dear sahabat2 :)

Thursday, January 6, 2011

tajuk..:aduhai wanita..;)


CANTIK wanita kerana kejernihan wajah
MANIS wanita kerana senyuman yg indah
AYU wanita kerana kesederhanaan lahiriah
HEBAT wanita kerana keimanan yg teguh..!;)

Tuesday, January 4, 2011

TAJUK: wanita insan hebat!


Pelbagai persoalan tentang wanita sering dikemukakan dan diulas serta menjadi isu utama perbincangan sejak berdekad yang lalu. Malah perdebatan hal-hal yang berkaitan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman. Sungguh hebat seorang wanita, nama dan statusnya juga turut tertulis di dalam al-Quran serta sering disebut dalam lipatan sejarah.

Khadijah isteri Rasulullah saw., Maryam ibu Isa as., Asiah isteri Firaun, Khaulah al-Azwar Penghayun Pedang Perang, Zainab al-Ghazali, dan ramai lagi tokoh wanita Islam yang gemilang. Termasuk juga wanita hebat yang melahirkan dan membesarkan kita. Manusia yang mempercayai hakikat kehidupan, penciptaan alam,SUNNATULLAH, akan tahu dan faham bagaimana hakikat kejadian seorang wanita, penghidupannya, dan ke mana kesudahannya selepas kehidupan ini. Lantaran itu, wanita seharusnya dan wajib tahu hakikat kejadian hidupnya, serta peranan dan tanggungjawabnya dalam kehidupan.

"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus."(At-Tin, 95:4-6)

Wanita Pada Pandangan Barat
Peradaban Barat telah melabelkan wanita sebagai jantina yang berlawanan dengan lelaki yang lebih dikenali sebagai golongan yang menggoda, menawan, dan merangsang naluri jantina yang berlawanan dengannya.Apa yang mereka inginkan dari wanita adalah sentiasa menjadi perhiasan mata, hati dan jiwa. Mereka hanyalah golongan pemuas nafsu lelaki.

Doktrin yang ditanam oleh Barat inilah yang menjadikan wanita pada hari ini sentiasa berlumba-lumba ke arah kecantikan luaran, perebutan cinta murahan, malah sehingga sanggup menggadaikan diri sendiri. Perlabelan yang telah ditanda hargakan itu menyebabkan maruah dan kedudukan wanita berada di tangga "TOP WORST".
Malah golongan wanita ini diberikan penghargaan dan pingat tersendiri dalam menayangkan kecantikan, kemulusan dan keghairahan masing-masing kepada suatu benda yang tidak bernyawa seperti dalam mempromosikan sesuatu barang.
Wanita dijadikan sebagai model untuk melariskan barangan jualan daripada barang-barang kegunaan wanita sehinggalah kepada pengiklanan jualan kenderaan.
Rendahnya martabat wanita seolah-olah sama nilai dengan barangan yang diperdagangkan.

Fenomena eksploitasi wanita ini semakin meningkat dengan jajaran masa yang mendorong wanita membebaskan diri dari tanggungjawab asal hakikat penciptaannya iaitu sebagai isteri, ibu, pendidik generasi pelapis, serta sayap kiri perjuangan suami.
Eksploitasi ini berlaku sehingga wanita akhirnya telah memasuki "alam" lelaki yang bertentangan dengan fitrah asal kejadiannya.
Ahli Falsafah Socrates pernah berkata :
       Kewujudan wanita menjadi punca utama krisis dan kemerosotan dunia. Mereka ibarat sebatang pokok beracun. Di luar nampak cantik, tetapi sebaik sahaja seekor burung memakannya, ia mati pada masa itu juga.
(Dipetik daripada buku: Apa kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik)

Wanita Pada Pandangan Islam
Islam telah meletakkan maruah dan kedudukan wanita pada tempat yang mulia. Sungguh bertentangan dengan nilai dan eksploitasi yang ditunjukan oleh Barat.
Wanita pada sudut dan pandangan Islam terletak pada kedudukan yang tinggi, asli lagi harmoni. Maruah dan kehormatannya ditatang dan dijaga sebaiknya ibarat emas permata dan segala perhiasan yang tidak ternilai harganya.
Allah telah mewujudkan peranan antara lelaki dan wanita yang berbeza-beza namun kedua-duanya seiring penting. Tidak berperanan salah satu maka pincanglah semua.

Dalam pembentukan sebuah institusi kekeluargaan, tidak akan sempurna tanpa kedua-dua jantina ini.  Pembentukan masyarakat dan pembinaan peradaban Islam memerlukan wanita tampil menyumbangkan tenaga dan memainkan peranan sebagai sayap kiri lelaki. Tampil memimpin golongan wanita, turut memerah otak memikirkan kelangsungan strategi dakwah, mendidik generasi baru Islam malah turut serta menghayun pedang perjuangan.

