lihat sebentar gigi gigi yang ada di bawah ini..
| mild fluorosis |
| mild fluorosis |
| mild fluorosis |
| mild/moderate fluorosis |
| moderate/severe fluorosis |
| severe fluorosis |
| severe fluorosis |
harini saya nak bercerita sikit apa yg saya belajar pasal gigi. tajuk harini gigi fluorosis. hmm..mungkin anda juga mengalaminya. to be honest, siapa yg mengalaminya mungkin ada rasa rendah diri kerana gigi mereka kurang lawa. serta merta mungkin akan effect keyakinan diri seseorang. mana saya tau? sebab saya sendiri mengalaminya. tapi syukur ianya tidak lah teruk sgt. dan hal ini juga buat saya pikir dua lapan sepuluh sebelas kali untuk jadi seorang dentist.oleh kerana itu, sy ingin share siket apa yg saya tau.:)
apakah punca fluorosis yg sebenarnya?
fluorosis sebenarnya terjadi akibat tindak balas fluorida yang berlebihan sewaktu tumbesaran gigi (sewaktu usia pertumbuhan gigi kekal iaitu bermula dr 6 tahun).fluoride yang menyebabkan gigi fluorosis ini, merosakkan enamel-forming cells yg dipanggil ameloblasts, kerosakan pada cell tersebut menyebabkan mineralisation disorder of teeth.
Apa yang ingin saya kongsikan kali ini ialah mengenai ubat gigi. Setiap hari, kita bangun pagi semestinya kita akan memberus gigi kan? malah kita digalakkan memberus gigi 2 kali sehari..sudah pastinya kita akan menggunakan ubat gigi berfluorida. tak dapat dinafikan fluoride ini dapat mencegah gigi kita daripada rosak kerana ia menghalang asid yang dirembeskan oleh bakteria di dalam plak dan juga asid dari makanan atau minuman mereputkan gigi anda.
Sekiranya anda lihat di kotak ubat gigi itu mempunyai sodium monoflurophosphate, stannous fluoride atau sodium fluoride maka ubat gigi itu ada fluoride. Ubat gigi yang mempunyai fluoride tidak boleh digunakan dengan kuantiti yang banyak untuk kanak-kanak di bawah 6 tahun kerana boleh menyebabkan fluorosis. Ini menyebabkan gigi kekal kanak-kanak ini nanti akan mengalami tompok-tompok putih atau kuning atau coklat. Jadi bagi kanak-kanak, hanya letakkan ubat gigi sebesar kacang pis dan elakkan dari ditelan.
kalau boleh, gunakan ubat gigi yang sesuai dengan kanak2 untuk mengawal dos fluorida yg diperlukan.
waktu kecik2 mana la sy tau pasal ni. tak fasal2 gigi saya juga mengalami fluorosis. siapa yang rasa dia alami masalah yg sama jangan risau kerana ianya sebenarnya boleh diubati. nak senang jumpa dentist ya, cek 6 bulan sekali.
p/s: jaga gigi kita baik2. mencegah lebih baik dr merawat. syg gigi selagi mana anda masih ada gigi. nanti dah tak lawa, nak senyum pun malu kan? hehe
sekian. wassalam ;)