dear sahabat2 :)
Friday, January 28, 2011
tajuk: Butakah kita?
melihat keindahan malam diserikan bintang2 kejora yang begemerlapan..
lautan biru terbentang luas, bersama deruan angin yang cukup mendamaikan..
melihat kehijauan alam bersama kicauan burung yang sungguh mempesonakan,
tenangnya hidup kita yang hidup dalam kemerdekaan..
segalanya indah kan?
segalanya indah kan?
namun, diri kita sering lupa dan alpa, akan Dia yang Maha pemberi nikmat. apa yang kita miliki, mahupun segala apa didunia ini. yang kita sayangi, adalah milikNya..milik Allah yang Maha Esa. Namun sayang, kadang kala kita tamak sehingga tidak merasa nikmat yang diberikan dengan penuh rasa kesyukuran. Diberi nikmat mata yang dapat melihat, namun nikmat itu disalah guna. Diberi nikmat untuk bercakap, tp diguna untuk mengumpat dan berbohong. Diberi nikmat akal yang boleh berfikir, namun jarang sekali kita menggunakan ia sebaiknya. tidak dapat membezakan baik dan buruk satu perkara. lebih lebih lagi tak mengenal dosa mahupun pahala. Diberi masa untuk terus hidup supaya berusaha mengumpul amal untuk akhirat nanti, TAPi mengapa sering kita siakan masa yang diberi??
Tepuk dada tanya IMAN.
Tepuk dada tanya IMAN.
Sepatutnya kita rasa malu kepadaNya. Adakah hati ini dibutakan dek godaan dunia yang terlalu mengasyikkan? Oh dunia, kenapa kau sungguh memnggoda? Salahkan dunia? Sedangkan hati yang buta melihat kebenaran sehingga dengan mudah tergoda dengan tipu daya syaitan dan nafsu terus dibiar beraja di hati. Malah, bangga melakukan dosa? Bangga melakukan dosa.? Bangga melakukan dosa!
Bila menyebut neraka
Tidak terasa akan gerunnya
Bila menyebut syurga
Tidak terasa akan nikmatnya
Itu menunjukkan Jiwa kita mati atau buta
Tidak terasa akan gerunnya
Bila menyebut syurga
Tidak terasa akan nikmatnya
Itu menunjukkan Jiwa kita mati atau buta
ya Allah layakkah aku masuk syurgaMu? Sedangkan diri ini bersalut dengan dosa.. Mampukah aku mengharungi titian sirat nanti? sedangkan dosaku ini menggunung tinggi. Aku memohon keampunanMu ya Allah.. Hanya rahmat dan kasih sayangmu yang dapat membantu.
Muhasabah diri.

Saturday, January 22, 2011
tajuk: mari kita memikat hati ibu..;)
| ihsan google |
petang ni dah nak balik kolej balik..ibu saya sibuk memasak lauk2 untuk dibawa pulang sebagai bekalan untuk makan di malam hari..hihi.. terharu saya. itu salah satu cara ibu menunjukkan rasa kasih dan sayangnya pada kita. bagaimana anda menunjukkan cinta dan kasih anda pada si ibu? hehe..pernahkah anda menggoda ibu anda? hikhik..extreme sangat ayat menggoda ni..ok la..kita guna word memikat..
kat sini saya ada beberapa tips nak memikat hati ibu..saya tak apply kan lagi..baru nak try buat..hehehe
langkah 1
sedang ibu kita duduk2 termenung, tak pun tgah ibu kita sedang lipat kain, atau senang kata waktu ibu kita sedang santai2.. kita pergi ke arahnya, memeluk erat ibu dan membisikkan.."adik sayang ibu" hehehehehe..apa reaksi ibu anda agaknya? try la buat..hikhik
langkah 2
kalau kita berjauhan dengan ibu,, kita call la dia selalu.. 2 or 3 hari sekali..tak perlu lama2 call asalkan kerap. tanya khabar mereka..lepas tu, waktu di akhir panggilan, kita akhirinya dengan kata2 manis..contoh.
" ibu, adik nak bgtau sesuatu ni..adik sayaaaaaaaang ibuu! muah muah " hehehe..apa agaknya reaksi ibu anda? try yang ini jugak..;) *saya dah try yg ni..waktu fes tyme saya buat, ibu saya gelak2..tp lepas tu dia balas, ibu sayang awak jugakk* hehehehe
langkah 3
before tidur, salam ibu, cium tangan ibu, minta maaf dengan ibu, cakap juga yang kita sayang ibu..yang ni harus diamalkan..yang ni kalau kita ada kat rumah time.;)
langkah 4
tak payah tunggu ibu masak..kadang2 biar kita yang masak! hehehe..cara ni mmg best! ibu mmg suka kalau ada orang masakkan untuk dia..hehehe
langkah 5
belikan ibu hadiah..tak perlu tunggu hari lahir.. mahu pun hari anniversary.. beli je sbg tanda sayang sangat sangat kat ibu hehehe.. untuk buah hati boleh pula bli..untuk ibu? jangan ledekut..hahaha ibu gerenti sayang kitaa..;D
haaa..selagi kita masih ada ibu, kita tunjukkan pada mereka betapa kita sayaaaang pada mereka..err,, saya rasa mesti ada yang malu nak buat kan? terutama lelaki..ala, perempuan pun ada yang malu jugak..hehehee,, cuba dulu..biasa la tu fes tyme buat kene gelak ngan ibu.."buang tebiat ke anak aku" hahahaa..tak perlu malu..sbb ibu pasti terharu punya lah! tambah2 lagi kalau kita ni mmg langsung tak penah buat macam tu kat ibu! hehehee sama2 kita cuba dan lihat ya! kalau tak mahu jugak, sentiasa doakan kebahagiaan ibu ayah kita di dunia dan akhirat..:)
| ihsan google |
Subscribe to:
Posts (Atom)