Allah tidak memandang wanita dengan pandangan yang berat sebelah. Buktinya adalah, di dalam surah Al-Ahzab ayat 35.
"Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, Allah menyediakan untuk mereka ampunan yang besar."
Kewujudan artikel ini sebenarnya untuk menangkis beberapa pandangan dan persepsi kuno mengenai wanita.

Sehinggalah pada hari ini, doktrin yang ditanam oleh Barat tentang wanita adalah selemah-lemah kaum masih lagi bertapak di pemikiran. Pemikiran inilah yang menyekat dan membataskan kemampuan wanita secara halus.
Hakikatnya, wanita bukanlah ingin menyaingi lelaki. Wanita juga tidak perlu menukar watak menjadi tomboy untuk membuktikan kekuatan dan ketabahannya. Wanita juga tidak perlu menjadi ganas semata-mata tidak mahu dipandang lemah.
Wanita insan tabah. Dijadikan oleh Allah swt. dengan sifat yang lemah lembut. Sesuai dengan peranannya sebagai pendidik anak-anak.

Disaat terbentuknya bayi di dalam rahim dan kemudian dikandung selama sembilan bulan 10 hari, seterusnya kelahiran bayi telah membuktikan kehebatan dan ketabahan seorang wanita. Belum ditambah dengan kesabarannya dalam proses menyusukan dan mendidik anak sehinggalah mereka dewasa dan mampu berfikir dan berdikari sendiri.
Wanita Insan Tabah

Bagaimana pula wanita yang masih di peringkat remaja? Tidak hebatkah mereka? Tidak kuatkah mereka?
Ya, jawab dengan yakin bahawa remaja wanita juga insan tabah.
Di mana ukuran ketabahan dan kekuatan itu? 
Ukuran ketabahan itu adalah disaat mereka mampu melawan musuh-musuh dalam lipatan sendiri iaitu nafsu. Disaat hadirnya godaan-godaan syaitan, manusia dan seangkatannya, mereka melawan dengan keyakinan berpegang teguh pada ALLAH.
Perkembangan dunia yang pesat, pembangunan yang semakin global namun, wanita sedaya upaya membenteng diri dari terpengaruh dengan pelbagai godaan duniawi ini.

Melawan nafsu adalah jihad! Benar, inilah jihad yang perlu dipertahankan dalam diri setiap wanita. Dengan pendidikan dan tarbiyyah diri, yakinlah wanita yang dulu dipandang lemah merupakan insan hebat kerana mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan dunia. 

Lemah Lembut atau Lembik
Kebanyakan dari kita sukar untuk membezakan antara wanita bersifat lemah lembut dengan wanita yang bersifat lembik. Kita perlu faham istilah lembik dan lemah lembut adalah satu entiti yang berbeza.
Lembik adalah sifat negatif, manakala lemah lembut merupakan sifat positif bagi wanita.
Wanita yang lembik definisikan sebagai lemah, tidak mampu untuk hidup berdikari tanpa kebergantungan pada orang lain, penakut, serta tidak berupaya menghadapi cabaran. Ia lebih bersifat seolah mengada-ngada.
Berbeza pula dengan lemah lembut, menurut Profesor Meadley, wanita yang bersifat lemah lembut adalah wanita yang mempunyai hati yang kuat, bisa melentur namun sulit untuk dipatahkan serta mampu hidup berdikari. 
Lantaran perbezaan definisi inilah maka kaum wanita perlu memahami sifat yang bagaimanakah yang perlu dimiliki untuk menjadi wanita sejati, yang mampu menggoncangkan dunia.
Fitrah seorang wanita untuk memiliki sifat lemah lembut. Lemah lembut merupakan kekuatan kaum wanita. Wanita yang memiliki sifat inilah yang dimaksudkan dalam peribahasa Melayuyang berbunyi "Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia".
Andalah apa yang anda fikirkan. Kuat atau lemahnya anda adalah dari apa yang anda fikirkan. Peganglah hati supaya anda tidak mudah merasa lemah. Paculah kekuatan diri dengan teguhkan kebergantungan pada Allah, kerana kekuatan hati dan kecekalan jiwa datang daripada-Nya.

ihsan google ;)

