dear sahabat2 :)

Saturday, August 27, 2011

kerana langsir itu, kami berperang.

Kerana langsir itu, kami bergaduh.

Hari ni berlakunya peperangan dunia ke lapan. Sepatutnya mood hari raya yg berbahagia tiba tetapi statu sketsa drama melayu kuno pula berlaku. Harini puasa kami kering sebab bergaduh. Semuanya bermula dr kerana langsir.

Bermula lah kisah kerana langsir. Aku dan adik beradikku mengemas rumah harini. Hanya ada 4 dari kami. Lagi 3 belum lagi tiba. Mungkin akibat malam tadi tidor lewat, dan pagi td bangun awal, dan operasi kemas rumah pula berjalan seperti biasa membuatkan hormon HULK masing2 berada dalam keterlebihan. Operasi tukar langsir. LANGSIR itu benar2 menyakitkan hati, kerana ianya tak pair, tak serasi, aku terpaksa turun naik banyak kali sebab nak samakan pasangannya.dengan hook ada yg di pasang tinggi rendah membuatkan langsir itu tak stabil. Sampai satu tahap breaking point aku tersangat GERAM dengan langsir tu. Huh PENAT! Lalu aku arahkan adik aku yg comel lagi rajin utk tukarkan hooknya. Aku mengarahnya dalam keadaan marah kepada langsir(ok, ni mmg stupid, ya Allah ntah mana hilangnya kesabaranku).

“ibah, tlg tukar hook langsir ni. GRRR. Bengangnye.!” (bengang ngn langsir)

Adik aku yg dgr ckp dah pegang langsir tu dah.

“eh , jap jap jap” aku tarik langsir yg aku geram tu dalam keadaan marah. Tiba2. “ zreeekkk” bunyi benda koyak.

“WOI YANG KO TARIK LANGSIR NI BUAT APA?? TENGOK ABIS KOYAK SELUAR AKUU!!!!”
 adik aku marah. Sedangkan aku dalam keadaan tak sengaja. Aku mmg pantang kene tengking ni. Dah la aku pun tengah marah kat langsir. Dia pulak tinggikan suara kat aku. Eh tak leh jadi. Lawan tokey ni. Aku pun balas.

“HABIS TU SALAH AKU KE? SALAH SELUAR KAU LA! SIAPA SURUH DIA KOYAK BUAT MASA NI!!”

Haha. Aku pun tak tau pasal apa ayat tu keluar. Aku patut mintak maaf. Tp MARAH KAT LANGSIR punya pasal dia effect rasionaliti aku. Astaghfirullah, astaghfirullah al adzim. Kering puasa aku harini. Sampai sekarang aku tak berbaik lagi dengan adik aku. Ego! aku nak mintak maaf sebenanya. Tp aku malu. 
To my dear sis, akk tahu akk ni the worst kakak ever. But im sorry. Deeply in my heart, i do care about ur seluar. Mana boleh akk mintak maaf depan2, tercalar lah kemachoan akk. Hehe Eh, ko tak yah la  nangis guling2 dlm bilik tu sbb seluar yg koyak sikit je. Nnt akk ganti. Pastu takyah la nak buat muka masam ngn akk, buruk beno rupanya. Akk tak pe la jugak. Akk masam, muka akk macho. Haha. Sorry sis. Kalau ko nak akak mintak maaf depan2 kene tunggu raya la. Im sorry sis. Akak ngaku akak salah. eh tak LANGSIR YANG SALAH!

