dear sahabat2 :)

Tuesday, April 5, 2011

tajuk: kembali pulih

Alhamdulillah. semangat dah kembali pulih. KEGAGALAN tempoh hari buat sy analisis kembali kelemahan diri. selama ni diri sendiri tak nampak. sekarang ni, bersama kita bangkit atur strategi baru. hehehe. *agak skema.

last paper hari khamis yang lalu, for the first time! saya menggigil ketika menjawab soalan organic chemistry. dalam keadaan tak ber air cond, kelas yang sempit, seramai 37 orang berjuang menjawab soalan organic chemistry yang agak superbb soalannya. fuhh,, ya Allah. sekarang ni tawakal je.

akibat tekanan perasaan yang melampau selepas habis exam kali ni, rakan sekelas saya beramai2 pergi bercuti di port dickson bersama lecturer. sangat puas menghabiskan hujung minggu tanpa buku! hubungan persahabatan semakin akrab. yeah, ana uhibbukunna fillah. :D.

unforgettable memory. :)
dan lagi best bila balik, semua muka dah sun burn. :D

Wednesday, March 30, 2011

TAJUK: peritnya sebuah kegagalan

sungguh dikala ini, aku benar benar jatuh, benar benar kecewa, benar benar hampa. . sakit, rasanya amat sakit. perit. amat perit. ya Allah. baru sikit diri ini diuji. mengapa mudah benar air mata ini mencurah. lemah. aku lemah.

benarkah ini jalan yang aku pilih? takut. takut utk meneruskan perjuangan. inikah kehidupan? kehidupan yg bagaikan roda? ada masanya diatas ada masanya dibawah. perit. peritnya berada dibawah. bagaikan dihimpap beban yang besar.

 ya Allah mungkin ada hikmah atas ujian ini. sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui. Engkau tahu apa yang terbaik buatku. kuatkan semangat ku ya Allah.
sungguh ya Allah. aku lemah. kuatkan hatiku ya Allah. aku ingin bangkit dr kegagalan ini. jauhkan aku dari rasa putus asa.

tiada siapa yang mengerti perasaan ini melainkan mu ya Allah. aku yakin engkau bersamaku. la tahzan innallahamaana.

 air mata mencurah laju. 

.......

BE STRONG DOCTOR!
disebalik sesuatu ada sesuatu.

Saturday, March 12, 2011

TAJUK: Gigi fluorosis



lihat sebentar gigi gigi yang ada di bawah ini..




mild fluorosis
       
mild fluorosis
mild fluorosis
      


mild/moderate fluorosis
moderate/severe fluorosis
           


severe fluorosis
severe fluorosis



harini saya nak bercerita sikit apa yg saya belajar pasal gigi. tajuk harini gigi fluorosis. hmm..mungkin anda juga mengalaminya. to be honest, siapa yg mengalaminya mungkin ada rasa rendah diri kerana gigi mereka kurang lawa. serta merta mungkin akan effect keyakinan diri seseorang. mana saya tau? sebab saya sendiri mengalaminya. tapi syukur ianya tidak lah teruk sgt. dan hal ini juga buat saya pikir dua lapan sepuluh sebelas kali untuk jadi seorang dentist.oleh kerana itu, sy ingin share siket apa yg saya tau.:)

apakah punca fluorosis yg sebenarnya?

fluorosis sebenarnya terjadi akibat tindak balas fluorida yang berlebihan sewaktu tumbesaran gigi (sewaktu usia pertumbuhan gigi kekal iaitu bermula dr 6 tahun).fluoride yang menyebabkan gigi fluorosis ini, merosakkan enamel-forming cells yg dipanggil ameloblasts, kerosakan pada cell tersebut menyebabkan mineralisation disorder of teeth.


Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah mengenai ubat gigi. Setiap hari, kita bangun pagi semestinya kita akan memberus gigi kan? malah kita digalakkan memberus gigi 2 kali sehari..sudah pastinya kita akan menggunakan ubat gigi berfluorida. tak dapat dinafikan fluoride ini dapat mencegah gigi kita daripada rosak kerana ia menghalang asid yang dirembeskan oleh bakteria di dalam plak dan juga asid dari makanan atau minuman mereputkan gigi anda. 

Sekiranya anda lihat di kotak ubat gigi itu mempunyai sodium monoflurophosphate, stannous fluoride atau sodium fluoride maka ubat gigi itu ada fluoride. Ubat gigi yang mempunyai fluoride tidak boleh digunakan dengan kuantiti yang banyak untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun kerana boleh menyebabkan fluorosis. Ini menyebabkan gigi kekal kanak-kanak ini nanti akan mengalami tompok-tompok putih atau kuning atau coklat. Jadi bagi kanak-kanak, hanya letakkan ubat gigi sebesar kacang pis dan elakkan dari ditelan.

kalau boleh, gunakan ubat gigi yang sesuai dengan kanak2 untuk mengawal dos fluorida yg diperlukan.


waktu kecik2 mana la sy tau pasal ni. tak fasal2 gigi saya juga mengalami fluorosis. siapa yang rasa dia alami masalah yg sama jangan risau kerana ianya sebenarnya boleh diubati. nak senang jumpa dentist ya, cek 6 bulan sekali. 

p/s: jaga gigi kita baik2. mencegah lebih baik dr merawat. syg gigi selagi mana anda masih ada gigi. nanti dah tak lawa, nak senyum pun malu kan? hehe

sekian. wassalam ;)