Monday, January 3, 2011

em..prolog kehidupan




melihat adik adik ke sekolah semalam, membuat saya mengimbau kembali peristiwa dahulu..baru sekarang terasa seronoknya zaman sekolah. Alhamdulillah , saya berjaya menamatkan zaman persekolahan dengan jayanya..syukur kehadhratMu ya Allah..sungguh saya tak pernah menyangka bisa hidup sejauh ini? saya  merupakan seorang yang berani tampil ke hadapan sewaktu zaman persekolahan. Macam2 pertandingan saya masuk, Saya tiada masalah untuk tampil dihadapan orang ramai..bersajak, berpantun, berpidato, koir, nasyid dan berbagai  lagi. TETAPI saya sebenarnya takut menghadapi diri sendiri, saya takut menghadapi kenyataan, saya takut untuk mebesar, saya takut dengan kedewasaan! ..saya tak pernah rasa saya dapat hidup lebih 18 tahun.. hahahaha..siapa sangka, sekarang dah 19 tahun tau..Allah mengetahui segala yg kita tak tahu.. MasyaAllah..sedikit demi sedikit, saya mulai merangkak mencari erti kehidupan yang sebenar.. ;) syukur ya Allah atas bimbingan mu..



saya pernah merasai 2 keadaan sekolah yang berbeza..sewaktu form 1 sehingga form3 saya bersekolah campur..lelaki ada, pompuan ada..dan form4 -5 saya di girl school..sejak dari kecil lagi saya ni ada sedikit kekeliruan identiti..hihi..mungkin sebab membesar bersama abang2 perangai saya agak kasar dan agak boyish. Saya suka bergaduh dengan lelaki. Teringat satu peristiwa ketika sekolah darjah 2..

sewaktu itu saya sedang bermain “sep2 tom2 jambatan sudah roboh”(permainan yg sgt femes di kalangan budak pompuan) bersama kawan2. Tiba2 ada seorang budak laki ni menggatal ngan kawan saya dan sibuk duk kacau kami main..kali pertama kedua dan ketiga dia kacau, saya masih boleh bersabar..kali ke 4 dan ke 5 saya warning dia! Kali ke 6 dia masih kacau lagi.. grrr sya da naik marah  lalu saya tumbuk hidung dia sekuat hati! Amek ko! Merah hidung..hahaha..menangis budak lelaki tu....sy sangat pantang kalau ada lelaki yg kacau kawan2 sy yg sememangnya heroin dikalangan kawan2 saya..;)hikhik*perasan

banyak lagi peristiwa lain..tapi biarlah ianya jadi kenangan semalam..rindu zaman budak2 lagi..ok, balik semula tentang perbezaan sekolah campur dan gurl school..sewaktu di sekolah campur saya sekali lagi mengalami masalah dengan kaum lelaki. Jangan tanya kenapa sebab itu adalah rahsia., saya cukup menyampah memandang kaum adam ni,,kalau jalan depan lelaki sy akan tunduk 90 degree ..hahaha..tp ni masalah tyme form 3 makin parah..waktu itulah saya berazam nak keluar dr sekolah tu dan saya nak masuk sekolah pompuan! Alhamdulillah, keputusan PMR agak cemerlang  dan sy mendapat tawaran SMS Seri Puteri!! Yeay..syukur..sangat2 bersyukur padaNya..

 

di SMS SERI PUTERI lah saya bina kembali keyakinan diri saya untuk berani menghadapi kenyataan kehidupan. Kalau di sekolah perempuan, kami agak bebas melakukan apa saja, tak payah control ayu, kalau ada lelaki pun hanya beberapa org guru, seorang waden dan abang2 dewan makan..seronok sangat hidup takda lelaki!! Kalau dulu jalan tunduk 90 degree, sekarang tak lagi..hehehe..banyak jenis perempuan saya dapat kenal. Ada orang ckp sekolah perempuan ada lesbian, bosan, x leh cuci mata.. hahaha..mana ada..;) tahukah anda, di sekolah sejenis anda akan lebih terpelihara? Tiada zina mata, zina hati, atau apa2 lah..belajar pun lebih fokus..takde la nak usha ke apa ke..hihi..anda setuju x?

Saya pernah dapat sebuah puisi dr seorang sahabat..aishh..sweetnya..;) banyak lagi..tapi tunjuk satu cukup lah..hihi..*jangan pk lain..saya straight tau






Semoga persahabatan kita kekal fatin fareeha mazli..

Sungguh Allah Maha pemberi nikmat, dan dia Maha mengetahui segala apa yang ditetapkan.. Alhamdulillah, saya dah pulih..pengalaman, dan kehidupan banyak memberi saya pengajaran..tiada lagi masalah2 tersebut..saya normal..sy sudah mula mengenal erti hidup walaupun masih merangkak..tiada lagi ketakutan kepada dunia...hanya buat mu yg Maha Esa..syukur, saya masih diberi peluang untuk terus hidup..ingatlah teman, jgn siakan peluang hidup kita yg masih ada ini dengan perkara yang sia2..;)