Akk dah nak fly. Tak smpai 2 minggu pun lagi. Bagus jugak kita gaduh hari ni. Sejak akk masuk seseri dulu kita jarang gaduh kan. Ibah adik yg baik dengar ckp. Tak best la gaduh ngan ko. Nanti akk nak buli ko basuh pinggan pun susah. Smile syg. =) love you.

p/s: jgn harap akk mcm ni kat luar. Akk macho. But i do love u.                     
Salam syg,
ARINA NASRI


Monday, August 22, 2011

Masalah kampung X

kes ni berlaku di kampung X dimana ianya bermula dengan pemuda pemuda yang selalu mengimarahkan surau di kampung. bagus sifat pemuda pemudanya. apabila ke surau mereka ada yang segak berbaju melayu dan berkain pelekat, berjubah putih, beserban dan sejuk mata ibu ibu di kampung ini kalau memandang mereka. '


namun itu sudah menjadi sejarah. kerana akibat pertengkaran, ehh bukan betengkar. tetapi pemuda2 ini berasa jauh hati dengan beberapa orang generasi tua yang cukup tidak puas hati dengan mereka. kata2 pedas yg selalu dilontarkan oleh pakcik2 tersebut menghiris dan mencabar naluri keremajaan pemuda2. ini menyebabkan anak2 muda ini tidak betah di surau dan sehingga sampai ke kemuncaknya mereka tidak lagi datang ke surau. dan sepi lah surau itu dengan hanya beberapa generasi muda. ehem2, puas hati pakcik2 melihat kejadian ni?


sedihnya melihat perkara yang sebegini berlaku. tambah menyedihkan pabila pemuda2 yang dahulunya mengimarahkan surau dan selalunya bersolat secara jemaah di surau ini, melepak secara berjemaah di pondok berdekatan surau dan bermain terup sambil ditemani dengan petikan gitar. bukan berzikir tapi menyanyi. ya Allah. apa sudah jadi ni.? smpai begitu sekali rajuk mereka.  saya tak tahu cerita panjang atau cerita yang betul mengenai perkara ini. tapi sy sebagai seorang penduduk kampung X ini pastinya sedih melihat perkara2 sebegini terjadi kepada anak2 muda kampung sy. kes ini telah lama terjadi. dari raya tahun lepas saya mendengar cerita ni. tapi sy amik tak kesah.


tapi, apabila masalah ini berlanjutan sehingga ke hari ini sy rasa tindakan harus diambil! tiada siapakah yang mahu mengajak kembali pemuda2 ini untuk mengimarahkan surau.? ya, jika tidak surau pun, pergilah ke masjid. bukan bermain terup smbil menyanyi. tambah2 lagi ini bulan Ramadhan yang penuh barakah. bukankah suara yang merdu itu lebih sedap didengar ketika mengaji dan bertadarus.  ya Allah, kasihannya mereka. mereka masih boleh dibentuk. hal ini tidak boleh di pandang enteng sebelah mata. to my dearest brothers, we must change this! ye, ana tau yang abg2 ada rancangan untuk hal ini.


"jika hilang cinta manusia rugi dunia, tapi jika hilang cinta Allah rugi dunia dan akhirat.!" jangan biarkan hati itu terus mati. yaAllah berikan petunjuk dan hidayah kepada mereka. kuatkan semangat kami ya Allah.

Thursday, August 18, 2011

Tackle (Islam way)


Muslimeen : Assalamulaikum
.
Muslimah : Waalakumussalam
.
Muslimeen : Can I have your wali's phone number? 

Muslimah : aarggnh!  >.<* maluu


baiklah. nampak simple n suweet je kan dialog tu.? tp ada conclusion yg boleh di buat. credit to kawan kepada kawan saya yg mencerita kan pengalamannya yg terjadi lebih kurang mcm dialog diatas. Hee. Nak dengar? Heh tipu la kalau tetibe sy cerita boleh dengar pulak kan. Hehe. Tp yakinlah, janji Allah tu pasti dan DIA tahu apa yg terbaik untuk kita.

So konklusinya..

1. Trust Allah!. ( the most important! ). He knows the best.

‎2. say NO to couple!

‎3. U have a 'wish list in a man'..u yourself must prove urself as good as in 'wish list'. Allah dah janji. yg baik utk yg baik juga...

‎4. Built ur future with a good start.. :)

‎5. Love fillah!

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah kuredha ketetapan Illahi..
buat muslimah yg dikasihi: ya Allah, peliharalah diri ini...