dear sahabat2 :)

Friday, March 4, 2011

TAJUK: rugi dan lagi merugikan ;(

Sudah hari sabtu hari ini. cepatnya masa berlalu. Cuti ini terlalu banyak masa yang dihabiskan untuk menonton movie..T___T..lagha.. sepatutnya saya belajar utk exam introduction to dentistry..bila nak dekat abes cuti ini, baru perasan yg diri tak prepare apa2 lagi. HAHAHA. Gelakkan diri sendiri. Itulah akan jadi bila duk rumah. T___T .okayh tak pe. Nampak nya masih ada masa. Saki baki cuti ni study balik mana yang ado.

Kadang2 tak faham dengan diri sendiri. Ntah apa bestnya cerita RUNNING MAN (korean) tu smpai saya addicted nak tgok lagi. Sedangkan dia mcm variety show yg mcm explorace je. *bila dah habis tengok baru nak menyesal?*

Cuba kita hayati lirik lagu ni.

Bagi insan yang terleka 
Mengejar nikmat dunia 
Bagaikan hidup selamanya 
Tak peduli dosa noda 
Seksa azab neraka 
Hidup jauh dari rahmatNya 

Terpedaya pada dunia 
Pentas ciptaan manusia 
Terlupa pada segala 
Mengikut nafsu semata 
Membiar syaitan beraja 
Di hati dan juga jiwa 
Mengejar dunia penuh debu dosa 

Teguhkanlah iman dalam diri 
Moga dikau akan merasai 
Betapa indah nikmat Ilahi 
Dan yakin kau akan dirahmati 

Harus kau percaya dengan pasti 
Dunia tidak kekal abadi 
Hanya menguji cekalnya hati 
Sebagai khalifah yang sejati 

Tak perlu kau meragui 
Andai teguh keimananmu 
Pasti bahagia menanti 
Di akhirat yang abadi
HIJJAZ- debu debu dosa

Terasa sangat lepas dengar lagu ni. Saya terlalu leka dengan nikmat cuti ni. Haishh.. bangun! sedar balik!

Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas, sabda Rasulullah s.a.w:
Terdapat dua nikmat di mana kebanyakan manusia menderita kerugian di dalamnya iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.”

T__T


p/s: sebenarnya nak share lirik lagu hijjaz ni.  Btw, wish me luck for exam dentistry. :D

Tuesday, March 1, 2011

tajuk : KD dan atuk

KD dan Atuk..:)  
Pagi tu Abang Aiman kejut KD.
KD malas sangat nak bangun sebab hari tu hari cuti.
Abang Aiman cakap Atuk panggil KD. KD kne pegi jumpe Atuk mase tu jugak.
KD pon bangun, lepas tu KD basuh muke, gigi KD tak gosok sebab berus gigi KD terjatuh dalam lubang tandas.
Lepas tu KD buat- buat lari pegi kat Atuk.
Mase tu Atuk tengah sabit lalang kat tepi sungai. Sungai tu ada dalam kebun Atuk yang dekat dengan rumah kami.
KD dengan Abang Aiman duduk rumah Atuk sejak kami lahir lagi.
“Atuk.. KD dah sampai” KD sapa atuk sambil tercungap- cungap.. KD buat- buat lari tapi KD letih jugak siap berpeluh lagi.
Abang Aiman duduk bercangkung kat bawah pokok Manggis belakang Atuk.
“Ha.. cucu kesayangan Atuk dah sampai… sini- sini” Atuk lambai- lambai tangan panggil KD datang dekat.
“Aiman cucu tersayangan Atuk kan?” Abang Aiman menyampuk lepas Atuk puji KD.
“Eh.. sibuk la Abang Aiman ni.. kite la cucu yang Atuk paling sayang” KD tak puas hati, KD jelir lidah kat Abang Aiman.
“Nanti dulu, cucu yang atuk paling sayang ialah cucu Atuk yang pakai selipar” Kata Atuk tenang.
KD tengok kaki KD.. ha… KD pakai selipar.. =) KD pun senyum sorang- sorang. Abang Aiman pun senyum sorang- sorang sbb abg aiman pun pakai selipar.
Tapi Lepas tu..
Atuk suruh KD angkat air sungai untuk diisi kat dalam tong kosong kat bawah pokok manggis.
Abang Aiman tengok je..
Atuk suruh KD gune bekas rotan kotor yang banyak lubang untuk ambil air sungai.
KD merungut- rungut..
Terkedek- kedek KD angkat ambil air.. baru je KD angkat air dari sungai,
Air tu dah menitik- nitik keluar dari bekas
Sampai aje kat depan Tong tu.. sikit je air yang tinggal
KD tak puas hati
Kali ni KD ambil air sungai, kemudian KD lari laju- laju.. tapi tak laju pon sebab KD punya badan berat
Last- last Tong tu tak penuh pon.. KD yang penat
KD mengamuk.. KD campak bekas rotan..
“Atuk jahat! Atuk jahat! Atuk buli KD!” marah KD.
Atuk tak marahpun.. Atuk senyum lepas Atuk pegang bahu KD.. Atuk usap rambut KD
“Cuba KD tengok bekas rotan tu” Atuk menuding jari ke arah bekas rotan yang KD baling tadi. KD perhati bekas rotan itu.
Bekas rotan yang kotor tadi dah bersih!
“KD, kadang- kadang ada perkara dalam kehidupan kita ni susah untuk kita capai… tidak kiralah kalau kita berjaya capai tujuan tu atau tidak.. tapi yang pasti.. pasti ada perubahan berlaku pada kita.. kalau kita tak nampak pun perubahan tu yakinlah Allah swt akan memberi ganjaran di sebalik perbuatan kita tu. Yang penting ialah KD kena sabar dan ikhlas” nasihat Atuk.
“Maknanya.. walaupun KD tak dapat penuhkan tong tu dengan air, tapi KD dah berjaya bersihkan bekas rotan tu.. apa yang KD perlukan ialah kesabaran dan keikhlasan”. pada waktu itu KD mula faham.
Terima kasih Atuk.
KD dah lapar la tok.. jom makan manggis.
-tammat-
p/s: cerita ini rekaan abg saya. syukran kerana sudi membaca..:)
sekian terima kasih..:)

