aku fakta tu invalid. Terima kasih MARA kerana sudi menaja saya. Walaupun saya ni budak2 biasa je. Aku budak biasa. Siapa kata aku pandai sebab belajar kat oversea mmg nak kena cubit. Aku rasa ini semua rezeki je! Aku tak layak sebenarnya. Aku sedar. 

Tp Aku yg kata macam tu. Allah tahu yg lebih baik. Allah bagi aku datang sini jugak. Allah tolong dan Dia permudahkan. Tapi aku tak pandai macam mereka yg lain. Lemah dari segala aspek. Nak cakap english tak fluence, nak cakap arab pun syuwai2. Akal pun tak berapa bijak. Apa aku boleh buat? Borak kosong. 

Kadang2 aku sendiri blur nape Allah cipta aku. Lembik. Tak pandai sikit2 nangis. Tahu nangis macam baby je. Benci la benci tau! 

"manusia mmg lemah, dan hanya kuat jika berpegang pada Allah"

"Allah cipta kau sebagai abid dan khalifah. Allah tak kasi kau benda segebuk macam tu melainkan engkau usaha! Kau takkan tahu manisnya kejayaan jika kau tak rasa pahitnya pengorbanan!"

Hate myself coz being a lazy student.
Hate MYSELF!

When u hate urself u actually turn the world upside down. Even your foot are higher than your head!

Im crying now. Like always. 

This blog is my space. The space for me to talk to myself. Hope it doesnt bother u. And please dont bother me too. 

I hate myself.
And this is the journey to love me. 
Pray for me. 
Allah guide me.

Truthly,
Me

Wednesday, August 29, 2012

sanah helwa ya ummi!


Ya, Allah terima kasih kerana mengurniakan ibuku. Ibu yang terbaik buatku. Semua orang akan merasakan ibu dia lah yang terbaik. Begitu juga aku. Ye lah kan ada satu ibu je pun. Kalau ada yang lain pun sebab tambah  ibu mertua je. Hehe.

Mak, super duper woman. Dari kecik sampai sekarang kekaguman ina pada mak tak pernah hilang. Dalam rahim mak, mak Berjaya menempatkan tujuh fetus. Yang kini Alhamdulillah selamat bergelar manusia. Bermula dengan 3 orang anak lelaki, 3 orang anak perempuan dan yang bongsu lelaki. Kehebatan supermama mak sangat teserlah bila anak mak bederet2 ketika sekolah.

Mak tak pernah ambil bibik sebagai pembantu rumah. Dalam masa yang sama Mak juga bekerja sebagai guru. Eheh, ramai orang rasa kerja guru mudah setakat goyang kaki. Tak tak semudah itu. Dan segala pemakanan kami mak jaga. Mak yang masak. Jarang sekali mak beli kedai. Kalau beli pun makann kantin sekolah. Makann tepi jalan apatah lagi. “tengok tu, makann terdedah, asap kereta lalu lalang, tak payah beli la. Nnt mak buatkan” kata mak. sampai aku 1st time masuk u, aku tak tahu cane nak beli or order makann kat kedai. =.=’

So, mak bangun seawal 5 pg, buat sarapan dan bawak bekalan makan tengahari. Sebb sekolah jauh ngn rumah so, kitorang adik beradik bersiap untuk gi sekolah agama dr sekolah kebangsaan. Setiap hari! Lepas tu baju pakai kami mak basuh guna tangan. Maklumlah kenakalan anak2 lelaki. Hungga sana, hungga sini. Pakai mesin tak leh hilang. Pastu baju2 tu mak yang basuh. Baju sekolah agama baju sekolah petang. Setiap orang 2 pasang. Tak tmasuk baju ayah lagi. @__@ lepastu baju2 tu mak yang gosokkan. Perghhh. Malam2 pukul 12 atau 1 pagi baru mak tido. Aku mula gosok baju sendiri pun time darjah 6.

Mak rajin. Sgt2 rajin. Kalau tetamu datang mak asyik masak je sampai tak keluar dapur.=.=’ mak didik anak2 mak dengan budi bahasa, agama, kesabaran, tatatertib. Yang best nya pasal mak. Mak tak kuat membebel. Tapi sekali buka mulut. …. Err. Mak jugak selalu pesan kat ina. Jaga kelakuan, jaga mulut, jaga pergaulan dan jaga maruah! Allahu Allah. Kalau pakai baju tak cukup labuh, mahu kena lepuk dengan mak. Kalau tudung tak tutup dada, mahu dijeling ngan mak. Heee. Alhamdulillah mak, sekarang ina dah paham. J

Teringat waktu 5 tahun, ina sorang je pi tadika pakai tudung. Ina rasa asing. Dah la panas. Balik sekolah ina kata ngn mak.

Ina: mak, ina taknak pakai tudung. Kawan2 ina semua tak pakai tudung
Mak:  mana boleh ina kena pakai tudung. Nnt Allah marah. Nnt masuk neraka rambut kita ni kena bakar
Ina: ohh ye ke.

Esoknya gi sekolah bagi tau kat kawan.

Ina: eh mak kite kata kalau tak pakai tudung nanti masuk neraka, rambut kena bakar.
Kawan: mak kite kata, budak kecik tak pakai tudung tak pe lah.

So, balik tadika menangis ngan mak.

Ina: mak, ina tak nak pakai tudung. Taknak jugak. Tak nakkkkk! Huwaa.
Mak: Kenapa pulak ina tak nak pakai tudung.?
Ina: sebab panas. Lagipun kawan2 ina semua tak pakai tudung .budak kecik tak pakai tudung tak dosa.
Mak: nnt kat neraka lagi panas. Ala, kawan2 ina tak paham lagi. Lagipun kenapa nak ikut diorang. Dari kecik ni la ina kena biasa pakai tudung. Nnt dah besar lagi liat nak pakai. Lagipun ina pakai tudung kan cantik. mak sayang, Allah pun sayang.
Ina: ohh. Okay. Ina pakai. J

Kenangan yang masih segar dan sampai sekarang aku tak lupa.

Mak, kelembutanmu, kesabaranmu, kebaikanmu, membuatkan kau tiada gantinya.
Moga mak, menjadi ibu ina hingga ke syurga. Sayang mak kerana Allah. J

love my big happy family. :)
Aku juga akan jadi seorang ibu. Nak jadi ibu yang macam mak. kalau nak citer pasal supermama mak, sampai tahun depan pun ina tak habis list. hehe.