Friday, February 18, 2011

tajuk : kisah sahabat raja..:)


Diriwayatkan bahawa ada seorang yang bijak dan dia bersahabat baik dengan raja. Dia suka memberikan nasihat-nasihat kepada raja yang sentiasa mendengarkannya. Orang bijak itu selalu berkata, “berbuat baiklah kepada orang yang berbuat baik kepadamu disebabkan kebaikannya itu. Adapun orang yang berbuat jahat kepadamu, maka sesungguhnya kejahatannya itu hanya akan berbalik menimpa dirinya sendiri.”

Tanpa disedari oleh kedua sahabat ini, ada seseorang yang merasa irihati kepada orang bijak itu. Dia lalu berusaha memburukkan lelaki bijak itu kepada raja. Suatu hari orang yang irihati tersebut menghadap kepada raja  dan berkata “sesungguhnya sahabat tuan yang bijaksana itu sering berkata bahawa mulut tuan sangat busuk.” Lalu raja bertanya, “ cuba kamu buktikan jika benar ia berkata demikian!” lelaki itu menjawab, “panggillah dia untuk menghadap kepada tuan. Sesungguhnya ketika dia telah berada dekat dengan tuan, maka dia akan meletakkan tangannya di hidung.”

Sekembalinya dari istana, lelaki yang irihati itu mengundang orang bijak ke rumahnya. Dia kemudian menghidangkan makanan yang banyak mengandungi bawang putih. Tidak lama berselang, orang bijak itu dipanggil menghadap raja. Sesampainya di istana , raja menyuruhnya untuk mendekat. Ketika orang bijak itu telah berada dekat dengan raja, dia telah meletakkan tanggannya di hidungnya kerana khuatir raja akan merasa terganggu dengan bau bawang putih yang keluar dari mulutnya. Melihat tindakan tersebut, raja tersangatlah marah dan merasa yakin dengan kebenaran cerita yang disampaikan oleh lelaki yang irihati tadi. Telah menjadi kebiasaan raja jika beliau menulis surat dengan tanggannya sendiri, itu bermaksud beliau memberikan hadiah kepada orang yang membawa surat tersebut. Disebabkan raja terlalu marah, dia menulis surat dengan tangannya sendiri  kepada seorang pengawalnya. Surat tersebut bertulis, “apabila si pembawa surat ini mendatangimu, maka bunuh lah dia!!” Raja lalu mengecop surat itu dan menyerahkannya kepada lelaki bijak kemudian menyuruhnya memberikannya kepada pengawal yang dimaksudkan.

Ketika orang bijak itu keluar dari istana, dia bertemu dengan lelaki irihati tadi yang segera bertanya, “apa yang dilakukan raja terhadapmu?” lelaki bijak itu menjawab. “dia menuliskan sepucuk surat untukku dengan tangannya sendiri.” Si irihati berkata “ saya kira surat itu berkenaan dengan hadiah. Sesungguhnya raja tidak pernah menulis surat secara langsung dengan tangannya kecuali isi surat itu berkenaan dengan pemberian hadiah terhadap seseorang.” Dia kemudian berkata lagi “ berikanlah surat itu kepada aku” orang bijak itu lalu memberikannya kepada lelaki itu dan kemudian kembali masuk ke istana.

Raja merasa hairan melihat kedatangan lelaki bijak itu dan bertanya
RAJA           : apa kamu telah lakukan terhadap suratku?”

laki bijak     :diluar istana tadi, saya bertemu dengan si Fulan dia kemudian meminta surat itu daripd saya lalu saya memberikannya.

Raja            : apakah kamu sudah membaca isinya?

Laki  bijak   : tidak sepatutnya  saya membuka surat raja.

Raja            :  sesungguhnya orang itu lah yang mengabarkan kepada saya bahawa kamu mengatakan bau mulut saya busuk.

Laki bijak    :saya tidak pernah berkata seperti itu

Raja            : kenapa kamu meletakkan tanganmu di depan mulutmu?

Laki bijak    :kerana sebelum menghadap tuan, si Fula tersebut mrngundang saya makan ke rumahnya. Dia menghidangkan makanan yang banyak bawang putih sehingga saya khuatir tuan mencium baunya.”

Raja itu berasa kagum dengan lelaki bijak itu lalu berkata,
 Raja           : sungguh benar apa yang selama ini kamu katakan kepadaku, iaitu akibat dr kejahatan yang dilakukan seseorang itu hanya akan menimpa dirinya sendiri..;)

p/s: harap mendapat iktibar drpd kisah ini. terima kasih kerana sudi membaca ya..:)

p/s 2: setelah sekian lama tak update blog..hihi..saya baru habis exam..alhamdulillah..dah selesai..segalanya..;)